Selasa, 6 Mei 2008

Pattani Vs Siam Vs Malay.......

Senyum...sekali lagi pesawah professional seperti nenek aku....yang tanam padi kat sawah teruji...tapi takpe kerana kami mempuyai bekalan simpanan...padi yang ada tersimpan dalam bangsal boleh bawa kat tempat mesin untuk diproses....selesai masalah satu keluarga....dan pemimpin kita sekali lagi mengharapkan rakyat supaya ubah cara hidup....walaupon cara hidup mereka tak pernah berubah....biasa lah, aku kalau kaya dan berkuasa pon jadi cam tu jugak (mungkin kah?)....hipokrit jugak aku rupanya....oh ya...nenek aku x pandai makan burger...ingatan disitu....

Semua orang aku rasa kenal negeri Pattani kan?....alah...negeri kat sempadan Siam tu atas skit dari Kelantan...ada kisah yang sangat hebat berlaku dalam buku sejarah zaman dulu...baca teks sejarah dunia yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia....masa ni Pattani adalah sebuah negeri yang berdaulat, ada raja dan memerintah dengan aman damai....anak2 dara pon cun kat sana...agaknya lah sebab aku bukan hidup zaman tu....negara Siam alkisahnya dengki dengan keamanan dan kemakmuran negeri Pattani dan berhasrat untuk menawan mereka....maka berlakulah peperangan, tetapi Siam masih tak dapat menawan Pattani....salah satu rahsia tentera Pattani untuk lemahkan kuasa tentera Siam adalah dengan menghantar askar mereka untuk menyamar....kira macam spy la masuk ke kem2 askar Siam....bukan serang hendap atau perang gerila yer....cuma perang makanan....spy Pattani bertindak mencuri bekalan makanan dari kem2 askar Siam pada waktu malam....akibatnya...bekalan tak cukup....natijahnya Siam gagal menawan Pattani....hebat betul kan kuasa makanan nih....

Siam...semua orang kenal, lebih2 lagi aku yang lahir dekat sempadan....tapi yang bestnya ada syurga dunia kat situ....orang kata la bukan aku yang kata.....Siam merupakan antara salah sebuah negara termaju dalam bidang pertanian....bayangkan, boleh katakan segala jenis buah tidak mempunyai musim tertentu kat negara mereka....berbuah sepanjang musim....

2 -3 tahun lepas, berlaku krisis gula tak cukup kat pasaran....penyelesaianya....harga naik dan kerajaan setuju...akibatnya....bekalan pulih pada masa yang singkat....lepas tu minyak masak....setuju pada harga dan bekalan pulih sedia kala....dan sekarang beras....seluruh asia merasakanya...dan kita masih tak terbeban kerana harganya masih rendah berbanding dengan gaji pekerja seperti aku yang NYATA lebih tinggi dari gaji para menteri yang bercakap....

Ohhhh...aku nak pegi link kat blog yang ada cerita pasal nih....

Sebab aku x pandai tulis pasal politik....

Dan sebagai tanda protes pada beras....

Aku nak pergi beli Pizza....

Adios...Amigoes....

Tiada ulasan: