Banyak sangat ker ilmu yang kau dapat selama kau dapat hidup kat muka bumi nih? Dah berapa ratus kau dah buat tesis, kajian, bancian selama kau hidup? Bangga sangatkah dengan status warisan kau yang kau agungkan sangat selama kau hidup? Jangan la ingat bila kau dah tahu sangat tentang sesuatu benda melebihi orang lain ko dah mendabik dada kononya kau orang paling serba tau kat dunia, paling serba pandai kat dunia kerana kadang kala bila terlebih cerdik manusia akan kembali jadi paling bodoh...." Do you have a soul mate boy?....Yes, i have a lot!....Name it?...Sonet, William bla,bla,bla.....Oooo great boy! Course they all DIE!.....
Ohhh, jangan la salah sangka kerana aku bukan tuju kat sapa-sapa sebenarnya cuma nak ingatkan diri aku sendiri jangan berlagak sangat dengan sikit ilmu yang ada dalam diri...Cuma aku kenkadang tak faham dengan jenis-jenis manusia yang berlagak tak kena tempat....ok contohlah kan aku dulu memang ada belajar grafik/kena belajar walaupon aku jarang guna untuk apply pada kerja aku sekarang tapi aku masih jugak ambik tau sebab tengah google CS4 yang baru keluar, nak jugak cuba rasa apa yang baru dari segi funtion, tool dan apa-apalah yang ada dalam tuh (lari topik lagi)...Tentu kita pernah lihat pamplet Jusco, Econsave, Tesco atau apa-apa kertas yang dikaitkan dengan pengiklanan, tapi taukah nama jenis rekaletak tersebut?...sebab memang aku tau jenis (biasanya Circus Layout) maka aku dengan selambanya beritahu dengan bangga tujuan nak menunjuk kat member/awek/orang biasa yang tak tahu....Keputusanya bergantung pada cara aku terangkan dan bagaimana penerimaan diorang samada dalam kepala otak tu terima atau kata aku berlagak nak menunjuk....
Jangan kata itu biasa sebab aku banyak kali jugak ada pengalaman begitu dengan manusia-manusia yang berasa tersangat pandai kerana mungkin bagi mereka ilmu yang seciput tersebut sangat hebat mengalahkan orang lain yang tak tahu/tahu sikit-sikit mungkin....Memang, aku sangat respek pada orang yang berilmu tinggi tak kira la dalam apa-apa bidang sekalipon tapi jangan jadikan ilmu tersebut untuk rendahkan orang lain sebab bukan semunya boleh dapat dari/dalam buku yang korang baca/pelajari....Prinsip ilmu adalah untuk disebarkan/amalkan dan itu tersangat benarnya dalam kehidupan tapi jangan jadi "kera sumbang" dalam mencari kawan/sahabat....Aiiii, takkan mentang-mentang kau pangkat besar, belajar sampai luar negara berasa jatuh standard nak kawan dengan orang kampung, dengan pekerja kilang, dengan tukang sapu sampah dengan anggapan diorang tak secerdik kau....Jangan ingat masa kita ni senang seumur hidup, bila sampai masa susah jangan la nak melalak tak tentu hala....
Hidup dalam dunia nih kita saling bergantung antara satu sama lain, jangan anggap kita berupaya mengatur segala apa yang kita nak dalam hidup kerana kuasa yang ada pada kita...Status tak kemana, ilmu tak kemana, harta tak kemana kalau takde tempat nak dicurahkan...Aku pon tak paham kenapa manusia nih susah sangat nak kenali diri sendiri, berlagak tak tentu pasal padahal darah sama merahnya, taik sama kuningnya, mati pon sama tempatnya dalam tanah jugak (tak kiralah kubur atas bukit ker, tepi laut ker), makan hasil bumi jugak tapi masih tak sedar diri jugak...Bila berlaku bencana kat diri sendiri baru la sedar betapa kita takde la istimewa sangat, kena jugak bergantung pada orang lain untuk terus hidup, untuk tenangkan kita dari masalah-masalah yang tak pernah habis....Bagi aku la orang yang ada ilmu ni tarafnya lebih jahat dari orang yang kurang ilmu bila dia tak tahu macam mana nak gunakan ilmunya pada tempat yang betul...
Rasa nak muntah bila jumpa orang perasan bagus...
Bila makan, minum nak jugak orang bayar...
Padahal gaji beribu...SIAL...LAH....
Adios Amigoes....
1 ulasan:
Mmmm... Betul 2, saya setuju dgn pendapat prof hehe...
Catat Ulasan