Isnin, 28 September 2009

Catatan Kosong #28 - Negara Misteri : Friend Of Kim...

Dah, sudah-sudah dengan deman raya sebab aku tak sambut raya.TITIK....Kebelakangan nih aku sangat berminat dengan jiran ibu negara Soul, Pyongyang. Negara yang sangat misteri, dari segi ketenteraan mereka, cara hidup rakyat mereka, bandar utama mereka yang seumpama bandar hantu, dasar yang sangat tertutup, memang segalanya sangat misteri...Banyak jugak dokumentari yang aku sempat tengok, tapi secara kasar sahaja sebab keterbatasan akibat sekatan-sekatan yang amat tak munasabah terhadap media, tapi itu hak mereka...Kapitalis VS Komunis...

Tapi yang nyata tersangat, walaupun apa saja sistem yang manusia amalkan sepatutnya rakyat diutamakan, penuhkan perut mereka, kebajikan mereka, baru sistem tersebut akan dipandang betul...Tapi sebab manusia nih memang sifatnya tamak, apa-apa sistem sekalipun akan ada cacatnya kerana nafsu mereka mengatasi segalanya, istana presiden punyalah besar, rakyat tinggal dalam rumah batu yang tak siap...Huh, kempunan aku nak tengok awek-awek utara yang comel-comel...

50 tahu lebih dibasuh otak dengan segala propaganda, pendapat aku itu bukan suara majoriti rakyat...Maksud aku bukan sahaja sistem komunis yang mereka amalkan malah apa-apa sistem sahaja yang diprogram ke dalam kepala otak kita sejak dari lahir tentu akan membuahkan kesan bukan? Dalam hal ini aku sangat bersetuju dengan saranan Hang Jebat, mungkin dekat utara korea ada suara penentangan tapi secara senyap, manusia seerat mana pun mereka diikat, tapi fikiran mereka tak akan berkarat, kecuali kalau memang dah biol sangat, itu kategori lain...

Tapi itu pilihan pemimpin dan rakyat mereka dan mereka-mereka yang luar dari kelompok mereka tiada hak untuk mengkritik kerana mereka hanya melihat dari lingkungan luar...Dari temubual dengan rakyat utara yang melarikan diri, sangat teserlah dasar yang menyekat segala kebebasan rakyat, mereka seumpama "zombie" yang dikawal, digunakan untuk kepentingan orang yang berkuasa...Walaupun begitu mereka merupakan antara negara yang sangat maju dari segi ketenteraan dan juga dari segi kepintaran intelek, sistem pelajaran mereka juga sangat menarik...Itu bermakna mereka bukan tak menerima arus globalisasi dunia, cuma digunakan untuk tujuan tertentu sahaja...

Fakta menarik : Syarikat Hyundai diasaskan oleh rakyat Korea Utara...

Betul ker raya sampai sebulan?

Mmmmm...komerSIAL betul...

Salam...Adios...

Tiada ulasan: