Pada zaman aku muda rumaja dulu la, zaman ideologi punk menyerang dengan hebat hasil operasi basuh kepala oleh member serta mahu lebih pengetahuan dari orang biasa yang lain, wujud gerakan feminisme.....motto mereka yang terkenal waktu itu "tangan yang menghayun buaiyan bisa melayangkan periuk belangga ketika perang rumahtangga?".....haahhhhhh, tak betul ker?....oooo, "tangan yang menghayun buaiyan bisa menggegarkan dunia"....mintak maaf bebanyak, maklumlah bila dah berumur nih ingat-ingat lupa pulak....amaran lembut; jangan pecahkan skrin monitor anda......
Sebenarnya aku penyokong gerakan ini, walaupon banyak waktu itu golongan hawa bangun melaungkan hak-hak kesamarataan antara jantina di suluruh dunia tapi mereka terlupa satu hakikat yang amat penting....mereka TETAP perempuan walau macam mana sekalipon mereka sertai bidang yang dikuasai lelaki. Dan sebenarnya hakikat kaum hawa lebih rajin serta lebih sabar dari kaum adam memang jelas termasuk di IPT seluruh negara kan? Berbanggalah kamu hai kaum hawa merangkap kaum ibu sekalian....tapi itu bukan masalahnya, masalahnya terkadang sikap mereka melebihi kaum lelaki sendiri....tercabar jugak bila mereka boleh minum "one short", macam orang tak pernah jumpa air....kudos to them....
Bukan la aku nak dengki ke apa, tapi mengurangkan sifat semulajadi mereka menjadikan mereka tak "original" sebagai kaum hawa....serta tak la jika sifat mereka begitu, alasan untuk menjadi mangsa buli atau apa-apa alasan lain membuatkan mereka bertukar sifat secara total....macam jugak golongan lelaki lembut, kalau lembut secara luaran aku tak kisah langsung tapi bila secara total untuk menjadi lebih lembut dari kaum hawa aku rasa nak bagi penendang!....Ada satu kisah masa kat Bangsar, berenti makan sambil lepak makan kejap dan dua orang golongan lembut professional di tepi meja sebelah, aku agak akauntan....kerja biasa bagi golongan mereka agaknya lah....
Suara kontrol ayu....
Sekali....."Bannnnggggg, tolong kira sini!"
Kedua....."Bannnnggg, kira nie"
Suara Hulk - Hogan...
Baaannnnnggggggg....kira nih............"
Maihhhhh aihhhhhh.....bila terdesak keadaan di atas secara tak langsung dah tak diambil kira, ke mana hilang sifat yang dibuat-buat sebab memang bukan sifat semula jadi mereka kan?.....Kat tempat persekitaran aku kerja ada jugak bebudak perempuan yang nak ubah sifat mereka jadi lelaki sampaikan dada mereka sama bidang dengan bontot mereka, senang cerita macam papan lapis la.....betul ker aku benar-benar tak kisah?, aku kisah sikit-sikit sebab mereka perempuan tulen, sedap jer berasap tepi aku macam dia lagi hebat dari aku barangkali, dok terkangkang macam orang tak kisah sebab orang akan sangka dia lelaki.....dah lelaki biasa buat macam nih, kalau perempuan nak buat macam nih jugak kena la jadi lelaki....rasa macam nak sekeh jer kepala budak nih, jaga la rahim ko tu elok-elok skit....ko la harapan negara untuk sasar 70 juta penduduk, takde sivik punya budak...
Aku suka bila tengok perempuan kekalkan identiti diorang, contoh macam ahli sukan....Maria Sharapova, dah la cun hebat pulak tuh....bukan la maknya mesti cantik sebab itu kurniaan Tuhan, tapi sifat perempuan jangan la buang terus....nak jadi ahli sumor ker, ahli angkat berat ker, lumba kereta ker, lumba dalam guni ker, ahli bina badan ker cuba kekalkan benda nih sebagai kerjaya ajer, jangan la sampai persekitaran sekeliling merubah terus sifat azali kita....walaupun bukan hak mutlak aku untuk persoalkannya, tapi aku rasa mereka mungkin telah sesat berangkali....bak kata pepatah (ceh, macam karangan SPM pulak)...."jauh mana sang bangau terbang, tertenggek atas belakang kerbau jugak"....melainkan kalau tersalah hinggap kat belakang buaya....nahas nanti weiiiii......
Serius ; Aku suka tengok perempuan rambut panjang paras pinggul, hitam pekat semulajadi....tapi selepas raya dia dah warna rambut dia jadi merah....kureng asam betul, terencat mood aku....
Oleh itu aku potong markah 40% dari 100%....
"Adik....tolong dye warna hitam balik boleh?"
Adiossssss......
4 ulasan:
Satu pandangan yang menarik. sebenarnya ramai perempuan yang kat luar sana yang luarnya memang maskulin. Tapi dalam tetap feminin.
Macam aku misalnya. Kat luar aku memang agak bold. Tapi orang tak tau perkara perkara inner yang berlaku dalam hidup aku. Bukan nak sama kan dengan Maria Sharapova lah. Cuma aku rasa semua perempuan mesti ada sifat maskulin untuk mengelakkan sebarang penindasan.
Lelaki pun kena ada sifat feminin; UNTUK memahami hati perasaan seorang perempuan.
BUKAN prempuan maskulin untuk jadi pengkid atau tomboy ATAU lelaki feminin untuk jadi kupab.
*rambut aku hitam pekat. Tapi paras leher je. Suka? Ngeh~
Memang betul kata En Kurie 2... Zaman dulu2, pompuan nak setaraf ngan lelaki tp bukanlah maknanya nak kna ubah penampilan cuma kami nak hak kesamarataan, 2 jer yg kna seimbangkan...
2 la pasalnya knp kat universiti bnyk pljr pompuan dr lelaki kan? Dr dulu sampailah skg... Tapi xde plak protes dr kaum adam nih... Pelik2...
Iyalah.. Protes nak pljr lelaki lebih bnyk dr pljr pompuan bljr kat universiti la cthnya...
Tapi nak buat camna kan? Dah mmg kaum hawa lebih bnyk dr kaum adam hehe...
Tapi skg dah lain dah... Zaman dah berubah... Dunia dah maju... Aik? Cam pnah dngr lak ayat nih? Tapi dmana ya??? Hehe... Hak wanita ngan lelaki dah samarata... Pegawai, pengurus bahkan presiden pun dah ada wanita...
Mgkn ada sesetengah org xfaham & xtahu knp mereka bleh berubah dr identiti asal ke identiti yg bertentangan... Ada yg mengatakan jiwa mereka berada dlm fizikal yg salah... Betul ke nih??? Mgkn ya & mgkn x, cuma yg mengalaminya jer faham & tahu...
Walau camna pun mereka mengubah dr siapa kpd siapa diri mereka, mereka tetap makhluk Allah... Amalan mereka tetap diterima jika kita ikhlas mengerjakannya...
Kita patut bersyukur krn dilahirkan sempurna...
Udah2la nak menngarut 2... Pale hotak aku nih dah BIGGER kot... 2la pasal blog pun xupdate lg nih...
Adiouzzzz....
ladynoe,
tergodanya...tunggu rambut ko panjang dulu la...
dang ijah,
nak protes apa lak...suka ade la, banyak skit pilihan..anugerah tuh...
Assalamuaalikum anakku Kurie,
Memang betul apa yang kamu huraikan. Pendapat yang ikhlas dan jujur.
Mak Cik ni pun suka dan sokong lihat kaum sejenis Mak Cik MAJU dalam segala bidang kalau boleh, TAPI biarlah sifat semula jadi sebagai wanita itu dikekalkan dan ditonjolkan.
Apa salahnya.
Perempuan akan tetap perempuan. Memang mereka boleh maju dan mencapai apa juga kejayaan atau pun lebih baik dari kaum Lelaki tetapi tidak payahlah NAK JADI lelaki pulak., atau nak ubah identiti semulajadi kewanitaan kepada sesuatu yang pelik pelik.
WaAllahuAlam.
Catat Ulasan