Isnin, 31 Ogos 2009

Catatan Kosong #25 - 31 Ogos Serta Sebulan Ramadhan....

Tepat jam 12 malam tadi, aku dalam bilik layan movie tiba-tiba bunyi letupan bunga api serta laungan merdeka dari makhluk Tuhan...Tapi kat tempat aku tinggal nih biasalah, bila dah tengah-tengah malam memekak dengar suara orang mula la ada jugak suara yang memekik balik, "woi bodoh, bisinglah!"...Tak la pulak aku nak respon apa-apa atas tindakan diorang, setiap orang mesti ada fikiran sendiri dan juga cara sendiri untuk sambut merdeka kan?...

Bagi aku pulak dari seorang konteks manusia yang pemalas tambahan sikit dos anti-sosial, merdeka tak lebih dari sekadar dapat cuti tanpa gaji, ohhhh..indahnya dunia kalau selalu macam ni kan?...Huhhhhh, macam takde semangat patriotik ajer...betul, kalau setakat nak tengok bunga api setahun sekali sambil memekik merdeka baik aku tidur lagi bagus tak pun makan nasi kenyang jugak perut...

Sebulan puasa tak la lama, walaupun aku mengaku yang puasa aku tak la sempurna sangat tapi sekurangnya aku mampu puasa sampai sebulan jugak...Kira ok la walau tak cukup syarat tapi kalau hari-hari biasa contohnya puasa ganti jangan harap nak buat, kiranya bulan puasa nih kita semua puasa jadi suasana tu tak lah nampak janggal kan?

Lagi satu yang aku benci masing-masing dah sibuk merancang nak raya padahal puasa belum pun cukup seminggu...Sibuk dah tempah baju raya, kuih raya, perabot raya, kereta raya, hantu raya...Nampak sangat hari raya nak menunjuk kebendaan bukan nak menyambut kesyukuran kerana puasa sebulan tu, aku dah 4 tahun rasanya tak beli baju raya, pakai yang sama ajer tiap tahun, lagipun aku pakai sekali ajer takkan lah member aku nak ambil gambar lak pas tu tunjuk aku dah pakai baju yang sama untuk 4 tahun lepas kan?

Kelebihan Bulan Puasa Dalam Konteks Aku...
1 - Jimat belanja
2 - Diet secara semulajadi
3 - Kurang nikotin dalam badan
4 - Aktiviti tidur amat mengasyikan
5 - Mengular

Salam...Adios... 

Tiada ulasan: