Selasa, 14 Oktober 2008

Persepsi Manusia Terhadap Ketidaksempurnaan.....

Tak nak cakap orang lain, aku sendiri pon sama...nak yang cantik, kulit putih, rambut panjang, mata besar yang bulat, pandai menghias diri serta serba-serbi yang difikirkan perlu. Macam sial kan?, padahal diri sendiri malas dan banyak cakap yang tak guna tapi imiginasi itu indah.....Manusia yang normal pada pandangan biasa manusia normal (hishhhhh...ayat berbelit pulak) tak sekali-kali akan tolak sifat kesempurnaan dan amat suka dipuji....ko tak suka dipuji kerana ko cantik/hemsem?....maknanya ko bukan penduduk bumi, makhluk asing kot?....

Aku tak cakap yang aku suka benda-benda yang tak sempurna (pada dasarnya), nampak sangat menipu melainkan kalau ada salah satu dari fius yang tercabut kat kepala otak aku....Apa pandangan kita bila nampak pengemis tepi jalan, orang gila yang tidur kat tepi tangga pasaraya, budak-budak "golongan istimewa", manusia yang nampak terlalu daif hidupnya macam rancangan kat TV3 serta banyak lagi contoh yang aku tak terfikir untuk taip....Kenapa situasi begitu menimpa mereka?, "Ohhhh....dunia terlalu kejam padaku", kata penyair agung yang bangang bila menulis puisi tentang golongan ini.....ketahuilah oleh mu sang penyair, syair mu untuk golongan yang makan pakainya cukup dan bukan untuk golongan seperti mereka dan satu lagi syair indah itu tak kenyangan perut mereka......

Bukan aku nak menidakkan segala pertolongan manusia yang baik hati tersebut tapi macam terkilan bila "kebaikan" yang ditunjukkan seolah-olah memperbodohkan manusia lain.....Dengan cek sebesar pintu reban ayam kat kampung aku serta senyuman yang sehabis jujur waktu jurufoto dengan kamera mahal mereka menekan punat kamera, ohhhh, akulah manusia berhati mulia (bukan semua....tapi kalau aku kaya, itu mungkin aku) yang belum pupus atas muka bumi ini. Bila lihat mereka kesian (perasaan normal....ceh macam peduli sangat), meleleh air mata insaf konon (yang aku tak paham....tengok citer hindustan pon nangis jugak, nih kes kesian atau "menjiwai") dan yang nyatanya perasaan itu akan hilang sampai lah episod lain diulang tayang....aiiihhhhh, cepat je tangan "TAIP TABUNG RM5?.......

Cakap senang lah kalau keluarga kamu sempurna, dari kecik hingga besar tak susah sangat (bukan dalam erti kata sebenar) dan kalau mengaku susah payah hidup serta semangat kental tak ingat itu mungkin dari sisi kamu sendiri...."aku tak harapkan harta orang tua katanya", yup, betul sesangat....tapi dalam usaha mengejar kesenangan hidup kamu berada dalam kondisi mudah kan? Aku tak sesenang dan jugak tak sesusah sangat, sedang-sedang ajer (kata penyanyi dangdut).....cuba betul-betul rasai bagaimana mereka yang betul-betul susah dalam erti kata sebenar? Kita nampak mereka kurang dari sudut tertentu, tapi mereka kaya dalam sisi tertentu kan....mmmmmmmmm....macam mengajar anak ketam berjalan lurus.....

Ohhhhh, aku ingat lagi satu berita tentang bagaimana seorang pemuda yang kerjanya biasa ajer nak berkahwin (cerita betul) yang sangat menyentuh perasaan....mungkin kah cerita beliau ini merupakan cinta yang memang suci mengalahkan Romeo dan Juliet, Laila dan Majnum (mitos bodoh) yang tak memilih "erti kesempurnaan?" Kisahnya pemuda tersebut telah memilih bakal isteri yang sama dengan tempat kerjanya, tapi istimewanya isteri beliau seorang wanita yang PEKAK dan BISU....bila ditanya wartawan mengapa? (soalan biasa yang luar biasa), beliau dengan mudahnya menjawab ini adalah takdir hidupnya dan beliau tanpa paksaan memilih calon isterinya sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak....Orang mungkin cakap betapa mulia hati pemuda tersebut kan? Jujur, adakah aku sendiri sanggup menjadikan "ketaksempurnaan" untuk kelihatan "sempurna?"....

Aku tengah menangis....

Kenapa?...

Teringat babak drama swasta sedih gila kat tv....

Ada sapa-sapa bleh derma sapu tangan?.......

Adios.....  

3 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Ada... Aku lah... Nak ker? Nak kaler ke plain ajer???

Mmm... Btul 2... Kdg2 ketidaksemuprnaan 2 lebih baik dr terlalu sempurna atau tidak sempurna langsung... Aku selalu melihat org wanita atau kaum hawa dr segi sudut yg menutupi ketidaksempurnaan mereka spy bleh nampak keistimewaan mereka... Xtahulah knp... Mgkn krn aku dlm kategori golongan yg mempunyai ketidaksempurnaan 2 kot hehe... Tapi dlm masa yg sama, aku bersyukur jugak krg ketidaksempurnaanku ni ada jugak kebaikannya...

Aaaarggghhh... Ngantuklah...
Adiouzz...

Amak berkata...

bab puji tu aku kurang setuju. Benda tu melibatkan self konfiden dan prinsip diri jugak.

aku bukan nak cakap apa. Memang pernah orang puji aku lawa lah itu lah ini lah. Tapi aku tak suka. Sebab bagi aku, aku memang tak lawa. Aku tak ada self konfiden. Dan memang aku tak lawa.

Si bila org puji aku, aku rasa macam kena sindir.

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Memang semua orang suka yang lawa dan cantik, resam manusia. Dan tidak salah suka pada yang Indah. Allah swt pun Indah dan suka pada yang Indah.

Tapi kita harus tahulah batasan dalam pujian atau bila dapat pujian. Sebab hanya DIA yang berhak dipuji..

WaAllahuAlam.