Khamis, 15 Oktober 2009

Tarikh Luput 15.11.2009 - Pindah Bebelan Ke Sesawang Lain...

Blog nih aku tak kan delete, aku akan simpan jer untuk kenangan dan juga untuk baca bebelan orang lain...

Salam sejahtera untuk semua...

Salam...Adios...

Sabtu, 10 Oktober 2009

Catatan Kosong #30 - Maaf, Kenkadang Aku Selalu Melulu Bila Bercakap...

Sekarang aku rasa macam dah malas nak angkat phone bila berkenaan dengan soal kerja, jadi taktik aku yang biasa buat, setkan phone pada "mood - Accept Call - None", jadinya seolah - olah benda tu terputus....Daripada aku sakit kepala baik aku buat tak tahu jer, biar padam muka orang yang call aku dan semestinya aku jugak, yang penting keputusannya seri...

Tapi masalahnya, bila nombor misscall terpampang kat skrin phone aku yang aku kenal aku rasa macam bersalah pulak, ye lah kalau aku pun phone 3 - 4 kali tak berangkat, naik angin jugak dibuatnya, masuk air ke apa dan untuk tidak mahu salah sangka biasanya aku akan call balik, manalah tahu kot-kot ada kecemasan ke apa, tak ke naya...Masalah kat sini, adakalanya bukan si empunya phone yang angkat tapi orang lain dan seperti biasa aku akan terkam secara melulu...

Situasi Lebih Kurang :

Aku : Woi, ado gapo mu telepon aku pagi-pagi buto nih?

Misscall : Sapo dio nih?

Aku : Saknin, mu telepon aku ada gapo?

Misscall : Takdok telepon eh, sapo dio nih?

Sambil memikir, macam kenal suara....rupanya pak sedara aku yang angkat phone...

Aku : La, Ayoh Su....Mokda gi mano? (sajer nak cover line)

Misscall : Dio gi keda, dio telepon mu ko sakni?

Aku : Ho la, ingat ado gapo-gapo....(sambil putar ayat buat macam tak bersalah)

.......................................................................................................................

Aku selalu macam tuh, sebab orang yang aku biasa kenal maka ayat-ayat yang biasa jugak aku pakai, mana la aku nak berlapis cakap, guna ayat terus jer la....Tapi bila aku perasan orang lain yang jawap aku terpaksa terangkan balik apa yang aku terlepas cakap tadi, kena bebudak takpe la kalau orang tua macam mana, dalam kes tadi pak sedara aku pulak tuh...Bunyi macam kasar cakap dengan orang yang pangkat dia lebih tinggi dari kita, tapi dah terlanjur sudahnya buat macam tak bersalah jer la walaupun dah terkurang ajar...

Tu pon nasib mukamidimah aku bleh kira baik...

Kalau terkeluar ayat-ayat lagi bernas tak tahu la...

Ingat kena masuk kelas pendidikan moral nampaknya...

Salam...Adios...     

Jumaat, 2 Oktober 2009

Catatan Kosong #29 - Rayuan Kepada Penghutang...

Aku rasa dalam berkawan kita tak dapat lari dari menolong, biarpun kita berat hati tapi dalam keadaan tertentu kita macam terpaksa dalam rela atau memang kita percayakan mereka, lantas menolong secara rela sebab mereka kawan kita atau aku saja yang merasakan perkara sedemikian...Bukannya aku rasa serik atau apa, tapi kesannya terasa la jugak terutama bila aku terdesak, cerita masalah pada mereka yang pernah aku bantu bukan tujuan nak mintak balik hutang (kalau nak bayar, syukur, ringan jugak sikit rasanya) tapi mereka macam tak mengerti yang aku jugak tengah terdesak...Korang tak pernah alami keadaan macam ni ker?

