Aku memang minat PC sebab aku tak mau ketinggalan bila game baru keluar kat kedai, aku rasa tak senang duduk terutamanya bila francais Need For Speed keluar.....giler, aku start memula sampai 5-6 jam depan PC nak habiskan game tu dan bila dah abih main aku akan ulang lagi tapi dalam cara yang berbeza....explore benda-benda yang aku terlepas pandang pada masa aku mula-mula main. Lepas tu bila orang mula main gendre RTS (Real Time Strategy) aku dengan serta mertanya main jugak, macam patung kat depan....sudahnya 5-6 jam jugak, ingat senang ke nak atur tentera lawan penjahat-penjahat yang high-tech....abis jugak la rokok sekotak dua beserta 1 liter air kotak perisa laici....kira hardcore gamers jugak la....
Tu zaman aku belajar dulu, sekarang tak la sangat sebab dah boring barangkali....zaman serba mudah nih aku tertarik dengan internet sebab utamanya nak download ajer, kira cari maklumat tu tak la sangat sebab aku tergolong dalam golongan malas membaca....bukan maksud aku tak minat membaca, sebab aku tak pernah miss beberapa majalah kegemaran aku, tapi membaca kat skrin buat aku rasa tak puas sebab aku rasa tulisan atas kertas lebih bermakna untuk aku, kiranya macam boleh baca ikut free-style la....lagipon sakit mata lama-lama mengadap skrin, tapi yang peliknya bila main game takpe pulak, dari siang sampai malam steady ajer....mungkin sebab ada cabaran kot rasanya.....
Bila aku buka blog nih, benda pertama aku tengok, update link kat tepi.....bila ada antara penulis-penulis blog yang kira bagus lah kepala otak diorang secara tiba-tiba tangan aku bergerak tekan link blog diorang, isinya takde la bernas sangat, tapi cara olahan tu yang berbeza dari orang lain.....kiranya cara tulisan yang ada unsur-unsur melawak skit, ada sindiran skit, sakit hati, gambar yang pose-pose istimewa, video klip youtube, ada yang pernah kenal serta yang tak.....kira untuk habiskan masa malam, masa bosan, tak kira lah pelik ker tak pelik bagi aku macam hiburan ajerlah....tu tak lagi termasuk kategori politik yang mengampu serta yang pembangkang, kadang-kadang rebelnya macam iya-iya jer....tapi tu semua matlumat kan, cuma pandai-pandai la pikir sendiri logik atau tak, jangan terlebih pandai pulak (you know who you are).......
Sekarang aku macam dah malas skit, bila bukak PC perkara utama aku kalau tak download lagu aku download movie sampai dah nak penuh hard-disk, ye lah dari aku membazir bayar bulan-bulan pada maxis baik aku guna khidmat diorang sampai maksimum kan? Dah la connection dia lembab, tapi sebab aku duduk kat umah jer kira boleh lah tolak ansur lagi tapi kalau kat CC mau aku sumpah seranah kalau lembab tahap siput babi, mula la aku buat dajal kat PC kat CC tuh.....apa yang aku buat (heh, mana leh cakap nanti aku kena banned xleh masuk CC lepas nih....ye-ye macam la aku ni orang kenal..)....
Bagi aku la, sapa yang tulis blog tak kira la bagus ker tak, glamer ker tak, ramai ker tak yang baca kira ok la dari tayang muka kat myspace, friendster atau apa-apa laman yang aku kira kurang faedahnya.....sebabnya banyak yang aku perhati, kalau lelaki mesti link dengan gambar-gambar awek yang cun-cun ajer dan kalau pompuan sebaliknya lah, kalau kalau ramai lagi bagus macam perasan hebat kot (shyyyyy...sebenarnya aku jelous), dan rasanya takde benda yang boleh diambil sebagai pengajaran (rasanyalah.....) Sekuranya bila seseorang tu menulis ada la jugak something untuk ditunjukkan kan? Contoh kalau pempuan ni cuba tulis tentang buah dada beliau, aku rasa kalau kena gayanya cara olahan kreatif ayat-ayat yang disusun akan jadi menarik.....alah tambah la mitos-mitos yang orang lain tak pernah terfikir, mungkin boleh jadi cerpen kreatif......tak nak menang hadiah sayembara ker?...banyak ribu jugak tuh......
Kamu tak rasa ker tulisan aku makin tak best?
Ceh, macam la ada orang baca kan?
Takpe lah, aku perasan bagus pon ok jugak.....
Betul tak best nih? Sampai hati kamu ye?
Nanti tahun depan aku tulis lagi.....
Assalamualaikum.....
1 ulasan:
Alah best ke xbest ke 2 blakang kira la wei, yg ptgnya ada gak bahan tuk dibaca n tuk relexkn minda yg dah tensen sbb kja n sbgnya... Kira ok la wei dpt gak update blog kan...
Adouzz..
Catat Ulasan