Isnin, 19 Januari 2009

Sebatang Rokok Dan Sekepala Masalah.......

Tulis benda-benda serabut dalam kepala otak nih boring sebenarnya....rasa macam loser, tak kiralah masalah politik atau masalah personal tapi bila dah mula taip kau akan rasa macam ada beban terlepas kan?....Dalam blog kita bebas nak taip apa ajer benda yang kita suka sebab ianya bersifat sendian berhad, lainkan kalau kamu diupah untuk menulis dengan agenda pihak-pihak tertentu (cerita lain) sebab kamu dibayar untuk itu dan sangat berbalaoi dengan masa yang dihabiskan....Tapi bagi orang-orang biasa yang tak dibayar gaji untuk menulis dan juga takde kepentingan aku rasa takde masalah untuk taip apa sajer yang ada dalam kepala otak dan kalau nak sangat rasa "glamour" pergi la tulis untuk ruangan akhbar....FULL STOP....

Satu benda yang sangat aku tak berkenan dengan orang-orang merasa pandai ni bila melampau, ia aku tahu kau memang pandai tapi bila nak berbincang kena ada prinsip "give and take", kalau tidak macamana nak berkembang....terima pandangan serta pendapat orang lain walau pon tak betul tak apa dan lepas tu bagi la hujah-hujah yang logik, jangan keras kepala ingat kamu saja yang betul....macam ni barulah boleh kata "perbincangan".

Tukar topik.....rasa malas nak menaip tapi bila dah mula rasa macam nak habiskan walau tak tahu nak tulis menatang apa, banyak masalah dalam kepala otak bila nak lari dari masalah makin bertambah, bila mula berfikir tentang nak hadapi masalah mula sakit kepala....manusia memang macam ni lah, tu sebab banyak "metafora" (maklumlah, aku belajar sastera bukan belajar sains tu sebab tak pandai kira-kira) nak hidup macam buih kat lautan la, nak bersinar macam cahaya bulan lah (padahal bulan tu pinjam cahaya dari matahari), nak jadi kumbang lah, nak jadi bunga lah, nak jadi naga lah, nak jadi superman lah (banyak sangat baca komik) serta segala benda pelik-pelik....Aku dengki dengan manusia yang hidup "care-free", takde masalah dengan kawan, takde masalah dengan kewangan, takde masalah dengan harta benda, takde masalah dengan hidup....Ohhhh, bertuahnya!

Korang ada tujuan tak untuk hidup?

Aku? Nak jadi NAGA....heh, heh, heh...

Nak meNAGA dulu...

Assalamualaikum....    

2 ulasan:

melayuangkat berkata...

WalaikumSalam anakku,

Hidup kita ini memanglah begitu, kadang kadang kita rasa 'up' dan kadang kadang 'down'.

Tidak ada manusia yang tidak ada masalah. Ialah nama pun HIDUP. Selagi bernafas kita akan tetap diuji Allah swt.

Kalau anak boleh menaip di blog ini, maknanya OK lah tu.

Sihat, cukup sifat dan deria yang dikurniakan Allah swt, bijak-boleh mengeja dan berintereksi dengan rakan rakan bloggers muda dan tua. Alhamdulillah.

Bersyukurlah..InsyaAllah nikmat ALlah swt pada anakku akan sentiasa bertambah.

Dang Ijah berkata...

Ye la 2, aku dah abis idea nk ulas hehe, bnyk mslh plk bulan nih.