Jumaat, 11 September 2009

Catatan Kosong #27 - Bila Buat Kerja Tak Ikhlas Selalu Hasilnya Hampeh....

Dah banyak kali aku lalui situasi macam nih, sebab aku jenis yang pemalas dan suka membazirkan waktu dengan benda-benda tak berfaedah selalunya kerja  yang aku buat mesti akan jadi dua kali atau dua kali kerja kata orang...Contoh bila orang mintak tolong aku masa aku tengah malas maka mulalah perangai buruk aku terserlah, bergerak macam sesumpah tak makan sepuluh hari....Walaupun kerja tersebut senang sangat tapi bila sifat malas aku ditahap maksima maka hasilya jadi hampeh jugak, aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam nih, mungkin sebab aku menyampah kot...

Tu sebab aku dah belajar berterus terang dah sedikit demi sedikit orang kata lama-lama jadi bukit, tapi masalahnya bila aku cakap betul-betul aku malas biasa orang yang mintak tolong aku akan kata "alah, bukannya lama, kejap ajer tak sampai sepuluh minit"...Dalam situasi yang bangsat macam nih dimana tahap kemalasan aku memdidih dengan lajunya ditambah dengan senyuman tawar di bibir, maka kerja yang suruh aku buat katanya tak sampai 10 minit akan bertambah jadi 30 minit...Bila orang yang mintak tolong tadi tak puas hati maka "ko nih macam tak ikhlas jer nak tolong aku" katanya pulak...Aku dah cuba terus terang cakap aku malas, kira dah gila babi jujur, sapa suruh kamu tak percaya...

Masalah kat sini adalah penerimaan manusia terhadap tindak balas jujur "malas" dan bila dah cakap terus terang mereka akan duga, cuba jugak pujuk, bila dah buat tapi hasilnya hampeh pandai pulak nak komplen. "kalau tahu macam nih tadi aku mintak tolong dengan orang lain", katanya...Aku dah tak tahu macam mana hadapi masalah macam nih, kalau betul aku tengah semangat takde masalah, ini tak time-time tu jugak dia nak, nak kebelakang tak boleh nak kedepan pun tak boleh, mintak maaf, takde tengah-tengah ye!!!!!

Perangai buruk aku nih teruk jugak la, kenkadang bila pikir balik rasa menyesal pulak atas tindakan aku menganiyaya orang yang mintak tolong aku tuh, orang cakap nasi dah jadi bubur, nak tak nak kena la goreng ikan bilis, best jugak kan?...Tapi satu yang aku sangat malas, jemu,tepu bila dah sekali tolong, kedua kali mintak lagi, ketiga lagi mintak, apa ingat aku ada daftar ahli persatuan tolong menolong 1Malaysia ker?...

Sepupu aku cakap...
"Kita nak tolong orang boleh tapi jangan sampai menyusahkan kita"...

Salam...Adios...






      

Tiada ulasan: