Sabtu, 5 Julai 2008

Kecantikan Itu Hak Milik Peribadi Setiap Insan?.....

Aku curiuos dengan ayat di atas....kenapa?...tah ler, tiba-tiba bapak aku yang tak banyak beri komen pasal isu-isu yang remeh - temeh tiba menyatakan pendapat peribadi beliau....terkejut jugak lah kerana biasa beliau enggan mengulas apa2 isu yang kurang revelen pada pandangan beliau....mungkin ada point2 tertentu yang menjentik hatinya untuk menyatakan sesuatu?...sebagai pemuda malas yang tertonggeng kat depan tv, aku tanya kenapa?...jawapanya semua hak2 yang ada pada diri kita adalah kurniaan Allah....ringkas dan padat....

Tak, aku tak mau berbicara atau berkhukhbah....ini bukan minat aku atau kecenderungan aku untuk menyatakannya, mungkin ustaz kat sekolah atau kat masjid boleh bagi penerangan terpeinci....pada aku minat untuk menjaga kesempurnaan itu timbul lantaran kesedaran untuk menjaga amanah, bukan untuk ditunjuk2 supaya nampak sempurna....seperti orang lain yang tak mengaku "kampung" atau "jakun", aku juga sama perangainya....cuba kalau pergi jalan2 kat shopping complex, mines wonderland contonya banyak golongan2 hawa yang secara tak sedar atau memang sedar aku akan toleh kerana cara mereka berpakaian....bukan kah itu menunjukkan kecantikan mereka bukan milik hak mutlak mereka...sekurangnya berkongsi jugak dengan mata aku..gebu2 lah jugak...

Aku menang takde hak untuk melarang atau menyuruh, terpulang pada individu....apa yang kamu pakai, tak kiralah mengikut trend, mengikut isi poket, mengikut kata kawan atau mesti pakai untuk nampak cool....terserah....tapi satu yang aku tahu, pakai seluar pendek kat rumah...aku pernah kena bebel kat bapak aku, katanya tak bagus tunjuk aurat...aku kata lelaki takpe, lain la kalau pompuan...beliau cakap apa kata kiranya Tuhan tarik balik apa yang Dia bagi kat ko?, contohnya lepas ni kaki aku takde, atau cacat ker, atau lumpuh ker....jangan bangga sangat dengan apa yang dibagi percuma katanya, pikir macam mana nak bayar....sudahnya aku tak terkata, bukan takut pada beliau cuma "terkesima"...hehehheh...ayat macam sial........

Fakulti AD adalah tempat paling best untuk melihat kecenderungan ala2 moden, tapi etika pemakaian mereka takde la hebat sangat...macam biasa2 jer bagi golongan buta pemakaian macam aku, sebab aku suka pakai apa yang masuk dan muat bagi aku jer dan tak pernah nak kesah sangat pasal kecantikan berfesyen cara orang lain....mungkin bagi aku cara berpakaian adalah sekadar untuk menutup kulit tubuh badan aku dari sinaran matahari, hilangkan rasa sejuk serta sesuai dengan tempat yang aku nak pergi....dan atas sebab itu jugak lah jangan marah apabila orang yang kamu tak kenal tengok kamu, mungkin manusia tersebut tertarik pada wajah ayu kamu (yang kamu sangkakan milik kamu) atau mungkin juga sedang mengkaji tubuh kamu (milik kamu kah?) atau lebih teruk sedang mengutuk kamu (pada manusia yang merasa lebih "bandar") kerana pakaian serta kecantikan yang terlebih guna....

Yoshhhhhh....tadi aku dah janji tak nak mengutuk, ni dah terbalik plak....minta maaf bebanyak, ni bukan mengutuk tapi sekadar pendapat ajer....pendapatan?....jangan cerita itu isu sensitif sekarang, tapi kecenderungan aku pada seluar "jeans" dah lama pudar, sebab aku banyak beli seluar khakis sekarang...

Aku masih teruja dengan awek bertudung...

Orangnya cantik dan rebel...

Sebab apa?

Dia berkawan ngan jin...

Adios....Amigoes....

2 ulasan:

Dang Ijah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Kurie,

Berhati hatilah dalam hidup ini supaya kita tidak terlalu tertipu dengan kecantikan 'luaran' semata-mata.


Takut nanti "Cantik di mata sakit di hati"
Jaga diri baik baik.