Jumaat, 6 Jun 2008

Nak Tumpang Membebel....Aku?....

Tengah2 orang kita dan termasuk lah orang yang duitnya tak habis nak makan, aku pon nak menyibuk lah jugak sama....boleh kan?...pasal apa lagi kalau bukan emas hitam nih, tapi bukan lah nak banned sesapa atau tidak puas hati terlampau...sekadar efect terhadap diri sendiri sebagai rakyat marhein yang tidak tertindas....yer ker?

Aku tahu banyak jugak yang sangat tak puas hati, tapi apa bleh buat sudah begitu takdirnya....dan sesuatu yang pasti apa yang naik susah hendak jatuh kerana banyak melibatkan faktor2 lain...sesapa yang pernah baca buku tulisan S.N Shahnom Ahmad yang sangat kontroversi dulu pasti tau....cam ni la keadaanya sekarang dan kita tak boleh salah kan mereka 100% kerana mereka juga pemimpin seperti kita....manusia lah katakan, ingat senang ke nak jadi pemimpin?

Dikalangan memember aku yang dah punya tanggungjawab, dah ada keluarga untuk disara...diorang tetap cool walaupun perit....membebel tu biasa pak, sapa nak susah dalam keadaan yang dah sedia susah kan?....ni perspektive dalam masyarakat marhaein lah, yang duit tak habih nak makan tuh cerita lain....dan aku rasa mereka pon terasa jugak, tapi effect tu kurang lah kot, bukan macam masa ekonomi jatuh dulu...ramai yang bungkus dan terpaksa belajar makan ubi kayu....ada ker?

Berbalik pada skala hidup aku, ada la jugak yang effect, ada jugak peritnya skit kan....biasa lah bebenda gini memang tak leh nak lari, tu sebab aku heran dengar lagu video klip kat you tube budak cina Nemewe pasal Negara Ku tuh....tapi best jugak versi dia kan, mungkin lepas nih ada lagi kot orang lain buat lebih best dari dia....sure masuk carta lagu nombor satu dalam negara, jangan risau aku akan sms punya, setakat RM0.50 apa lah sangat kan....

Tapi jangan lah rasa tertekan sangat, orang2 kat atas tuh dah cakap terang dan jelas kita masih BERUNTUNG harga emas hitam kita masih di tahap rendah banding dengan jiran2 kita kan?...kita kena percaya kerana ini fakta soheh dan walaupun kita juga sedar KDNK mereka 2-3 kali ganda dari kita kan?...Brunei tu cerita lain kerana emas hitam mereka tak la hitam sangat dan mereka juga berada dalam skala yang kecil dan tak macam kita yang dah ada 27 juta orang tambahan orang sementara atau yang nak jadi sepenuhnya dalam 6 juta.....

Teringat masa aku kat kampung dulu, bila tiba time 'bah' ubi kayu dan segala jenis ubi yang nenek aku tanam terasa sedap sangat.....cecah ngan kelapa parut tambahan dos ikan kering, huh nikmatnya tak terkata kalah MacD....mungkin aku masih lagi tak kenal menatang fast food nih kot, sekadar tengok dalam tv jer....sekarang baru aku tahu nenek aku merupakan seorang yang berfikiran matang dan jauh ke depan, tu sebab dia dah prepare awal2 lagi....nampaknya aku banyak lagi kena belajar dari dia kan?

Dah takde idea nak membebel.....

Lah....dapat 3.7 liter RM10 aku isi, ker aku silap kira nih?

Celaka, tokey tu tipu aku ker?

Adios...Amigoes.....

Tiada ulasan: