Hari yang memang takde kerja, otak aku berputar ligat cari alasan nak lepak kat mana...kena cari sarang yang selamat, jangan sampai orang curiga apa yang aku buat...nak jadi pro kena la pandai walau banyak cakap dan malas sebenarnya...betul ker? Banyak bercakap orang kata bukan menandakan seorang yang cerdik, tapi kenkadang ada jugak logiknya apa yang keluar secara spontan nih....apalah salah aku jadi pendengar setia tanpa bangkangan ye tak?
Mula2 sembang pasal lain, pas tu macamana termasuk agenda untuk bulan 7 pulak, dan semalam aku menerima risah tentang protes harga minyak yang akan diadakan....menarik jugak pamplet tuh, dan aku cakap la tentang perancangan protes yang akan diadakan...tapi abang nih rileks ajer dan selamba kata tiada faedah langsung anjurkan protes nih, bukan lagi baik katanya....tambah keruhkan keadaan adalah kerana masalah nih bukan kat BolehLand ajer katanya tapi seluruh dunia dan betul juga katanya. Masalah paling besar adalah kita, kita yang berkerja tidak melakukan tanggungjawab yang sebenar sebagai pekerja, macamana negara nak maju macam nih....katanya...
Banyak jugak betulnya, contoh paling jelas birokrasi dalam organisasi kerajaan....tak yah tengok jauh lah katanya, Pejabat Pos atau BSN punyalah terkenal dengan ke"lembab"panya....bayangkan tengah ramai2 orang beratur kaunter bukak dua ajer padahal apa salahnya habiskan orang yang tengah tunggu tu dulu....orang nak masuk kerja lagi, korang tu dah memang duduk kat situ....tolong lah skit...dan katanya lagi kalau kita tukar kerajaan pon belum tentu akan sama dengan kerajaan sekarang nih, aku dengar lagi macam ayam yang baru dapat dedak...biasa aku suka dengar pendapat orang walau tak setuju, tambah2 kalau orang lebih tua dari aku....hormat la skit apa salahnya kan? Takkan pasal tak setuju mau bangkang gila2, rileks la....kita minum dulu....
Aku tak mau la selisih paham yang bodoh, tak tentu hala....aku punya strategi mudah untuk semua penyokong dari mazhab pembangkang atau pro, kalau pro aku akan dengar betul2 dan compare apa yang aku dengar dengan matlumat yang aku dapat, gitu juga dengan pembangkang....bila seseorang naik "syeh" atau "naik angin" aku tak nak spoilkan mood diorang, masa nih la boleh teka yang bercakap dengan kita nih setinggi mana pengetahuan dia....kalau setakap cakapnya tuh macam cakap kedai kopi tanpa ada unsur2 pemikiran yang agak kritis, maka dengan sendirinya aku tahu yang tukang bercakap tu cuma modalnya murah....tak kemana jugak, orang kata kulit tebal dari isi....
Bagi aku lah, kenapa la takut sangat kita nak tukar kerajaan atau polisi....tak kira la ko sokong apa pon, kalau ada hubungan dan berkepentingan tak tahu lah pulak. Tapi sebagai rakyat yang biasa, yang berkerja untuk makan, untuk bayar itu ini dan peduli skit2 pasal hidup yang semakin menghimpit....apa la takut sangat untuk berubah, pedulikan kata orang2 atas yang kerjanya nak tunjuk baik kat depan dan tak pernahnya rasa susah....harta diorang 7 keturunan pon tak habis nak makan, kita yang kat bawah kalau pro sangat pon tak kan kemana....apa nak sibuk2 sangat dengan diorang, dah kita tak nak buat....orang lain dah nak buat kita sokong ajer, jangan harap la nak dapat sumber2 betul kalau setakat baca akhbar kat BolehLand nih....cuba la layari internet ker, baru la berkembang skit kan?....
Apasal haaaaa...
Asal 5.30 jer hujan...
Ker, ni hukuman untuk aku?
Adios....Amigoes.....
1 ulasan:
Mmm... Tapi kalau hok takdok tenet guano plok?... Kno jugok baco akhbar ke? Buke sumo org tau pasal tenet n buke semua ore ado tenet n buke sumo ore tau guna tenet / pc ke? Terpulang la pada pilihe memasing...
(@_@) <-BurungHantu
Catat Ulasan