Susah betul kalau jumpa manusia yang perasaan imijinasi diri seakan semuanya sempurna.....semunya nak nampak sempurna dimata, dari hujung rambut hingga hujung kaki....serta sangat suka digossip. Dah banyak kali aku bagi isyarat, tapi masih buat benda-benda bodoh.....tak kaya tapi cakap macam orang yang mampu beli kapal terbang, dah nak "sezen" tapi masih nak tunjuk lagak bagai manusia tak nak berapa cukup akal.....tapi susah dah nak temui spesis macam nih, kira aku kalangan beruntung jugak lah dapat tengok serta menilai perangai manusia zaman dinasor.....hungga-bungga.......
Beliau sebenarnya berasal dari Perak, kawasan hulu jugaklah kiranya.....masa mula-mula kenal beliau adalah seorang yang ceria dan berpewatakan menarik, wanita pertengahan umur memang begitu.....elegen orang kata. Dari cara pemakaianya yang sopan santun serta bertudung membuatkan aku rasa beliau seorang isteri, ibu serta pakar dalam masalah keluarga....kreadit disitu untuk beliau.
Satu ayat pertanyaan beliau yang paling aku suka sangat....suatu hari yang indah....."eh, bagus kan kalau perempuan dapat kawin 2 macam lelaki?".....Akak, agak2 la kalau dilamun cinta pon, perasaan sayang takde masalah sesama manusia.....tapi kalau dah melalut macam orang hilang akal susahlah, lain lah kalau Akak tu dah jadi taraf mak janda, takde masalah kalau suka kat suami orang. Dengan perasaan serta tingkah laku yang tergedik2 kat depan aku, aku balas balik "boleh, takde masalah......kahwin ajelah, suami Akak nanti dapat madu".....hungga-bungga.......
Beliau sangat suka tanpa berselindung depan aku ngan member aku, memanggil nama timangan "honey i", "comel i", "abang i", "sayang i".......ohhhhhhhh.....lihat lah dunia, betapa agungnya cinta ku! Kadang2 aku gelak ngan member aku betapa lucunya gelagat manusia yang belum sedar dari mimpi, kalau nak melawak pon tengok tempat lah, ini tidak, kalau boleh habis nak dicanang satu dunia.....dengar ayat2 yang syahdu aku dah rasa nak muntah.......cuba la sedar diri skit wahai tua kutuk tak sedar diri.....heheheheheh......harap2 aku bila tua skit lagi masih sedar diri, dan misalnya tertarik perasaan sayang pada seseorang biar sekadar perasaan saja, jangan angau tak tentu pasal.....
Tapi perasaan menyayangi ni tak boleh dibendung, ini perasaan biasa bagi kita manusia.....tak kiralah yang dah kawin, yang masih bujang, yang cadang2 nak kawin, yang tua tapi masih nak kawin, yang tak tahap jadi bahan pameran kat museum etc......nafsu itu indah bila kita melayangnya......tapi sebagai manusia yang berakal, cuma tahan skit perasaan tu jangan melulu sangat sampai aku yang tahan meluat boleh jadi menyampah.....nak kutuk kaw2 sangat kan, nanti seminggu muka beliau akan masam macam dot, dot, dot.....
Walau segedik2 beliau, beliau sebenarnya seorang yang baik.....iya aku akui itu. Perkataan yang macam ular suka membelit tak tentu hala, aku boleh maafkan kerana tak mudarat sangat, setakat beredar disekeliling persekiran kerja. Beliau juga sukakan pujian, tak heran lah kami dapat makan free bila kami "pam" beliau dengan kata2 yang sangat indah.....sampai perut kami juga merasa sama indah bila melihat beliau merasa tertipu dengan helah kami....biasa lah Akak......"give and take" orang putih kata.......
Entry mengutuk ni rupanya best jugak.....
Turun beli rokok jap......
Daaaaaaaa......
Adios....
3 ulasan:
Hehehehe... Lawak la post nih... Ble tahan jugak ko pau mengepau org yer... Biasalah pompuan yg jenis mcm 2... Klau kna dgn tptnya, mengenela kipas2 2, klau x ketepi la gamaknya hehehe...
Tapi betul la jgn tgk org dr luaran... Mcm kata org putih 'dont judge a book by its cover'... Manusia mmg ada kelebihan & kekurangan masing2... So, lihatlah mereka dr segi kelebihan yg ada pd mereka & bukan dr segi kekurangannya...
Adiosss...
(@_@) Burung Hantu
Assalamualaikum Kurie,
Memang susah nak mengaku diri kita 'tua'. Semua orang suka pada yang muda dan yang baru....
Inilah hakikat kehidupan.
Tua sebenarnya banyak indahnya. Pengalaman hidup amat berguna untuk dikongsi dan dijadikan panduan buat yang muda.
Pergi mana-mana dihormati orang. Kalau ke Petrol station pun, berlari yang datang tolong pamkan, kalau nak nasihat orang tanya kita.
Mak Cik bersyukur sangat-sangat di usia sekarang ini. Setakat ini, seronok kerana anak anak telah dewasa, banyak masa ke kelas kelas Agama yang bertaburan di Shah Alam ini.
Ada masa untuk belajar komputer dan blog!!
Tak tahulah orang lain tapi Mak Cik rasa satu bonus dari Illahi jika kita dilanjutkan usia dan dapat menafaatkan kurniaan ini sebaiknya.
Pada kamu yang masih muda, gunakanlah waktu muda ini dengan sebaiknya. Banyakkan membaca, menambah illmu dunia dan akhirat, dan segala ilmu yang menafaatkan diri sendiri.
Jangan biarkan 'masa' menipu kita. Siang Malam berganti..tiba tiba kita dah tua tapi illmu tak berganjak macam tu jugak..Waliyazubillah..
dang ijah...
zaman dinasor memang macam tuh...hungga-bungga...
makcik,
iya makcik, sy juga setuju dgn pendapat makcik..
tapi sesetengahnya amat menjengkelkan mungkin terlebih makan garam...
semoga hidup makcik sentiasa dirahmati Tuhan...
Catat Ulasan