Aiiiseyyyy....hutang lama ngan Pachilo belum bayar lagi, sorry pakcik....ni pemberi hutang baru munculkan diri pulak....Cik Dilla Raden....ok, ok....dua-dua skali lah bayar terus....apa aku nak mengarut pon aku tak tahu lagi, bagi otak aku kembang kejap....
Yoshhhhhhh....jalan lah....
1) Dari Pachilo a.k.a Fikir Luar Otak
Betul ker sifat seseorang boleh diukur melalui perut isi beg duit dan benda dalam poket seluar? (bukan dalam seluar yer, jangan keliru disitu), tah lar...takde special sangat....
i) Beg - Setelah mengalami insiden kehilangan yang kerap, sial sekali ngan isi perut kat dalam tuh, maka aku beli sebuah beg yang besar berbentuk panjang (purse ker org panggil?)...biasa insan sengkek seperti aku kat pasar malam ajer (ko beli kat butik aku peduli apa?)...aku tertarik kerana kat dalamnya banyak slot2 untuk memuatkan/menyelikkan kad pengenalan hidup, lesen kenderaan yang tiap tahun paksa aku ker pejabat pos, roadtax yang juga bernyawa tiap hujung tahun, kad ATM RHB bank yang dah haus (akibat terlalu kerap menggunakannya), slip simpanan penyata mesin cash deposit (jangan tipu, aku dah bayar hutang kamu), dan juga terdapat satu benda penting....kertas sekeping yang tertulis IF YOU FOUND THIS, PLEASE CALL 019-XXXXXX
Jadi jika kamu atau kamu atau jiran kamu terjumpanya.....tolonglah ikut arahan tersebut yer...pity me....dan anak2 buah aku cakap "macam beg pempuan pakai ajer"....sial jadah.....
ii) Poket Seluar - Banyak seluar aku nih, mula yang aku pakai nak pergi kerja....ada handphone sony eriksson second hand, anak kunci motor berserta tali barut dia (kunci rumah, kunci solex dan kunci harta karun)....dan seluar yang dah jadi tukun tiruan atas darat, aku simpan duit syiling kira macam tabung tak rasmi lah, duit rupiah 1000 sekeping, slip2 gaji yang lepas2 dan terkini, bekalan rokok yang dah nak abis (biasa sebatang atau dua) dan abissssssss....
prolog: Pakcik, hutang dah jelas yer....
............................................................................................................................................
The Rules :
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged, and to read your blog.
.............................................................................................................................................
2) Dari Cik Dilla Raden a.k.a Meludah Langit
8 fakta/tabiat tentang aku?...nak tulis apa hah...
yoshhhhhhhhh.....
i) Max - IT
Menatang apa nih? Majalah yang tak pernah aku miss beli, suka sangat nak tahu apa perkhabaran terbaru dari dunia gajet....dan kepala otak aku mula mengira2 untuk uprage system yang lebih power untuk main game...aku mangsa kapitalis?...sama la macam kamu yang beli MacBook...
ii) Maxis USB Broadband
Apa kena mengena pulak? Yup, sumber aliran aku guna internet...sangat dengki dengan pengguna Streamyx kerana jalur lebar diaorang lebih laju....dan aku terpaksa tidak berpuas hati dengan kadar kelajuan dengan imbalan pembayaran...
iii) Makan dan makan
Habit semula jadi, pagi sebelum pergi kerja...beli nasi kerabu dan air teh panas....dan aku perasan faktor ini menyumbang kepada keseksian perut aku secara tak langsung dan survey mengatakan pompuan tak berapa suka dengan keadaan ini, geli katanya...elehhhhhh.....
iv) Suka Dengan Band Tempatan
Aikkkk...tak abih2 dengan isu fak-mengefak...dulu, ye dulu aku pon macam tuh dengar material dari luar sahaja, konon ganas tak ingat dan high standard....ketahuilah bahawa semua muzik kat dunia nih takde yang original....muzik itu BEREVOLUSI....jadi tak kisah lah kamu nak dengar dan minat apa....itu hak telinga kamu....
v) Asyik Gatal Kaki
Dah lama sangat tak pijak pedal?...bukan pedal minyak, brek, cluch kereta.....pedal drum, dah lama sangat tak jamming walaupon faktanya aku main macam hampeh dan rolling tak berapa nak ligat....main laju2 skit dah macam ikan tak cukup air....mana Pa, Pudin, Mat Ju, Hakim, Kamal dan yang seangkatan?....gian jugak kenkadang....
vi) Skuter Bunga Raya
Cehhhh....nak masuk jugak...apa2 lah...siapakah dia?...tah aku nampak gitu2 ajer lah, fakta yang tak dapat disangkal...tuan punya skuter nih nampak cute bila menunggangnya, dengan rambut panjang mengurai....tah2 pontinak baru blajar nak naik motor tak?....misteri...
vii) Dah boleh bangun pagi
Biasa jadual disiplin aku boleh dipuji setakat ini....jam kat handphone kadang2 kejutkan aku dan kadang2 aku bangun awal daripada jam hp aku....jadinya disiplin untuk tidor walau selewat 2 pagi tak datangkan masalah pada aku...tepukan pada diri sendiri.....
viiii) Haaaa....dah abissss...
Tu lah sapa suruh bagi lapan ajer....ini lah hasil mengarut aku untuk lapan fakta merungut....dan sebetulnya aku banyak guna kepala lutut dari kepala otak aku....adiossssssss....
prolog: Cik Dilla....hutang dah jelas yer......
.............................................................................................................................................
Maka menurut peraturan merah kat atas....aku terpaksa dalam rela meletakkan senarai 8 orang2 dalam senarai untuk jawab tag tersebut......
Kamu, ya kamu........
(sila abaikan kalau tak mahu atau dah ada atau malas......)
1) Sila Fikir Luar Otak
2) Komuniti Perosak Bangsa
3) Perempuan Jomblo
4) Merces Letifer
5) The Ninapop
6) Dang Ijah
7) There Is A Bullet In My Head
8) Sapa Yang Baca Dan Nak Mengarut...sila.....
Adios....Amigoes......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan