Teori evolusi Darvin sudah lama, aku rasa walaupon sesetengah dari kita tak pernah baca buku tersebut tapi kita mesti pernah dengar tentangnya....senang cerita evolusi beruk menjadi manusia....tapi bukan itu saja, ianya berkaitan dengan alam sekeliling yang mempengaruhi evolusi tersebut....Masa aku kecik-kecik dulu, kawan sedarjah aku kata zaman dulu manusia berasal dari beruk, aku garu kepala tambah sengih kerana aku tak percaya, tapi kawan aku sungguh-sungguh yakinkan aku (dia baca kat perpustakaan) yang teori tu betul....tapi aku pikir balik, kat belakang rumah aku masa tuh ada orang pelihara beruk.....jadi kecik sampai anak beruk tu besar takde pulak menunjukkan sifat pertukaran yang ketara....maknanya beruk tetap akan jadi beruk....
Bila aku dah besar serta bebas dari konkongan mak bapak (hidup sendiri), aku rasa teori ini ada benarnya, tapi teori seakan terbalik.....maknanya orang yang bertukar sifat menjadi beruk, bukan fizikal tapi mental atau apa saja yang seangkatan dengannya....Salah satu sifat yang amat nyata adalah sifat MEROYAN yang agak kuat dan aku jugak bertanya pada diri aku kenapa mereka-mereka bersifat demikian?.....Adakah kerana salah satu daripada makanan kebiasaan mereka sudah kurang, pisang contonya menjadikan sifat mereka meronta-ronta untuk tunjukkan sifat sebenar....Umpama beruk mendapat bunga?
Apakah dengan menunjukkan sifat begini dapat memupuk kadar perhatian dari orang lain atau menambahkan kejengkilan orang lain kepada sifatnya atau memang tak tahu menghargai pertolongan manusia lain waktu beruk ini dalam kesusahan.....Rasa macam jahat sangat, tapi bila sifat tersebut memang dah jelas nampak apa nak dikata lagi kan, susah la macam nih, tak dibagi pisang meroyan tak tentu pasal dah dibagi pisang lain pulak jadinya.....payah nak agak apa yang beruk ni nak sebab perlakuannya berubah-ubah dalam sekelip mata, dah la harga pisang sekarang dah mahal....buat sakit hati ajer kawan ngan beruk.....
Tapi walau apapun sifatnya, jangan disangka spesis ini tiada gunanya!....Kalau spesis tulen maksud aku beruk betul yang bukan jadian amat berguna untuk berkhidmat pada manusia contohnya panjat pokok kelapa....Kerja sampingan jangan dilupa, mencari "kutu" adalah sesuatu kebolehan yang kamu takkan jumpa pada spesis lain serta uban yang berkarat kat kepala....nescaya servis ini akan dilakukan sebaik mungkin tanpa ada alasan seperti lenguh-lenguh badan, sakit mata, nak pergi berak, nak kencing, nak tengok AF kat tv, nak pergi kedai beli cakedis, tak minta upah walau seduit.....yang penting pisang....tapi itu dulu sekarang kamu bagi pizza pun beruk ni sebat....dah moden la katakan.....apa barang pisang brader....
Berbalik pada ciri-ciri mental evolusi tadi, spesis seakan beruk ini biasanya akan tenang jika diumpan dengan benda-benda yang mereka suka contohnya pujian, ikut apa yang spesis ni nak, berlagak baik walaupun menyampah beruk....makanan spesis ini tak semestinya yang mengeyangkan perut, kira yang mengeyamkan mental pon boleh masuk dalam kategori makanan jugak. Selain dari meroyan dengan tambahan dos melatah, spesis ini juga suka cakap belakang-belakang, suka guna nama orang lain untuk naikkan kredibiliti diri tanpa ada apa-apa kompromi....Alah senang cerita sekarang pon banyak dari kamu yang berurusan dengan spesis ini, cuba bezanya bulunya lebat atau tidak....huk,huk,huik,hukl,huk.......
Aku : Bodoh punya beruk, yang hijau tu yang muda....
Beruk : Huk,huk,huk,huk....
Aku : Cepatlah, aku nak masak gulai nih....
Beruk : Huk,huk,huk,huk....
Aku : Nah pisang, cepat sikit...
Beruk : Huk,huk,huk,huk....
Aku : Dasar beruk...(dengan marah pergi beli santan segera)....
ADIOS AMIGOS.......
1 ulasan:
Hehe... tau xper hehe...
Catat Ulasan