Khamis, 4 September 2008

Legasi Ibu/Bapak Mertua Kasim Selamat Hingga Ke Hari Ini.....

Susah betul lah nak betulkan daya pemahaman serta pemikiran orang lama, nak bagi nasihatkan nanti dikata kurang ajor, tapi kalau dibiarkan sedap ajer dia yang mengajar padahal sebelum peristiwa terjadi dengan lembut suara serta manis bicara best ajer cakap baik.....heh....memang lidah bercabang....masa memula sedap cakap itu, ini, begitu, begini adalah datang dari Yang Maha Esa, sudahnya dia jugak yang langgar apa yang dicakapnya.....mungkin kalau kena dengan suku-sakatnya atau sedara-maranya mungkin perkara sebegini akan dimaafkan....konfius aku dengan diorang nih....takpe2, baca dulu kalau sudi......

Biasa orang yang seakan kelihatan alim....maaf....kalau dibandingkan dengan aku memang la beliau lebih banyak pengalaman serta taraf bapak aku dan aku tak pernah kisah teantang kejayaan anak2 beliau kalau dibandingkan aku atau orang lain.....dah rezeki kome ye tak? Orang yang pangkat veteran ini amat diperlukan pengalaman mereka dalam hal2 tertentu terutama dalam hal nikah kawin, biasa lah ikut adat...sesudah semuanya beres tanpa ada halangan dari bakal mertua serta pihak2 yang terlibat......acara berlansung dengan meriah....member aku selamat naik pelamin dengan isterinya......

Dalam perjalanan pulang, orang yang nampak alim dan memang lebih alim dari aku bertanya member aku ni kahwin ngan siapa?.....aku pon cerita lah serba sedikit latar belakang isteri kepada member aku tuh, sebab member aku nih beliau memang dah kenal......isterinya kerja gomen yang gajinya boleh tahan la banding dengan member aku nih......sial......pertanyaan menyusul....."camana member aku boleh jumpa jodoh dengan isterinya?", (mungkin tak sepadan aku agak....), "mak bapak perempuan bagi kebenaran ker?" (abih tuh, dah member aku hemsem), "isteri dia kerja gomen, dia kerja cam tu jer?" (pakcik, saya tahu mereka takkan mintak duit kat pakcik, jangan la pakcik risau sangat).........dotttttttttttttttttttttttttttttt.....letih........

Perkara2 bodoh gini buat aku benci, taraf pemikiran old-school yang sangat membelenggu......yer, aku tak salah beliau andainya perkara tersebut sekadar untuk peringatan supaya berusaha menjadi kepala keluarga yang baik, tapi bila macam nak komdem jer mana boleh (tau lah anak2 ko semua hebat2).....bila tengok serban atau kopiah yang menyelubungi kepala beliau aku rasa perasaan hasad dengki tu takkan pernah habis.....jangan lah bila bagi nasihat kat orang kata rezeki Tuhan ada kat mana-mana, jodoh di tangan Tuhan bla, bla, bla,......lepas tu sinis bila merasa jodoh member aku nih tak sepatutnya atau sepadan.....jangan la macam tu pakcik......

Saya tahu pakcik ahli masjid jadi jangan rendahkan martabat pakcik kat depan mata saya.....selalu bila keturunan baik2 lah konon kan, dari 7 keturunan misalnya hingga orang semua menganggat darjatnya dari nenek moyang lampaunya......satu masalah terbesar mereka akan jadi takbur tersangat, nak bergaul dengan orang terpilih, soal jodoh dengan keturunan baik2 pendek kata takde yang baik selain baik2 belaka......Ada satu contoh bagus tentang ini, satu keturunan (anak) berhijrah ke bandar besar dan beramilisasi denga kebudayaan serta nilai sosial tempat tersebut, tapi beliau masih tak lupa diri dan pegangan agama beliau masih kuat sudah jatuh cinta sama seorang GRO.....dengan niat nak membawa kaum hawa ini ke jalan keinsafan beliau mengahwini wanita tersebut, pahala disitu kerana menyelamatkan keadaan. Sesudah setahun, isteri beliau mengajak suaminya balik ke kampung untuk berjumpa ibu bapak suaminya tetapi suaminya keberatan yang amat sangat (apa akan terjadi korang mesti dapat agak kan?), pemikiran mak/bapak kasim selamat....

Gaji pemuzik pro kat RTM dah RM2000 lebih....

Aku agak kalau Kasim Selamat masih hidup.....

...........dottttttttttttttttt...................

Adios..........

1 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Mmm... Mmg betul la ckap ko ni... Org alim ni sebenarnya sama jer ngan org yg kurang alim... Cthnya dlm citer ni la... Masih membandingkan antara pangkat, darjat dan kedudukan... Pada hal, kita ni sama jer di sisi-Nya...

Bak kata pepatah "Biar miskin harta tapi tinggi dgn budi bahasa..."

Kalau lelaki 2 baik, apa salahnya... Dan mgkn dah ditentukan oleh-Nya dia dpt jodoh yg xsetaraf dgnnya kan...

Kita kenalah bersyukur dgn apa yg ada... Kalau dpt lalaki yg kaya tapi xde budi bahasa n mementingkan darjat n kuasa semata2 jer, xble jugak sbb hidup xbahagia... Labih baik pilih yg sederhana jer tapi ble buat kita bahagia slalu kan bagus...

Ni pendapat jer, kalau ada sesiapa yg terasa, haraf maaf... Terpulanglah kpd memasing... Tepuk dada tanya selera...