Selasa, 18 Ogos 2009

Catatan Kosong #23 - Ntah La Budak, Mana La Aku Tahu Menatang Apa Indie Tu?....

Tajuk takde kena-mengena sebenarnya, muzik universal...kau nak dengar jenis apa, siapa penyanyi, muzik ganas tahap setan, teknikal sampai rabak telinga, emosi sampai mengalir hingus kat hidung....tak kisah kerana itu pilihan individu...tapi....jangan sesekali nak cuba hentam orang yang minat muzik tersebut...sebabnya aku pun ada pandangan macam tu jugak dulu, biasalah tengah-tengah muda rumaja, konon hebat gila, rebel tak tentu pasal, hantu raya pun boleh jadi bagus...

Zaman teknologi cepat sangat, dulu punyalah susah, aku ingat lagi zaman aku order kaset The Bollock band dari Kuala Pilah pakai pos, punyalah lama nak sampai dekat dua minggu....bila sampai jer kat alamat rumah aku, aihhhhhh...apahal ada koyak sikit kat bawah, rupanya member aku cakap nih mesti kerja orang yang nak "spy" apa bendanya kat dalam tuh....takpe, janji barang aku tak hilang sudah la....Sekarang google ajer kat internet mesti ada orang upload lagu diorang, download tak sampai 10 minit dah siap...hebat betul teknologi, "sharing is caring" bang, kata awek promoter Steamyx kat aku....betul lah tu dik...

Balik pada citer tadi, bila dah lama-lama nih sebenarnya benda-benda popular atau tak, tak menjadi hal sebenarnya yang penting sikap kita dalam menilai sesuatu keadaan...Aku suka bila seseorang boleh terima kedua-kedua jenisnya tanpa ada rasa ragu-ragu dan semestinya dengan ilmu yang ada serba-sedikit, jangan nak menghemtam terus, itu amatlah tak betulnya...Sebabnya, masa isu black metal dulu aku kat Tanah Merah dan kebetulan sebuah sekolah menengah kat sana cikgunya ada review pasal muzik nih kat dalam majalah sekolah mereka...Aku ingatkan menarik, rupanya cikgu nih memang takde asas muzik langsung dan paling kelakarnya ada ker dia hanya buat perbandingan berdasarkan nama sesebuah kumpulan dan terjemahan ikut bahasa melayu...contoh Sodom jadi Peliwat, maknanya maksud nama pun dah jahat jadi muzik lagi la jahat....Aku rasa kalau ada cikgu muzik kat sekolah tu dia mesti menangis...

Jadi jangan mudah terikut-ikut sangat dengan apa yang orang lain kata, ikut kepala sendiri sudah....Kalau kamu suka teruskan saja dengar dan kalau tak suka bolayan sajer, takde orang nak marah dan juga kamu tak akan rugi apa-apa...

Baru aku download album Feminin...

"Angin bayu membawa....."

Sial jadah, sapa pulak buang angin pulak nih....

Salam...Adios....

1 ulasan:

Ada berkata...

Feminin?? Hahahha...comelnyee...