Khamis, 8 Januari 2009

Un....Un.....Dang.....Dang......

Boleh ker kalau kita hidup tanpa undang-undang? Biasa sangat kalau kita dengar peraturan itu, peraturan ini yang dibuat untuk jaga umat manusia atas muka bumi yang hidup dalam sebuah sistem.....Tak, aku tak bermaksud nak lekehkan sesuatu perlembagaan yang digubal oleh manusia yang "super cerdik" bilamana bila mereka sendiri (penggubal) melanggar "peraturan" tersebut mereka seakan tersenyum!....KIta marahkan Amerika, kita kutuk Zionis (iye, memang wajid dikutuk) kerana mereka "cerdik" dalam hal berkaitan "peraturan" yang boleh menguntungan kepentingan mereka, tapi tak pernah kita nak betul-betul tengok apa yang mendorong mereka-mereka untuk jadi begitu?...Pernah tengok realiti tv SURVIVAL kan?...haaaaaa, kira macam tu lah....

Aku mengaku memang aku tak pandai menulis dan kurang berminat dengan isu semasa, tapi tak bermakna aku tak nak ambik tahu tentang masalah dunia yang bernama BUMI....Nantilah kalau aku berpeluang hidup di luar kerangka bumi, contoh kat galaksi lain yang ada satu lagi BUMI yang sesuai dihuni...Apa masalah manusia hari nih?, bagi aku NAFSU itu masalahnya....Apa perasaan aku/kau/dia/kamu bila orang yang kita benci terima akibatnya? Tentu perasaan kita akan lega selega lautan yang luas terbentang kan? Jangan tipu kata memaafkan lebih baik dari menghukum sebab sifat manusia takkan puas selagi tak dapat apa yang kita nak....Dalam skala besar tentulah musuh kita kan?....Jajah, bunuh, rampas, rasuah....korang pernah dengar ayat best macam ni tak..."harta aku 7 keturunan makan pon tak habis lagi!"....

Apa kelangsungan hidup yang membuatkan aku bersemangat, kenkadang berusaha sepenuh hati untuk hendakkan sesuatu? Tak tipu kalau cakap NAFSU lagi kan? Makan nasi kalau takde NAFSU macam orang tak jumpa makanan sebulan, mengalahkan hantu raya lapar lepas tu tersandar macam ular sawa kenyang lepas telan anak lembu sekor....Tak ker itu tandanya puas hati kan? Sebab apa Zionis tu walaupon negara mereka kecik tapi "gedebe" nak mampos? Apa, sebab Amerika sokong diorang? Sebab ramai pelobi dekat Rumah Putih?....Sebab dalam Quran ada sebut mereka adalah golongan paling cerdik atas muka bumi dan.....ada NAFSU paling besar untuk kuasai dunia....dah kalau Nabi kita sendiri pon halau mereka keluar Madinah apa lagi kita yang kurang cerdik dari mereka kan?....Kita nak salahkan Zionis ker atau salahkan sikap kita sendiri yang berNAFSU kurang dari mereka?....

Iyaaaaa....kutuk tetap terkutuk tindakan mereka tetapi dah tabiinya memang macam tuh...Aku rasa kalau kita berNAFSU macam mereka, mereka dah lama musnah!

Korang mesti pernah baca tentang Zionis kan?

Asal usul mereka, agenda, persatuan?

Jadi korang lebih bijak dari aku...

adios amigoes....

1 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Hehe... Wah2 post kali nih mencabar minda aku plk hehe3... Kalah2 wakil rakyat ko yer he3