Orang tua pernah berpesan, kalau kita tolong orang, nantinya pertolongan akan datang pada kita pada masa yang tak diduga...Tapi bila cakap tapi mereka macam tak faham yang kita juga tengah terdesak dan mereka buat-buat tak faham macam mana? Bila fikir balik aku rasa menyesal orang yang aku anggap tak akan berkira nak tolong aku jadi sebaliknya, tapi nak buat macam mana sebab kita hidup selalu nak kena jaga hati dan perasaan orang lain kan? Tu la pasal kenkadang aku semacam merasa tak kesian pada orang yang kena tibai ngan Ah Long, sebabnya aku paham perasaan orang yang menolong (walaupun golongan tersebut memang kita tahu modus operasi mereka), cuba bayangan janji yang ditabur dengan hasil yang dapat, tak berbalaoi langsung...

Manusia dengan duit memang tak dapat dipisahkan, sejarahnya sangat panjang, satu contoh paling popular kisah Qarun sampaikan sekarang pun masih ada lagi manusia yang tamak nakkan harta Si Qarun nih walaupun dia dah mati berabad-abad lamanya...Money Makes The World Goes Around...Tapi dalam konteks aku, apalah sangat nak menolong pada kawan-kawan yang susah yang kita anggap boleh percaya, senang sama senang yang susahnya tanggung sendiri...Nak kata aku kedekut sangat tu tak lah jugak, berkira pun bukan tapi bila terdesak harapannya mereka juga ada perasaan yang sama jugak, aku bukannya tokey babi....

Monolog : Letih, hari nih terpaksa berkelahi dengan perempuan bodoh sombong...

Salam....Adios...
 

Isnin, 28 September 2009

Catatan Kosong #28 - Negara Misteri : Friend Of Kim...

Dah, sudah-sudah dengan deman raya sebab aku tak sambut raya.TITIK....Kebelakangan nih aku sangat berminat dengan jiran ibu negara Soul, Pyongyang. Negara yang sangat misteri, dari segi ketenteraan mereka, cara hidup rakyat mereka, bandar utama mereka yang seumpama bandar hantu, dasar yang sangat tertutup, memang segalanya sangat misteri...Banyak jugak dokumentari yang aku sempat tengok, tapi secara kasar sahaja sebab keterbatasan akibat sekatan-sekatan yang amat tak munasabah terhadap media, tapi itu hak mereka...Kapitalis VS Komunis...

Tapi yang nyata tersangat, walaupun apa saja sistem yang manusia amalkan sepatutnya rakyat diutamakan, penuhkan perut mereka, kebajikan mereka, baru sistem tersebut akan dipandang betul...Tapi sebab manusia nih memang sifatnya tamak, apa-apa sistem sekalipun akan ada cacatnya kerana nafsu mereka mengatasi segalanya, istana presiden punyalah besar, rakyat tinggal dalam rumah batu yang tak siap...Huh, kempunan aku nak tengok awek-awek utara yang comel-comel...

50 tahu lebih dibasuh otak dengan segala propaganda, pendapat aku itu bukan suara majoriti rakyat...Maksud aku bukan sahaja sistem komunis yang mereka amalkan malah apa-apa sistem sahaja yang diprogram ke dalam kepala otak kita sejak dari lahir tentu akan membuahkan kesan bukan? Dalam hal ini aku sangat bersetuju dengan saranan Hang Jebat, mungkin dekat utara korea ada suara penentangan tapi secara senyap, manusia seerat mana pun mereka diikat, tapi fikiran mereka tak akan berkarat, kecuali kalau memang dah biol sangat, itu kategori lain...

Tapi itu pilihan pemimpin dan rakyat mereka dan mereka-mereka yang luar dari kelompok mereka tiada hak untuk mengkritik kerana mereka hanya melihat dari lingkungan luar...Dari temubual dengan rakyat utara yang melarikan diri, sangat teserlah dasar yang menyekat segala kebebasan rakyat, mereka seumpama "zombie" yang dikawal, digunakan untuk kepentingan orang yang berkuasa...Walaupun begitu mereka merupakan antara negara yang sangat maju dari segi ketenteraan dan juga dari segi kepintaran intelek, sistem pelajaran mereka juga sangat menarik...Itu bermakna mereka bukan tak menerima arus globalisasi dunia, cuma digunakan untuk tujuan tertentu sahaja...

