Khamis, 19 Jun 2008

Kuasa Imperialisme....Bangga Sungguh Kita....

Tadi aku singgah minum pagi, ohhhh....bukan2, aku cuma temankan member minum pagi dan lepak kejap sementara kawan aku habiskan segala makanan dalam mulut dia.....Sesi lepak2 kejap itu aku isi dengan baca suratkhabar yang indah khabar dari rupa, biasa la peminat benda2 free kan....belek punya belek, terpandanglah ruangan komen dari pembaca atau penulis yang tak bertauliyah (baca; macam aku lah) dengan bangganya pergi ker Britain....bukan nak melancong tau tujuan utamanya (dia kata la, dah dia tulis gitu)....

Dengan bangga (barangkali) hasil 50 kemerdekaan kita yang lepas, sang penulis telah merasakan kagum yang amat sangat tentang askar kita yang menjadi pengawal istana ButtKing kat London....dengan perasaan berkobar2 tu dia terbang ke sana untuk tengok sendiri askar kita dengan jayanya mengjalankan tugas....jadi aku hanya tersenyum, dengan pelancong dari Singapura juga yang memuji2 Malaysia....katanya lagi dia sangat bangga....aku sengih lagi dalam hati....

Britain....satu negara kepulauan sama cam Jepun yang keduanya pernah singgah untuk menjarah hasil bumi kita....bezanya Jepun hanya menjarah tanpa tinggalkan "taik", tetapi Britain dengan propagandanya yang sangat masyur tu dulu "beban orang putih" telah meningggalkan "taik" dimana2 saja dia singgah....ingat "Komenwel" tu saja2 ajer ker ditubuhkan? Kat Malaya (aku malas nak bincang), kat India........"taik" dia adalah Kashmir yang ada kat tengah antara India dan Pakistan, sampai sekarang masih bergolak, dan yang paling hebat adalah negara paling anjing kat dunia "Israel", walaupun kita tahu Amerika dibelakangnya sekarang ini tetapi masa mula2 penubuhannya adalah antara Britain dengan wakil Zionis dan juga Pak2 Arab...

Bukan aku nak bangkang sangat lah, atau dengki sebab x leh nak melancong kat Britain sana, tetapi biarlah benda tu masuk akal skit.....Dah banyak sangat harta2 penyangak ni ambil dari semua tanah jajahan mereka dulu, sampaikan ada fakta yang aku baca kalau rakyat Britain ni x kerja dalam masa 5 tahun pon kerajaan diorang masih lagi mampu bagi makan....rakyat diorang pon kalau nak melancong ke luar negara dapat elaun tau, nak tujukkan mereka dari "Great Britain"....

Imperialisme ni takde kebaikkan langsung selain tinggalkan banyak "taik" yang tak tahu brapa puluh generasi baru nak habis cerna....kalau mereka ni "great" sangat kenapa lari tak cukup tanah masa Jepun serang Malaya dulu?....Lepas Jepun kalah baru terhegeh2 datang balik, hasilnya nak cuba beri kemerdekaan dengan banyak pulak syaratnya tuh, kononya nak tolong tapi berak merata-rata tempat...

Kita nak apa sebenarnya?

Nama ajer ker?

Kat sana ada SALJI tau.....

Adios....Amigoes....

1 ulasan:

Dang Ijah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.