Rabu, 8 April 2009

Bila Dah Suka, Oh....Indahnya Dunia......

Bila kamu perasan yang seseorang itu adalah seseorang yang tepat bagi kita?...Secara jujur aku tak tahu, tapi aku perasan perubahan mendadak terhadap perilaku seseorang bila dalam situasi tersebut, nak kata aneh sangat tak jugak tapi macam ada sesuatu yang sangat mendesak untuk mengambil tahu, sikit atau banyak tak jadi hal yang penting MESTI...Ini adalah perasaan normal manusia untuk percaya atau menaruh kepercayaan terhadap sesuatu yang mereka sayang/suka tanpa syak dan kalau tindakan tersebut salah sekalipun MESTI ada sebab lain...Macam ayat cerita Titanic yang aku selalu buat lawak, "you jump first.....

Tak semestinya perasaan ini hanya kena mengena antara lelaki dan perempuan sahaja, termasuk kadar kepercayaan antara lelaki dengan lelaki juga perempuan dengan perempuan (tapi bukan lah hubungan sejenis)....Macam kawan yang dapat dianggap sebagai tempat bergantung melebihi saudara sendiri, hingga susah payah sama-sama tanggung, kiranya mereka teman yang tepat bagi kita dalam apa-apa jua situasi yang timbul...Aku juga pernah terfikir, langkah-langkah yang diambil secara bersendirian selalu disalah tafsir padahal kita dah pikir masak-masak untuk kebaikan semua orang tapi yang terjadi sebaliknya...Maka bermacam sumpah seranah tanpa dengar dulu dari yang empunya diri, menghukum tanpa pelung mendengar....

Sebab itu aku tak ramai kawan yang betul dianggap kawan, kira kalau campur jari tangan serta tambah lagi dengan jari kaki kiranya tak sempat habis ler, boleh lagi guna untuk pegang sudu dengan garfu...Tapi bukan itu masalahnya, kadar kepercayaan untuk berkawan serta bagaimana tahap keyakinan terhadap mereka. Sebab itu aku ambil masa lama untuk betul-betul rapat dengan seseorang (yang sembang kedai mamak dan lepak hujung minggu digugurkan dari senarai), yang rahsia mereka aku tahu dan rahsia aku mereka juga tahu, sampai tahap putus kawan tapi masuh lagi simpan rahsia kawan...jujurnya ada la dalam dua tiga kerat sahaja, mungkin dah hampir pupus sebab ekologi dunia makin tak seimbang barangkali...

Ada dalam sehari dua nih, manusia yang anggap dirinya terlampau betul serta cerdik sangat mengalahkan buku sekolah tingkatan lima buat aku terfikir kenapa manusia selau tak pernah puas dengan apa yang mereka dapat....Hidup dah boleh katakan senang la dari orang kebanyakkan, gaji kira boleh tahan jugak kira lepas untuk shopping kat Jusco tiap-tiap bulan tapi masih lagi dengki dengan orang lain yang tak pernah buat apa-apa pun dekatnya...Apakah perasaan seseorang itu tak tenteram kalau tak ganggu gugat kehidupan makhluk lain, macam politikal aku faham kenapa mereka macam tuh sebab inginkan kuasa untuk membuat sesuatu tindakan berdasarkan undang-undang supaya mereka merasa puas kerana mereka merasakan tindakan mereka halal...Adakah musibah mampu merubah mereka?....

Satu soalan ; patutkah kita merasa kesian kepada orang jenis macam nih lantaran mereka kurang kesedaran diri? Banyak pulak iklan-iklan bersifat emosi rabak walaupun aku malas untuk menaip benda-benda macam nih, tapi aku tak dapat nak tolong sebab situasi yang memaksa (cam sial), mungkin aku patut pergi cari suasana baru supaya mentaliti aku berubah dari keadaan yang tepu kepada berakal sikit...Aku bukan manusia bagus sangat, tapi sifat nak dengki pada orang aku dah tanam banyak dah dalam tanah. Pada aku ler dari pikir perasaan tak puas hati kat orang lebih baik pikir untuk puaskan hati sendiri...cara mana? terpulang pada individu, janji tak susahkan orang lain...macam cilaka...

Kotak rokok banyak gambar-gambar ngeri...

Sudahnya....

Mmmm...

Salam...Adios... 

Tiada ulasan: