Sabtu, 31 Januari 2009

Belakang Kerbau Sudah Tak Macam Dulu.....Kena Lari?.......

Orang tak berduit macam aku bila ada cuti sikit mana lagi tempat nak di tuju tu pon kalau takde kerja lain, mesti balik jengok tempat asal tapi tak la bermakna kalau aku ada duit aku lupa tempat asal aku walaupon aku nak sangat-sangat lari dari keadaan tipikal aku...alah, alasan sama jer dengan orang lain kan? Jadi semacam atau seakan tempat orang "berharap" bukan sebab orang lain tak boleh harap tapi kedudukan yang mengangkat jadi macam tuh buat aku termenung panjang tentang hidup aku, macam mana mungkin nak penuhi keperluan orang yang harapkan aku begitu begini....klise?....yup, sememangnya begitu adatnya tak boleh larikan diri sebab aku bukan dilahirkan secara semulajadi, jadi secara otomatik nak tak nak aku kena pikul tanggungjawab yang diberi walau pada dasarnya aku tak mau....cissss, macam tak kenang budi lak bunyinya!!!!!!!

Masa aku sekolah dulu, cikgu kelas aku pernah cakap direct depan kawan-kawan aku dalam kelas pada aku katanya....."kamu....born to be free", bunyi macam best jer masa tuh sebab aku tak tahu maknanya dan aku ingat aku akan bebas selama-lamaya tapi jangkaan aku makin lama makin tersasar. Sejak menteri kewangan ditarik kuasanya serta perdana menteri tergelincir dari tahta maka dari situ keadaan negara mula kucar-kacir, mungkin bagi sesetengah orang itu perkara biasa dalam hidup tapi bagi aku itu perkara serius, boleh jadi mereng otak bila fikirkannya.....Tu sebab aku kenkadang benci bila orang beri nasihat, sabar 1000 X tapi mereka tak langsung terjebak dalam situasi macam tu dan kalau kena pon kesanya bukan sampai tahap kritikal....Tak payah bagi simpati, tak payah bagi nasihat, tak payah bagi bantuan, tak payah cakap banyak, baik diam dan buat tak tahu....kurang sikit sakit hati aku....

Kiri kanan belakang rumah aku dah tak best macam dulu, bila angin dah tak direct terjah jendela sebab tersekat dengan halangan-halangan hutan batu konkrit....sial, macam la takde tempat lain nak buat rumah....dah takde tempat aku nak tengok anak-anak tupai menari-nari atas juntaian julai pokok buloh, dah takde burung murai gila bila masa dulu selalu datang menyanyi atas batang pokok pisang kayu dan kadang-kadang ada sekor dua kucing hutan yang sesat menonjolkan diri....Hutan kecil belakang rumah tempat aku melepaskan hajat, telaga yang sejuk airnya dalam hutan kecil turut hilang dan berganti dengan simen yang tebal macam tembok Berlin menghalang pandangan ke arah sawah yang terbentang meluas....Aku rasa macam nak bom jer hutan batu yang macam takde tempat lain nak buat serta aku pikir kalau ada rezeki aku nak pindahkan kerbau ke tempat lain, biar keluarga aku rasa aman sikit....Tu lah pasal, banyak-banyak tempat dalam dunia situ jugak diorang datang.....What da' fuckkkkkkkk......

Tapi hidup dalam dunia serta masyarakat yang semakin mementingkan nilai komerSIAL kita kenalah berkompromi ye tak?....Nanti tak pasal-pasal kena tuduh kera sumbanglah, kera kena belacanlah, kera kena kerat ekorlah, kera tak sekolahlah.....Tapi bukan itu masalahnya, masalah utama nak memenuhi standard yang ditetapkan oleh masyarakat sekeliling tak kiranya kalau kau baik macam dewa sekalipon kalau standard tak penuhi peraturan SIRIM kirim salam la orang nak hormat kau....jangan cakap benda-benda macam nih perkara biasa, persepsi manusia terhadap nilai komerSIAL terlampau tinggi lebih-lebih lagi kalau kau merupakan penduduk tetap kat situ...Apa, buat pekak badak? Persetankan?....Kalau boleh jadi setan dah lama aku jadi setan, tapi sebab asalnya keturunan anak Adam dijadikan dari unsur tanah maka wajiblah kita tunduk merenung tanah....alahhhhhhh, hujan pulak dah...kejap cari baldi nak tadah bumbung bocor....

Nenek aku dah umur 80 tapi masih kuat lagi, masih lagi suka buat kerja-kerja yang jarang-jarang orang pandai buat....masa aku balik beliau sedang siapkan pulut yang orang suruh tanak untuk jamuan makan 40 hari (tau kan?), bersama-sama dengan angkatan kaum nenek warga emas lain yang juga merupakan jiran serta member baik beliau....Dalam hati terdetik "kuat lagi orang tua nih!"....Tanpa merungut, tanpa banyak soal beliau buat kerja untuk memelihara semangat kejiranan disamping menajamkan kemahiran beliau sebagai tukang masak pulut yang tak bertauliah....Rupanya-rupanya dalam mengejar nilai-nilai komerSIAL, manusia tak dapat lari dari meminta bantuan pakar apabila diperlukan dan yang aku RASA itu ajerlah kelebihan nenek aku bila diperlukan...Sumbangan aku?....Tah la, tak tau nak cakap cukup ker tak....

Assalamualaikum.....    

1 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Sumbangan ko cukup ke x, yg pntg keikhlasan memberi sumbangan 2. Bila ikhlas, rasanya pahala ko dh lebih dr cukup.