Selasa, 28 April 2009

Aku Baca Apa Yang Aku Nak Baca....Yang Lain Tu Sekadar Ambil Tahu Jer.....

Dunia tanpa sempadan orang kata, betul, betul, betul....aku sangat bersetuju sebab kita hanya hidup dalam planet bernama bumi dalam sistem galaksi yang dikepalai oleh matahari sebagai sumber utama walaupun ada teori yang menyebut terdapat banyak lagi galaksi lain (Doraemon - datang dari jiran sistem galaksi kita ler, tu belum campur dengan makhluk kegemaran aku lagi Predator)....Secara praktikalnya, dalam amalan membaca aku masih menganggap medium cetak adalah paling bagus sebab aku boleh tanda mana-mana bahagian yang aku tak faham dan cari maknanya, biasanya cara ini boleh mendatangkan kesan yang kekal dalam kepala otak aku...kepala otak orang lain aku tak tahu lah...ehhh, kenapa aku nak susahkan kepala otak orang lain pulak?...

Walupun medium internet kita boleh dapat matlumat kat hujung jadi, tapi pada aku benda nih tak kekal...maksudnya macam "maya", macam tiada nilai sentimental untuk kenangan...tapi sapa peduli kan? Aku pun macam orang lain jugak, suka kumpul buku yang aku beli dan letak dalam kotak sebab bilik aku kecik dan kalau guna rak meja alamat tersumbat tak pun kena merangkak nak keluar masuk bilik...Secara jujurnya aku jarang beli buku bentuk berat macam kisah hidup tokoh tertentu, berkenaan politik, sastera penulisan, dokrin, atau novel yang dianggap genius sebab itu aku memang dangkal ilmu...Kenkadang ada jugak hati nak baca karya-karya sebegitu tapi bila sampai jer kat kedai buku hati aku jadi tawar...mungkin kah sebab awek yang jaga kaunter kedai tu lebih memberangsangkan dari judul buku? mmmmm...faktor penyumbang jugak tuh....

Masa aku sekolah (ni sebenarnya takde apa, sebab terpaksa untuk ambik periksa saja kan), subjek paling menarik minat aku sejarah bukan sebab  aku suka sangat membaca tapi sebab dalam sejarah ada jalan cerita...Sampai aku ambik periksa SPM orang lain baca teks Ting. 5, aku baca buku teks sejarah STPM sebab faktanya lebih detail (lagipun skalanya lebih kurang sama) tentang kisah-kisah sahabat Nabi, tokoh terulung zaman tersebut, apa yang sebenarnya berlaku, jalan ceritanya lebih detail pada aku...yang paling menarik kisah kerajaan semenanjung Thailand, Pattani....Tu sebab kenkadang bila sesuatu subjek itu menarik minat aku, aku cari banyak sumber untuk rujukan, dalam lain perkataan aku baca apa yang aku minat sahaja...

Berbalik pada masa sekarang dimana masa yang banyak terluang untuk aktiviti kurang berfaedah, minat membaca aku dah jadi kurang berbanding masa dulu, maksudnya untuk membaca benda-benda yang memcabar sikit la, bukan benda-benda ringan seperti hiburan contohya...Bila aku pergi kedai buku, majalah yang mula-mula aku melilau cari berkaitan IT, tapi bukan bermakna aku Tech-Savy gila-gila punya cuma minat sikit-sikit sebab aku nak praktikkan apa yang aku boleh buat dengan peralatan aku kat rumah dan apa yang aku tak boleh buat dan yang paling penting sebab aku gila main game...kiranya kaitan tu ada la serta bukanya suka-suka nak baca ajer tapi aku respek jugak orang yang semua benda dia tahu sebab dia rajin membaca walaupun dari segi praktikalnya dia memang tak tahu langsung, sekurangnya tak la rasa "lost" sangat kan?...

Satu persoalan yang selalu aku rasa gusar, adakah kita dapat pengalaman atau dalam kata lain apa yang kita baca itu dapat merubah hidup kita secara kita sedar atau tidak? Adakah dengan membaca itu menjadikan kita lebih berpandangan jauh dari orang yang kurang membaca? Secara praktikal-lah bukan secara sekadar cakap sahaja hingga tersembut air liur kat meja makan atau bebrbuih mulut macam orang kena sawan?....Atau itu hanya sekadar motivasi untuk diri sendiri atau sekadar fantasi untuk sedapkan hati?....Secara jujurnya aku tak tahu, tapi sekurangnya dapat jugak isi masa dari buat benda kurang berfaedah barangkali...Tagline iklan "Membaca Jambatan Ilmu"...mmmmmmmmmm....

Tips; kalau susah sangat nak ingat apa yang kamu baca...

Ambik jer buku tu rebus, minum airnya...

Secara praktikalnya, aku tak pernah buat...

Ada sapa-sapa pernah cuba tak?...

Salam...Adios...   

Tiada ulasan: