Rabu, 19 Ogos 2009

Catatan Kosong #24 - Orang Tua Yang Tak Mahu Dilabel Tua - Versi Makan Ketupat....

Prolog ; Haihhhh, kau ingat perempuan sajer ker kaki mengumpat?

Susah betul bila kau bekerja dengan manusia yang perasan bagus serta ingat apa yang dia buat semuanya betul....Nie aku bercakap atas dasar manusia Melayu yang suka mengada-adakan cerita melebihi skrip cerita yang diberi, tunggang-langgang, punah ranah la jadi jalan ceritanya, patutnya ramai orang cakap cerita Melayu kat tv macam sampah, kat layar besar pon sama, dah asyik ulang modal yang sama, lepas tu nak suruh orang percaya....Nak menipu ikut skrip pon agak-agak la, lahir kat hutan mana ntah...

Aku, kau, kamu, mereka semuanya bekerja untuk hidup sebab kita tak bersandarkan pada sistem "barter" macam zaman dulu-dulu, tapi manusia yang satu ni aku rasa la kan, lahir ajer terus berlari bukan merangkak, tu sebab nafsu gila kuasa dia sangat besar mengalahkan beruk kat hutan...Walaupun tak melibatkan aku secara lamgsung, cuma mungkin ada la jugak sipi-sipi, tapi bahang panasnya tetap aku rasa jugak, mendidih tak ada la sampai takat jadi wap...Bila melibatkan kawan baik kau sendiri yang boleh kau kata kenal luar dan juga dalam (sikit-sikit ajerlah), panas jugak la telinga...Tapi yang hairanya manusia jenis nih tak makan saman, walaupun satu dunia tahu tapi dia buat bodoh, dunggu, bengong, lembu, kerbau mengalahkan macam dia tu pemegang syer paling besar, padahal sama makan nasi jugak....dah tua buat la cara tua akak woi...

Bukan nak bela kawan aku 100%, tapi dari cara gerak manusia tua nih memang sengaja nak cari pasal...Aku sedar negara kita negara demokrasi, tapi bila dah salah guna kuasa yang ada pada diri sendiri secara tak langsung ianya akan melibatkan kepentingan orang lain, orang yang tak mahu pikir benda-benda yang tak berfaedah, tak nak cari salah, tak nak tuding jari pada orang lain, alih-alih terkena jugak...Tapi nak buat macam mana kan, Tuhan ciptakan manusia mungkin sama dari segi sifat fizikal, tidak secara mental, mungkin itu adalah sebahagian daripada keseimbangan kosmo...

Masa mula-mula menaip rasa macam pedas...

Lama-lama rasa lemau pulak...

Mungkin aku takde bakat nak mengumpat pedas-pedas kot...

Nah, ayat akhir...

FUCK OFF AND DIE!!!!!

Salam...Adios...  

Tiada ulasan: