Khamis, 26 Februari 2009

Tapi Ika Tak Boleh Tahan Perasan....Eh, Perasaan.....

Susah jugak bila tahap keyakinan diri terlampau tinggi kan?...Sebabnya mudah, kita seakan perasan benda-benda yang kita buat kita rasa betul belaka serta mahu orang lain jugak perasan kita buat tindakan yang bijak padahal kita saja yang tersangat perasan, macam tipu diri sendiri la, nak sedapkan hati ler kiranya...Tapi tindakan tu kat depan mata orang jer, bila memalam atau masa kita sendirian kita akan pikir balik (sedar diri la kononya) tindakan kita sebenarnya bodoh tanda kita sedari...Tapi kenapa orang lain tak tegur kita masa tu atau memang orang lain dah sedar kita akan sedar diri bila masa tiba...Ada pernah terfikir tak?...

Layan perasaan yang perasan nih best sebenarnya...contohlah (cis macam aku tak nak mengaku ajer, heh), kamu pergi merewang kat mall, jalan depan sekumpulan manusia yang berlainan jantina, kamu perasan kamu mempunyai daya tarikan yang tinggi padahal ada sesuatu yang tak kena pada penampilan kamu (zip seluar terbukak ker etc...) dan kamu dengan bangganya berjalan seolah-olah seorang model...tapi yang "sploinya bila kamu ker tandas baru sedar ada sesuatu yang tak kena...Aku rasa la benda-benda gini walau secermat mana kita sekalipun, tentu akan kena jugak cuma mungkin kita tak perasan kan! Tapi jangan lah buat-buat perasan walaupun kamu dilahirkan dalam kategori kacak, kategori comel, kategori gagah, kategori pintar, kategori kaya, walaupun hakikat tersebut memang jelas tapi tak semua orang akan mempunyai pandangan bagus terhadap kamu...kecuali kaki bodek dan itu memang tak dapat dinafikan....

Perasaan perasan nih semua orang ada kan?.......dari manusia yang perasan sebab tersangat banyak ilmu, baca berpuluh-puluh buah buku tentang kehidupan, hidup dengan penuh falsafah yang membuatkan orang lain kagum lantaran petikan-petikan ayat berpuaka, perasan orang lain akan anggap mereka manusia yang istimewa, perasan orang akan meng"google" mereka kerana merasa mereka unik..Apasal pulak?, takde masalah dengan perasaan perasan tersebut kerana setiap orang sememangnya mahu dianggap istimewa dengan kebolehan mereka...Jangan bohong jika kita rasa sedih, rasa yang priversi kita digugat kerana itu apa yang kita kejar sebenarnya...ok contohlah (macam takde ayat, gampang betul), setelah aku berusaha kumpul duit sampai sanggup diet untuk beli sesuatu yang sangat mahal, aku pakai dan ada orang perasan serta tanya "wah, mahal nie, berapa beli?" Bukan aku suruh dia tanya, dah dia tanya aku nak buat macam mana....perasan ker aku waktu tuh.....

Takde la sampai ke situ sebenarnya, tapi kenkadang sesuatu yang terjadi atau nak kita jadikan seakan terbalik pada pandangan orang lain, mungkin mereka menyampah, mungkin mereka kagum, mungkin mereka rasa kita tak sedar diri, mungkin mereka rasa kita dah buang tebiat, mungkin mereka rasa kita perasan bagus....mungkinkah?....

Sapa ada iras-iras Kyoko Fukada?...

Rasa macam nak mengorat la pulak....

Salah ker aku perasan?...

Salam...Adios...  

2 ulasan:

FARYN berkata...

tak salah untuk perasan..tapi kalau over tu,aku pijakkan je...hahahah

Kyoko Fukada?

aku tak serupa beliau la..takleh kena ngorat sama ko...hahahaha

Dang Ijah berkata...

Perasan tuk meningkatkan keyakinan diri boleh, tp jgn terover konfiden sudahlah. kna jugak berpijak di bumi yg nyata