Rabu, 20 Mei 2009

Cerita Kawan-Kawan....Kawan-Kawan Punya Cerita....

Apa cerita?....Banyak cerita bila jumpa tapi masing-masing tak tahu nak mula kat mana, takkan nak cerita hal perut masing-masing yang mana lagi besar sebab faktor umur, ni lawak yang tak sedap untuk didengar sambil cicah goreng pisang panas dalam teh 'o' suam, buang masa....Paling aku tak suka bila nak mengungkap kisah-kisah lama, rasa macam "looser", aku suka bila jumpa kita akan berbicara tentang perkara yang akan berlaku dari perkara yang telah lama berlalu, sebab kisah lalu bagi aku elok untuk dikenangkan masa hendak masuk tidur, buat pil untuk lelap mata...

Perkara paling sakit bila berkawan terlalu rapat, jika ada sesuatu perbezaan jurang yang besar ianya akan bertukar menjadi "total enemy", ini yang paling aku takutkan, bukanya mintak tapi sekali-sekala ianya akan terjadi dan sangat susah untuk rapat kembali...Mungkin boleh rapat tapi akan ada jurang yang agak ketara kerana kita sudah dapat agak apa tindakan masing-masing dalam sesuatu perkara...

Banyak dari kawan-kawan masa kecil yang rapat gila tapi bila besar masing-masing banyak buat hal sendiri, bila jumpa tegur pon ala kadar tapi bukan bermakna sombong atau apa cuma masa seakan merubah faktor dari segi sifat dan mungkin juga cabaran hidup membuatkan kita kenkadang terlupa akan masa silam...Bagi aku ada jugak baiknya, cara serta perubahan sikap dari acuh tak acuh kepada sesuatu yang serius asalkan jangan bongkak sudah....

Kawan yang betul-betul bagi aku sekarang tinggal 2-3 kerat jer, yang sanggup untuk kongsi apa sahaja, yang betul-betul dapat diharap lebih dari pada saudara mara atau adik beradik dan aku rasa sangat bersyukur...jika ada perkemabangan terkini, mereka akan laporkan pada aku, jika sebelah aku akan laporkan pada mereka, maknanya kata lain kadar kepercayaan antara kami melebihi orang lain tanpa rasa sangsi dan aku harap la keadaan ini akan berterusan sampai bila-bila tak kira masa senang atau susah...

Bila masing-masing dah kenal serta masak dengan perangai sekor-sekor, apa-apa masalah jadi kecil dan bagi aku mereka-mereka ini akan diberi keutamaan yang lebih...Kawan memang senang sangat nak cari tapi untuk yang betul-betul punya berapa kerat sangat, itupun kenkadang macam tak berapa ikhlas nak tolong sebab tu aku susah nak betul-betul rapat dalam erti kata sebenar...

Buat mereka semoga panjang umur dan murah dengan rezeki...

Ada projek lebih-lebih tu "sound" ler wei...

Salam...Adios... 

2 ulasan:

FARYN berkata...

kadang2 kawan akan muncul bila ada berita gembira saje...sedih kan bila jadi mcm tu....

ada berkata...

sedap ek cicah pisang goreng ngan teh O ?