Rabu, 6 Mei 2009

Catatan Kosong #6 Gila Melalak Versi....mmmmm...Melalak...

Duduk kat flet ni memang susah, banyak sangat ragamnya, ni tengah aku nak relaks-relaks ada pulak orang melalak kat tingkat bawah, pengaruh pertandingan realiti (yang dibuat-buat sebenarnya, realiti kepala hangguk kau)...karat-o-ke, aku tak la nak sibuk ker apa, tapi pemuda-pemudi melayu nih memang suka sangat ker karat-o-ke nih, maknanya cina ngan india kat malaysia takde talent ler...Kalau setakat dalam rumah aku tak ler kisah sangat, ni bunyinya macam nak sampai ker bulan...kau ingat orang kat planet mars tu minat sangat ker kat suara korang...sialllllllll....

Mungkin diorang tak dapat bezakan antara melalak dengan menyanyi barangkali, tapi takleh nak salahkan diorang jugak, sistem karat-o-ke kat pasar malam pun ada jual ditambah dengan kempen supaya rakyat "malaysia boleh" jangan mempersiakan peluang yang ada...jadinya, kemana tumpahnya bakat kalau tak kat rumah dan dalam bilik air kan?

Komen Juri : Rupa ada, suara boleh ler cuma upgrade la sikit hi-fi buruk kau tu, jangan takut untuk beli yang harga 4-5 ribu, sekurangnya dapat jugak baiki mutu muzik yang bunyi macam tempayan pecah...

salam...adios... 

 

1 ulasan:

FARYN berkata...

jom karaoke..hohoho