Sabtu, 28 Jun 2008

Ramai Kawan Masa Senang?....Biasa Pemberat Ke Arah Itu....

Yoshhhhhh.....apahal la kau nak membebel pada sesuatu yang semua orang dah tahu, itu menunjukkan banyak hal, sama ada kau bodoh, bangang, tolol, lembu dan yang seangkatan dengannya.....manusia hidup sejak zaman-berzaman dah jadi adat, bukan cakap pasal tikam belakang atau depan terus....tapi satu yang pasti bukan setakat kawan ajer, adik-beradik, sedara-mara yang biasa mengaku kerana hubungan darah sedikit sebanyak akan mengalami keadaan ini....biasa sapa yang nak rasa susah kan, toksah nak mengaku baik sangat lah....you jump first, i jump letter....atau ada ayat yang lebih baik rasanya?

Aku mengaku memang susah nak pilih yang betul2 kawan, bukan yang jenis ko jumpa hari nih dan terus rasa dia cool dari segala segi....nampak bagus dan perfect dari luaran sahaja tak memadai walau ayat-ayat yang keluar dari mulutnya nampak sangat bergeliga, bukan berada dalam alam fantasi yang sekadar untuk sedapkan rasa hati dan nafsu bergelora.....betul, kita tak boleh menilai orang dari segi luaran dan kalau nak betul2 tau apa itu erti kawan masa kau betul2 darurat...tapi jangan la harapkan lebih dari kemampuan yang mereka ada, tapi sekurangnya akan menggerakkan segala kemampuan yang ada.....dan ternyata lebih baik dari yang bercakap sebakul serta banyak memberi alasan yang kiranya lembu dengar pon boleh rebah....

Aku sangat selektif dalam pilih kawan, aku sombong?....tak, bukan itu maksudnya tapi untuk betul2 kenali seseorang perlukan masa macam kita nak kan seseorang pompuan atau lelaki untuk lebih seriuos....sejak dulu lagi kebanyakkan kawan2 yang aku pilih banyak dari golongan dewasa yang melebihi umur aku, kerana aku selesa dengan persekitaran mereka, yang mudah faham apa itu erti hidup...tak pula aku katakan yang sama baya atau yang lebih muda dari aku tak bagus, cuma banyak yang aku jumpa banyak cakap dari realiti....dah remaja buat la cara remaja jangan la nak tunjuk banyak sangat pengalaman, enjoy cara remaja dulu sebelum masuk peringkat matang....jangan rasa tua belum masanya serta satu lagi jangan buat benda bodoh yang rasa cool tanpa tahu tujuanya....tak pasal2 nanti kalau orang tanya malu sendiri....

Camana nak tau kawan kita nih bleh diharap atau hampeh?.....banyak orang ada kaedah sendiri dalam menguji persahabatan, tak la kira masa susah atau senang yang penting ikhlas....bagi aku yang anti-sosial nih, aku ada cara sendiri serta pandangan untuk kali pertama berjumpa...tapi aku tak kan la terangkan kat sini, nanti takde la plak orang nak kawan ngan aku kan?....paling mudah ialah ikut rasa hati kamu serta pengalaman dari orang2 yang kita kenal....cikgu aku cakap dulu (tah lah betul ker tidak), jika kita diajak oleh seseorang kawan yang kiranya baru kita kenal ke rumah beliau, maka satu hal yang pasti...ini katanya cikgu aku...jika kawan tadi pelawa kita makan terus ke dapurnya (tempat umum untuk memasak dan makan) maknanya beliau ikhlas dalam berkawan...betul ker?....sebab aku tak berapa paham maksuk tersirat nih, cuma yang aku tahu makan free nih tersangat lah bestnya serta dapat menjana tenaga dalamam...

Sini bukan sumber untuk dapatkan pengalaman hidup, sebabnya kita semua ada pilihan masing2 dan semuanya pandai menentukan hidup masing2...aku ada hidup sendiri dan hidup yang aku kutip dari hidup orang lain untuk rasai peritnya berkawan, dan tak salah rasanya kita menghadapi kemungkinan hidup kan?...jangan nilai buku dari kulitnya, mungkin betul untuk masa sekarang nih sebab material jadi ukuran utama dan aku tidak sekali nafikan aku juga ingin untuk memiliki itu semua....tetapi kawan masa senang sangat berlainan dengan kawan masa susah, mungkin kamu ada sesuatu tentang itu, dan juga masa tu segala sumpah seranah keluar dari mulut kamu....mungkin kah begitu?

Banyak kawan sanggup SUSAH masa kita SENANG....

Tapi,

Banyak mana kawan sanggup SUSAH masa kita SUSAH....

Aiiisehh, hadiah member kawin belum cari lagi...

Kopak yang tah keberapa kali...

Adios....Amigoes....

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hmm... Kawe setuju nga pendapat demo, 2 sebab lah kawe hanyo ado sore jer bestfren (kira nak tambah sore (K) dua lagi lah)... Hok mengerti n paham kawe nih orenyo camna... Hok sanggup kosi kesusahe samo2 w.pun hanyo sekadar kat tel (sbb xdok maso nok jumpo slalu - kpd sesapa hok kenal taulah sbbnyo knp jrg ble jumpo nih) dan berbekalkae keikhlase sebuah persahabate... Kawe penah terbaco... "Keikhlasan dale apo jer hok kito lakuke cumo Tuhan jer hok tau n menilainyo"... Kawe raso, ado bonarnyo kato2 nih... Ko guano?

(@_@)<- DangIjah si Burunghantu

Pompuan Emosi berkata...

bukanlah mudah untuk menjadi anti-sosial ni, tapi ianya lebih mudah daripada pening kepala menghadapi pelbagai kerenah so-called-kawan.

tapi pernah tak kita terfikir, tanpa kita sedari, kita mungkin juga seperti mereka?

Kurie berkata...

miss meow..

iyer, mungkin antara sedar dan tidak...

aku cuba ubah penaakulan aku terhadap itu..

thanx..

adios...

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum,

Memang susah hendak cari kawan yang sejati. Nak cari emas pun lagi senang, pergi sahaja ke Habib atau Poh Kong.

Kawan ketawa bersepah tapi kawan menangis bersama kita?

Memang kamu ambil langkah yang betul, berhati hati dalam pergaulan dan persahabatan. Bukan anti-sosial setakat menapis, itu hak kamu. Yang anti sosial tu kalau tidak mahu bercampur dengan saudara mara atau jiran dan rakan taulan semasa keramaian dsb.

Sahabat amat penting dalam hidup kita, kita tidak mungkin boleh hidup sendirian dan kadang kadang, ada hal hal yang kita hanya boleh berkongsi dengan sahabat tetapi tidak dengan adik beradik atau saudara mara, sebab itu sahabat yang setia penting, itu pun kalau ada rezeki dapat yang sejati dan setia. WaAllahuAlam.

Letting the time pass me by berkata...

Memang susah nak cari kawan yang boleh dianggap sahabat..