Sabtu, 9 Ogos 2008

Skali - Skale.....No Big Deal Lah.....

Aku jenis yang cepat bosan dengan apa2 benda yng aku buat....bila enzim ketagihan aku dah abis, maka aku akan tukar atau buang terus benda tuh dan bagi aku takde masalah....tapi tak tau lah bagi orang lain camana.

Dan aku sangat tak suka kepada keadaan yang macam memaksa, bukan aku tak suka pada cabaran....otak aku akan buat keputusan, macam la aku terdesak sangat.....benda2 yang tak penting aku malas nak ambil tahu dan aku tak mahu tahu benda2 yang juga tak berkaitan dengan aku.....

Manusia selagi bernyawa akan selalu ada masalah.....aku pernah baca sebuah buku motivasi (tak berkesan pon pada si pembaca...aku), DARE TO FAIL.....lama gila dah buku nih, masa aku sekolah menengah lagi kalau tak silap, pengarang tu tulis....atas dunia nih ada satu tempat jer yang takde masalah, tempat yang aman damai di mana penghuni tak bergaduh tentang masalah dunia (duit, harta dan apa2 benda materialistik). Ini katanya sebagai menjawab pertanyaan dari peserta seminar beliau....korang mesti dapat agak kan.....tak dapat?.....seriaus nih.....KUBUR......

Bagi manusia yang malas nak gunakan otak, atau malas nak Fikir Luar Otak macam penulis kegemaran aku Pachilo.....biasanya bila aku guna frasa nih untuk menerangkan sesuatu, biasanya mereka akan datang dengan hujah bangsat ("eh....dalam kubur lagi banyak masalah tau, amalan cukup ker tak?....bla, bla, bla....) Ok....aku tau itu bodoh, tapi ini berkenaan masa kita hidup, masa kita sudah mati itu adalah frasa perhingtungan kita dengan Tuhan.....sebab bila kita minta pendapat orang lain tentang masalah kita, kita kena terbuka menerimanya......jangan bodoh nak persoalkan apa yang kita minta, dengar dulu lepas tuh baru tentukan nasihat tu boleh relate dengan masalah tersebut atau tak?.....kita semua tak nak jadi KELDAI kan?

Bagi aku pulak, bila berhadapan dengan orang yang perangainya macam keldai (minta maaf keldai)....bila sekali buat macam bengong tak tentu pasal, bila masuk kali ke-2.....aku akan beri sesuatu yang betul2 bodoh, bila manusia tersebut menpersoalkannya aku akan beri hujah yang betul2 menyakinkan terhadap perkara yang aku usulkan....aku akan taburkan fitnah pertahan nasihat bodoh aku untuk manusia tersebut ikut, aku tak akan berkira tentang hasil yang manusia tersebut akan dapat nanti.....orang bengong memang wajib untuk dibengongkan.....sekali aku beri pendapat betul2 ko kata memain, 2 kali ko akan terima padahnya....

Ohhhhh....indahnya dunia.....

Skali-skale...

Otak manusia nih compleks kan?

Adios.......

3 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Hmm... Betul la 2... Kekadang amat susah nak faham diri sendiri apatah lagi nak paham org lain kan?...

Bye...

(@_@)

Tanpa Nama berkata...

susah kalau mentaliti kita dah diset (islam-melayu + melayu-islam)...

sejarah kedatangan pendakwah ke Nusantara pon dah ada bukti yg nyata.

islam itu universal....

adios...

anda nampak minat topik neem jadi gua bagi pandangan gua.

Dua sen gua...kita kena kaji dulu Islam datang ke Tanah Melayu dari mana? Siapa yang bawa? Apakah ugama orang Melayu sebelum kedatangan saudagar Arab
dan mubaligh India.

Jika kita tahu sejarah kita takkan dikondem untuk mengulanginya.

Islam adalah ugama orang Arab dan dibawa oleh saudagar India. Orang Eropah pula bila melihat ini maka menghantar missionaries mereka untuk menghebah ugama mereka melalui portugis, belanda, jerman etc.

Jika orang Melayu maju mereka boleh cipta ugama mereka sendiri dan menghantar missionary ke eropah dan India dan tidaklah tanah Melayu ni menjadi medan mereka mentemadunkan the natives.

Contoh yang jelas dan terbaru boleh dilihat seperti di Sarawak atau Sabah dimana satu keluarga itu di islamkan oleh seorang mubaligh India dan seorang lagi kristiankan oleh mubalih Jerman. Ini kerana orang2 asli masih mengikuti ugama mereka dan ini merupakan greenfields bagi sponsor ugama2 besar seperti Islam dan Kristian. Tidak salah semua ini kerana ugama mengajar kebaikan.

Yang menjadi masaalahnya ialah apabila ajaran ugama itu tidak praktikal lagi dizaman ini. Hanya bergantung kepada fear factor sahaja untuk membuat orang mematuhi undang2 yang kuno. Apabila fear is not a factor maka ugama itu akan dengan sendiri tidak terpakai.

Terutama untuk gadis2 yang bergelora dengan hormones yang ghairah untuk endorphin…maka terjadilah luahan hati dan keinginan yang berkonflik.

Bagaimana untuk hidup cara Arab sedangkan influense orang Arab adalah minimal. Bagaimana nak hidup cara perempuan arab sedangkan MTV berkumandang di Astro dan lebih cool.

Yeah..its no big deal…just remember Islam itu datang dari mana dan sejauh mana anda perempuan mahu hidup sebagai orang arab.

Ustazah2 tu pun hanya cakap apa yang dia orang baca. Mereka ni macam Nun atau rahib tak dapat enjoy dunia..cuma boleh takut2kan orang lain supaya jangan enjoy je... Yeah.. gua mahu Shakira...hips dont lie..

Pakcik Luar Otak berkata...

Ya.