Fakta menarik : Syarikat Hyundai diasaskan oleh rakyat Korea Utara...

Betul ker raya sampai sebulan?

Mmmmm...komerSIAL betul...

Salam...Adios...

Jumaat, 11 September 2009

Catatan Kosong #27 - Bila Buat Kerja Tak Ikhlas Selalu Hasilnya Hampeh....

Dah banyak kali aku lalui situasi macam nih, sebab aku jenis yang pemalas dan suka membazirkan waktu dengan benda-benda tak berfaedah selalunya kerja  yang aku buat mesti akan jadi dua kali atau dua kali kerja kata orang...Contoh bila orang mintak tolong aku masa aku tengah malas maka mulalah perangai buruk aku terserlah, bergerak macam sesumpah tak makan sepuluh hari....Walaupun kerja tersebut senang sangat tapi bila sifat malas aku ditahap maksima maka hasilya jadi hampeh jugak, aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam nih, mungkin sebab aku menyampah kot...

Tu sebab aku dah belajar berterus terang dah sedikit demi sedikit orang kata lama-lama jadi bukit, tapi masalahnya bila aku cakap betul-betul aku malas biasa orang yang mintak tolong aku akan kata "alah, bukannya lama, kejap ajer tak sampai sepuluh minit"...Dalam situasi yang bangsat macam nih dimana tahap kemalasan aku memdidih dengan lajunya ditambah dengan senyuman tawar di bibir, maka kerja yang suruh aku buat katanya tak sampai 10 minit akan bertambah jadi 30 minit...Bila orang yang mintak tolong tadi tak puas hati maka "ko nih macam tak ikhlas jer nak tolong aku" katanya pulak...Aku dah cuba terus terang cakap aku malas, kira dah gila babi jujur, sapa suruh kamu tak percaya...

Masalah kat sini adalah penerimaan manusia terhadap tindak balas jujur "malas" dan bila dah cakap terus terang mereka akan duga, cuba jugak pujuk, bila dah buat tapi hasilnya hampeh pandai pulak nak komplen. "kalau tahu macam nih tadi aku mintak tolong dengan orang lain", katanya...Aku dah tak tahu macam mana hadapi masalah macam nih, kalau betul aku tengah semangat takde masalah, ini tak time-time tu jugak dia nak, nak kebelakang tak boleh nak kedepan pun tak boleh, mintak maaf, takde tengah-tengah ye!!!!!

Perangai buruk aku nih teruk jugak la, kenkadang bila pikir balik rasa menyesal pulak atas tindakan aku menganiyaya orang yang mintak tolong aku tuh, orang cakap nasi dah jadi bubur, nak tak nak kena la goreng ikan bilis, best jugak kan?...Tapi satu yang aku sangat malas, jemu,tepu bila dah sekali tolong, kedua kali mintak lagi, ketiga lagi mintak, apa ingat aku ada daftar ahli persatuan tolong menolong 1Malaysia ker?...

Sepupu aku cakap...
"Kita nak tolong orang boleh tapi jangan sampai menyusahkan kita"...

Salam...Adios...






      

Rabu, 9 September 2009

Catatan Kosong #26 - Nasihat Dari Orang Yang Tak Patut Bagi Nasihat...

Pernah dengar?...Pernah dengar?...Pernah dengar?...

Aku?....Banyak sangat sampai dah nak naik muntah otak aku nak menghadamnya...Ada yang bagus, ok dan boleh diterima tapi yang sakitnya bila tukang beri ceramah motivasi nak bandingkan aku dengan dirinya, kalau nak bagus kena jadi macam dia, bukannya lebih dari dia...Iya, aku tak akan jadi macam dia sebab aku bukan dia, kepala otak aku tak kan sama dengan dia, selera aku takkan sama macam dia, cerdik atau bodoh aku takkan sama macam dia...jadi sekali sekala aku pikir apa lak jadahnya kalau nak suruh aku jadi macam dia?...

Senang?...Sapa tak nak kan?...Cuma ada sesetengah orang akan melaluinya dengan jalan yang kurang berliku sikit...Aku rasa susahlah kalau nak hidup asyik kena tempias bayangan orang lain ajer, tapi tak lah pulak pesanan mereka itu semua tak boleh pakai cuba tengok pada keadaan lah...Memang aku tak nafikan tak kira ko jadi ustaz ker, kerani, pegawai, tok iman masjid, kesenangan itu adalah anugerah, kalau berusaha dapat...Nak hilangkan rasa bangga diri memang susah, bak kata pepatah (tah aku baca kat mana) "walaupu raja respek pada pengemis tapi dia tak nak nasibnya macam pengemis"...

Realiti hidup bagi seseorang berlainan dari apa yang diharapkan, cuma kita mampu menjalaninya dengan seadanya....

Korang pernah rasa "kokak sekokaknya" dalam hidup koranh tak?...

Aku sedang mengalaminya...

Tak tahu kat mana nak tumpahkannya....

Salam...Adios...

Isnin, 31 Ogos 2009

Catatan Kosong #25 - 31 Ogos Serta Sebulan Ramadhan....

Tepat jam 12 malam tadi, aku dalam bilik layan movie tiba-tiba bunyi letupan bunga api serta laungan merdeka dari makhluk Tuhan...Tapi kat tempat aku tinggal nih biasalah, bila dah tengah-tengah malam memekak dengar suara orang mula la ada jugak suara yang memekik balik, "woi bodoh, bisinglah!"...Tak la pulak aku nak respon apa-apa atas tindakan diorang, setiap orang mesti ada fikiran sendiri dan juga cara sendiri untuk sambut merdeka kan?...

Bagi aku pulak dari seorang konteks manusia yang pemalas tambahan sikit dos anti-sosial, merdeka tak lebih dari sekadar dapat cuti tanpa gaji, ohhhh..indahnya dunia kalau selalu macam ni kan?...Huhhhhh, macam takde semangat patriotik ajer...betul, kalau setakat nak tengok bunga api setahun sekali sambil memekik merdeka baik aku tidur lagi bagus tak pun makan nasi kenyang jugak perut...

Sebulan puasa tak la lama, walaupun aku mengaku yang puasa aku tak la sempurna sangat tapi sekurangnya aku mampu puasa sampai sebulan jugak...Kira ok la walau tak cukup syarat tapi kalau hari-hari biasa contohnya puasa ganti jangan harap nak buat, kiranya bulan puasa nih kita semua puasa jadi suasana tu tak lah nampak janggal kan?

Lagi satu yang aku benci masing-masing dah sibuk merancang nak raya padahal puasa belum pun cukup seminggu...Sibuk dah tempah baju raya, kuih raya, perabot raya, kereta raya, hantu raya...Nampak sangat hari raya nak menunjuk kebendaan bukan nak menyambut kesyukuran kerana puasa sebulan tu, aku dah 4 tahun rasanya tak beli baju raya, pakai yang sama ajer tiap tahun, lagipun aku pakai sekali ajer takkan lah member aku nak ambil gambar lak pas tu tunjuk aku dah pakai baju yang sama untuk 4 tahun lepas kan?

Kelebihan Bulan Puasa Dalam Konteks Aku...
1 - Jimat belanja
2 - Diet secara semulajadi
3 - Kurang nikotin dalam badan
4 - Aktiviti tidur amat mengasyikan
5 - Mengular

Salam...Adios...