Aku tak tahu orang lain, tapi aku tahu diri aku sendiri...zon peringkat pertama hidup aku sudah berlalu...sekarang aku berada dalam zon kedua kehidupan, ruang dimana aku hidup, cari makan, masalah, tentukan haluan sendiri....aku rindu zon peringkat pertama, memang ada masalah tapi kurang kerana masih berada di bawah bantuan PBB....masih tak tahu cabaran hidup sebenar, cuba tahu mintak, tagih dan berlagak macam besar dan bodoh.
Betul cakap orang yang lebih dulu maka garam dari aku, sekali kamu buat keputusan jangan harap nak patah balik....banyak keputusan2 yang pernah aku buat tanpa fikir panjang2, dalam2 dan to be honest, aku menyesal kerana itu....tapi tak bermakna aku nak ambil keputusan bunuh diri atau buat sesuatu yang parah pulak, tapi kesilapan2 yang aku buat dulu bila fikir balik memang besar impaknya terhadap apa yang akan berlaku masa hadapan.
Yerrr....aku sedar biasanya bercakap lebih mudah dari membuatnya, aku boleh rancang hidup aku sepuluh atau dua puluh tahun lebih kehadapan....realitinya?, tak macam yang disangka dan tiada siapa dapat meramal masa depan, even the wiser cannot tell....ceh, syok jugak kenkadang berdebat dengan diri sendiri....aku jadi hakim, aku jadi juri, aku jadi penguam bela, aku jadi peguam cara, aku jadi saksi dan last2 aku jadi GILA?....
Dulu aku selalu berangan untuk jadi lebih dari diri aku sendiri, hakikatnya hanya untuk lari dari masalah sebenarnya....berfantasi. Dan hakikatnya aku sangat teruja bila mendengar serta melihat manusia2 itu datang dengan membawa kemewahan idea dan metafora yang tiada sudahnya, aku terjebak sama tanpa tahu realiti sebenar....mereka kata tiada salahnya, kadangkala seakan memaksa dan kadangkala seakan memujuk....aku keliru mana satu untuk dipatuhi, diikuti? Dan satu yang sangat pasti mereka tidak akan berada di situ saat aku tenggelam, cakap memang mudah kan?...pahitnya kita saja yang rasa....aku tak tahu orang lain, tapi aku pasti tentang aku...
Sekarang ini aku berada di zon yang agak selesa untuk diri sendiri, mungkin pada pandangan orang lain tidak, dan sebetulnya aku tak mahu tahu tentang itu....perkara paling memualkan adalah untuk menidakkan rasional diri sendiri, sedar sempadan kemampuan untuk pergi setakat mana yang termampu....dan juga kalau kamu ada sayap untuk terbang lebih tinggi silakan, tiada siapa melarang dan jangan sesekali terlupa bila kepenatan kamu juga akan hinggap ke bumi....aku tak tahu tentang orang lain, tapi aku pasti tentang aku.....
Newton pernah berkata "Sistem bagi matahari, planet-planet dan komet yang paling indah ini, hanya dapat tercipta daripada tangan Tuhan Yang Maha Kuasa.....seperti orang buta yang tidak mempunyai sebarang idea terhadap warna, kita jua tidak mempunyai sebarang idea terhadap cara Tuhan dalam memahami segala benda"
Yang pasti...kamu tahu diri kamu...
Dan aku tahu diri aku....
Jouney To Hometown...
Adios....Amigoes....
1 ulasan:
Awu... Banar jua nyamu atu, kdg2 aku stuju jua dgn kurapak mu ani hehe...
(@_@)<-si burung hantu
Catat Ulasan