Selak2 berita pagi semalam, nampak satu catatan berbunyi...."Layakkah Mereka Di Gelar Genius?"
Banyak sangat genius2 kat negara kita, tu belum masuk kat dunia....tah lah, tak tau macam mana nak definasikan erti genius nih....kepala otak yang geliga tak ingat punya ker, atau memilikki kebolehan dalam sesuatu perkara mungkin.....Apakah nenek aku yang pandai buat minyak kelapa tu tak genius?....Bagi aku genius jugak sebab dapat meminimumkan kadar pengaliran keluar wang isi rumah tangga.....bukan ker?....Ooooo...itu di panggil berjimat rupanya nya....
Senarai ilmuan Islam.....
Al - Syarif Al - Idrisi
Menghasilkan bola peta dunia yang pertama daripada perak
Al - Razi
lmuan yang berjaya mengembangkan ilmu kimia dan orang pertama membuat jahitan di perut dengan benang diperbuat daripada serat
Ibnu Battuta
Pelopor pengembaraan di benua Asia dan Afrika. Beliau adalah pengembara Islam yang unggul dan menghasilkan buku berdasarkan pengalamanan sendiri
Ibnu Al - Awwam
Menghasilkan kitab mengenai pertanian dan penternakan yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa untuk rujukan petani serta peladang
Tidak kah mereka2 di atas layak digelar genius?....Bukan tujuan aku nak nafikan kecerdikan insan2 yang dikatakan genius pada pandangan umum kat negara kita nih......ye...memang tak nafikan akal mereka cerdas dan pintar....tetapi ilmu yang ada pada kita sekarang kebanyakkan sudah sedia ada di atas kertas....tinggal baca dan ingat formula nya sahaja....ada ker orang yang terus2 lahir boleh bercakap dan berfikir terus?.....iya ada manusia begitu....Nabi Musa....tapi Dia adalah manusia terpilih, dipandu oleh Allah secara total.....kita semua?.....dipandu oleh kertas2 dan formula2 ilmu yang telah lama diteroka....kita hanya mengevolusikan ilmu yang telah ada....apa yang genius sangat?....cuba cari ilmu yang original....dapat?
Jangan la bangga sangat dengan ilmu yang tak seberapa tuh....walau hebat gila pon pandangan manusia terhadap sesuatu, tapi tetap akan ada batasnya.....Al - Razi yang kita tahu pakar dalam bidang perubatan dan dalam banyak lagi bidang2 lain merupakan seorang yang zuhud....Beliau tak pernah lupa akan penciptaaNya....ada kisah yang menyakan beliau berjaya menghasilkan/menukarkan logam kepada emas dengan ilmu kimia.....geniuskah dia?....iya benar..tetapi ilmu itu tak dikembangan kerana kurang faedahnya kepada manusia....tapi dia genius kan?....Qarun pon genius jugak....tapi tamak haloba.....
Ini pada pandangan aku sahaja lah....secara umumnya aku pon dangkal ilmu pengetahuan...tambah2 dalam bab2 agama....walaupun begitu aku tersangat teruja membaca nukilan penulis2 blog yang hebat2, walaupun penaakulan aku pada sesuatu perkara atau isu tak sedalam mereka...tetapi aku respek mereka kerana kepala otak mereka memang bagus dari aku...tak layakkah mereka juga digelar genius?....atau nak kena masuk paper baru genius?
Ohhhh....aku pon pernah buat tesis....tajuknya "Perbezaan Antara Kamera Konvensional Dan Digital Dalam Percetakkan Serta Kesanya Pada Indusrti Di Malaysia"....tidakkah aku jugak patut digelar genius setaraf dengan prof2 lain yang buat tesis jugak?.....genius my ass...cuba tengok halaman lampiran kat belakang?....punya la banyak daftar rujukan sumber dari mana buku yang dijadikan rujukan....dan cuba tanya mereka yang mengaku atau dinobatkan genius?....adakah mereka tak belajar semua itu daripada sumber2 yang telah ada?....atau lahir2 ajer semua angka2 dan formula2 tu dah sedia ada dalam memori mereka?....sekali lagi aku katakan genius my ass...ikan lumba2 pon genius...cuba takleh fikir ajer......
Tapi yang aku heran kat sini....kenapa di negara kita yang mengaku sangat Islam nya ini...tak pernah mengatakan atau mengakui betapa genius nya seorang Al - Hafiz....ingat senang ke nak ingat/hafal 30 juzuk Al - Quran?....Tidakah mereka jugak layak dinobatkan sebagai genius dari segi daya ingatan?....Tidak pula pernah aku dengar perkataan ini "Otak saya sekarang penuh dengar ayat2 Al - Quran?''....Tidak kah betapa bangga mak dan ayah mereka mendengar perkataan tersebut.....sejuk perut mak kamu mengandung 9 bulan....
Al - Razi serta tokoh2 Islam yang lainya....bukan sekadar memcari ilmu original mereka dalam satu bidang sahaja, tetapi berbagai2 lagi bidang lain dan semuanya adalah ilmu original...kerana mereka percaya kepada pencipta yang menjadikan mereka....dan itu adalah tanggungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi....dan mereka juga mempunyai GURU.....
Aku pon genius jugak.........
Hari ni dapat gaji....
Esok dah habis....
Genius kah aku?
Adios....Amigoes.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan