Sapa pengaruh paling besar dalam hidup kita, tentulah selain dari mak bapak serta nenek atau atuk......abang memainkan peranan bagi lelaki dan kakak memainkan peranan bagi perempuan kan?.....Tapi bagi aku yang cuma ada kakak, itu tak berapa nak menyumbang pada pengaruh, terlalu kecil kerana selalunya lelaki lebih rebel/memberontak berbanding perempuan.....ini kiranya kontek dalam keluarga, duduk serumah lah kiranya, kalau pengaruh luar tok sah cerita lah....haihhhh, susah jugak takde abang ni sebenarnya...
Pak saudara atau pak menakang kata orang Kedah (aku) ada 2 orang jer, masa nih zaman dah nak hujung 80"an, kira aku dah sekolah rendah.....masa nih jugak rock tengah melanda Tanah Melayu, jadinya apa kesan moral ke atas kedua2 pak menakang aku?.....mudahnya, takde kesan langsung.....adakah diorang nih buta muzik?....Ohhhh, tidak sama sekali...pak menakang aku yang no.2, boleh dianggap peminat dikir barat yang tegar, biasalah dok kampung kan, tapi kira bangga jugaklah aku masa tuh sebabnya dikir barat kampung aku nih kira terkenal lah jugak dan pernah lagu-lagunya berkumandang kat radio negeri....kiranya kalau ada sesi latihan beliau akan sama2 memeriahkan majlis berlagu tersebut.....tapi beliau tak banyak benda2 yang boleh menarik minat aku, sekadar bergurau senda cara kejam dan sadis ada lah dan juga kerap menjadi mangsa "pengepaulan" aku.....biasalah nak bagi kat sapa lagi kalau bukan aku...alah bukan banyak pon.....2-3 posen ajer.....tu pon kemut ker?......
Pak menakang aku a.k.a abang kepada yang no.2 tadi.....haaaaaaa, yang ini boleh katakan moderate skit kerana dia mungkin banyak terdedah kepada budaya pop dan skit pengaruh rock zaman ini.....rumah aku pada masa tuh banyak terdapat rekod2 piring hitam atau ":vinyl", tu pon dah stock kat bawah rumah sampai aku bleh buat main macam "boomerang" padahal benda tu bukannya datang balik pon kalau aku lempar...khazanah nih sebenarnya berharga, banyak jugak dari album Boney M, Syarifah Aini, M. Shariff, Alleycats dan lainya yang aku dah tak berapa nak ingat.....alah masa tuh aku kecik lagi, apa yang aku atau selain dari seronok dan mengjahanamkan harta benda, sayang plak kalau diingatkan.....
Masuk dalam bilik beliau lagi hebat, terdapat kaset yang berbentuk 4 segi.....macam kaset sekarang tetapi tebal sedikit, tah la menatang apo nama dia tapi kalau pernah tengok cerita Detroit Rock City masa diorang nak pergi tengok konsert KISS ada lah satu babak dalam tuh yang kaset diorang kena pecahkan oleh si penjahat.....kira aku beruntung jugak lah pak menakang aku sempat menyediakan perkakasan untuk aku tahu walaupon aku kecik lagi masa tuh, tapi takat tengok je lah......nak pasang haram tak reti.....
Dah zaman berubah skit, beliau dah bertukar pada kaset saiz yang ada kat kedai la nih....dan kaset pertama yag aku jumpa ialah SEARCH.....beliau tak la dengar macam nak pecah rumah macam aku, tah masa mana beliau dengar aku pon tak tahu tapi pengaruh rock tuh ada la skit2.....dan yang aku kesalkan kan sangat tuh, player "turntable" untuk piring hitam dah pupus sama sekali, bila aku tanya balik nenek aku, katanya pak menakang aku dah bagi kat orang lain, member dia rasanya...kalau ada lagi kan ker best?...kononya nak nampak nostalgik la nih.....
Awal2 90'an, citarasa beliau berubah lagi....mula layan Megazits, kira pengaruh barat dah mula mempengaruhi beliau secara total.....masa nih beliau dah mula bekerja di sebuah sekolah dan telah mula berduit, dengan duit hasil gaji beliau maka rumah aku dah ada pemain video DVR.....masa nih menatang nih sangatlah mahalnya dan tak semua orang mampu untuk membelinya, inilah masanya aku ngan sepupu2 aku pakat layan citer yang best2 masa tuh......bukan citer biru yer, tuh dalam kategori tersangat ekslusif lagi bukan macam sekarang, mungkin kat kampung susah untuk dapatkan bahan2 macam tuh.....Rambo (urat dawai tulang besi), Comander, Terminator dan movie2 lain yang sangat gempak pada masa tuh.......sampai kan anak sedara bapak aku dari jauh siap datang bawak tape untuk tengok kat umah aku, Red Sonja....heheheheh....aku ingat lagi nama citer nya dan juga Conan The Barbarien......
Sekarang pak menakang aku dah kawin, anak dah 3 orang dan citaranya muzik beliau juga dah berubah....aku bleh tahu sebabnya ada sekali aku naik kereta dengan beliau.....ada satu tape ajer dalamnya....Kenny G, adakah itu muzik orang tua atau memang usia menpengaruhi muzik yang kita dengar?....Tah, aku takde jawapan pasti tentang itu dan terpulang pada masing2 punya citarasa....tapi ada satu jaket kulit yang aku tak sempat nak "pau".....gila cantik, kulit ori plak tuh.....aku inagt beliau selalu polish untuk jaga kesihatan kulitnya, beli kat Singapura katanya.....zaman tuh.....
Aku nak mengarut lagi....
Tapi bantal dah panggil....
Nanti sambung lagi......
Adios....
1 ulasan:
Lebih kurang sama jer zaman kita ni kan? Dlu minat gak ngan Kenny G, Rambo, Conan... Hmm... Klau ingat blik zaman kanak2, rasa cam nak jer undur masa blik masa... Biar nak puas2 main n belajar blik dr kesilapan yg pnah kita buat dlu...
Hmm... Rindu plak nak main kawin2 n main masak2 hehe...
Catat Ulasan