Hina sangat kah sifat ini? Jangan temberang jika kamu tak pernah menipu...Oh!...betul ker tak pernah? Dalm hidup, dalam pekerjaan, dalam pelajaran, dalam potilik, dalam perniagaan takdekah benda-benda yang berkaitan dengan menipu....mungkin mereka jujur, tapi orang bawawan, orang yang berkepentingan akan mencari jalan....LIFE NOT WORK WITHOUT LIAR...Janji la banyak mana sekalipon, jika tak ditepati maka mulut akan memainkan peranan selepas itu. "Bercakap bohong lama-lama mencuri?"....Itu mungkin zaman dulu, sekarang manusia semakin cerdik...tindakan memang sama tapi dengan cara berlainan dan kenkadang kita tak sedar mereka sedang merampas hak kita, sedang menipu kita dengan kebenaran yang juga tentunya menipu...jadi kat mana sifnifikannya menipu itu sifatnya HINA?....
Tak, aku tak mengata sapa-sapa kerana dalam dunia serba adil kita diberi peluang yang amat luas untuk hidup maka terserah pada kita untuk tentukan jalan yang akan kita pilih...Ya, akhirnya (tak tahu sampai bila) kebenaran akan datang jua!....sedap sangat bunyi ayat, sampaikan kebenaran yang kita tunggu berlalu begitu saja tanda ada apa-apa yang dapat tebus kebenaran...Cuba tengok berapa kerat orang yang jujur dalam apa jua yang mereka buat...ok, aku tak nafikan ramai yang berjaya tapi yang tak jujur lagi banyak yang berjaya dan cuba jangan bagi alasan mereka akan menerima balasannya nanti (kita cuba had kan atas dunia sahaja)...Bila dah duit tentu kita akan berkuasa, jangan bagi alasan duit tak boleh beri kebahagian kerana dalam hati kita bergelojak untuk mendapatkannya sama macam orang lain...itu realiti hidup dalam dunia, kita perlu bersaing dengan orang sekeliling, perlu bersaing dengan diri kita sendiri untuk dapatkan apa yang kita mahu kan?...Apa?...Batasan agama?....Ketepikan sekejap (jangan terlampau serius!!!)...
AMARAN KERAS : Jangan cuba menipu dalam sesuatu bidang/hal yang kamu tak fahami dengan jelas, akibatnya sangatlah dasyat serta memalukan...Tapi aku suka jugak sebenarnya menipu dalam hal yang aku tahu orang tak boleh kelentong aku, tapi aku pastikan memang aku tahu bidang tersebut secara jelas mungkin cuma tak terlibat dalam hal tersebut...jangan cakap kamu tak pernah atau mungkin akan buat jika keadaan mendesak contohnya tak nak mengalah dengan orang yang sedang best-best berbual sambil menyindir-nyindir kamu kan?...Ooooo, aku orang yang jujur takkan menipu (heheheheheh) semata-mata nak tunjuk pandai, benarkah? Sebab bagi aku ilmu dengan praktikal sangat berlainan, contoh lah seorang profesor dalam bidang mekanikal mengajar kat universiti, serba-serbi tahu teantang part-part dalam enjin (dah hafal dalam kepala otak, mungkin dah berkarat sebab "dok" ajar yang sama ajer), kereta beliau mengalami masalh enjin masa balik kerja....bukak bonet depan, tapi "blur" tak tahu nak buat apa....sudahnya Ah Seng dari workshop Kajang jugak datang repair...bukan la aku cakap dia menipu, mungkin dari segi teori beliau memang hebat la, tapi dia takkan dapat kelentong Ah Seng sebagai mekanik...
Tapi dalam banyak-banyak kes yang aku selalu kena dalam hal MLM ler...bukan ler nak kata apa kan, tapi aku benci bila aku yang beriya-iya nak berkawan sudahnya aku jugak yang merana...aku tabik semangat mereka-mereka yang tersangat membara dalam hati sanubari untuk berjaya tetapi jangan sampai memaksa, itu satu cara yang cukup aku menyampah....sebab nak jaga hati aku terpaksa la jugak ikut tanpa rela sebab selalunya mereka lebih tua dari aku aku, kalau muda dari aku jangan harap la tak kena gaya aku pulak yang basuh mereka....Tapi satu perkara yang selalu aku perhatikan secara kasar ler (kalau guna teropong lain pulak jadinya), bila seseorang itu datang dalam pakej lengkap contohnya berpakaian kemas, naik kereta mewah, beg duit yang susah sangat nak dilipat ( mungkin sebab banyak kertas serta duit yang dilampirkan sekali) selalunya akan mudah mengena jerat yang dipasang mereka....nak kata sekor-sekor tu bodoh tak jugak, tapi boleh plak kena dakyah songsang...Pas tu mulalah melalak dalam akhbar buat laporan polis lah, sampai keluar cerita tak masuk akal kenkadang...Hebat lagi Ayah Pin kan, samapi ada orang sanggup minum air basuh kaki beliau....
Jadi apa masalahnya MENIPU?...HINA ker?...TAK LANGSUNG!!!!! Cuma kita kena belajar macam mana nak menipu dengan betul....Pergi beli barangan elektrik, tak kira lah jam ker, televisi ker, telefon ker mesti ada jaminan kan? Sebab apa? Sebab mereka sendiri pon tak jamin barangan mereka akan tahan sampai tempoh yang mereka jajanjikan....bagi aku la kan (pendapat ajerlah), itu satu cara yang sangat berkesan dalam memujuk pembeli...Sebab tu aku suka sangat dengar kelentong dari penjual yang kadang-kadang tak masuk akal, bila tanya benda-benda spesifik sikit mereka mula gelabah tak tahu nak cakap apa?...Cuba kamu buat kajian sikit tentang barangan yang nak dibeli, aku bertaruh mereka akan "blur" kepala otak.....
Aku pun banyak jugak menipu dalam tak sedar....
Bila kenang balik rasa bersalah...
Ntah lah, memang tak boleh lari rasanya...
Dah namanya pon MANUSIA kan?
Kamu jujur?....Alhamdulilah....
Salam....Adios...
2 ulasan:
zaman ni mmg susah nak cari org yg jujur tapi kalau hidup terlalu jujur gak kadang2 ditindas org..hehehe
Jujur2, jujur nyanyian kump Radja mmg aku suka he3
Catat Ulasan