Jumaat, 11 Julai 2008

Masa Percubaan Telah Tamat....Serius Lah.....

Aku tak tahu mana nak mula penceritaan....bila banyak sangat masalah tipikal yang masuk dalam kepala otak aku, yang penting dan yang tak berapa penting juga yang tak berkepentingan langsung...sudahnya otak aku kurang sikit rasa warasnya....aku rasa sudah sampai masanya aku serius dalam perkara2 yang aku nak dalam hidup, cakap macam betul2.....tak bukan perkara macam tuh, silap yang aku terjemahkan dalam hidup banyak sangat....harapkan tingkap hidup aku akan damai lepas nih....

Teringat kata2 member aku dulu....Mat Pitt....don't look back, look to the future....heh, itu kata dia sewaktu zaman nak kenal dunia dan zaman rasa aku boleh buat apa saja yang aku nak tanpa mengira kepentingan orang2 lain yang aku kena pikul...mmmmm....hidup memang susah kan? Orang kata cerminan sejarah masa lampau kita adalah landasan terbaik untuk kita maju ke depan, tapi aku ni tahap terbalik la pulak, dah jadi makin laju ke belakang....satu tahap aku rasa baik untuk tidak hiraukan perkara2 yang ada depan mata aku, tapi sampai satu tahap pulak aku rasa aku patut dapat apa yang aku tinggalkan dulu akibat dari rasa ketidak perihatinan aku masa itu...sapa yang lebih patut nilaikan diri aku kalau bukan aku sendiri....masa berlalu....

Semua orang nak tunjuk ada sesuatu dalam hidup, walaupon cakap aku manusia sederhana kononya yang serba serbi cukup padahal dalam hati cukup rakus....dan ini termasuk aku yang cukup rakus, dalam ertikata untuk mengejar apa yang aku mahu...dapat atau tidak itu belakang cerita. Fasal2 dalam hidup yang semua orang telah laluinya, sama ada permulaan, masuk pertengahan dan akhiran dan tahap tepu....aku seorang yang penakut sebenarnya dan oleh kerana itu aku perlukan sesuatu yang amat baru tak kiralah dari segi persekitaran contonya untuk merubah apa yang tak berubah sekarang....iya....masa untuk suka2 sudah habis buat aku.....

Serius macam gampang!.....Sebenarnya aku tak berapa suka buat emosi keruh, walau seserius mana pon masalah yang aku ada....aku buat bodoh macam tak nampak, buat lawak untuk diri sendiri supaya hati aku setenang anak padi yang menghijau yang aku semai bersama nenek aku kat sawah....helah untuk melarikan diri ni macam2 kan?....Segala janji2 yang aku taburkan, banyak yang tak tertunai dan aku rasa macam manusia munafik pulak.....tapi mereka sedar yang aku tak mampu dan mereka cuma berharap yang terbaik untuk aku lakukan, ada masanya aku rasa telah mengkhianati insan2 ini walaupon terpaksa menipu....kalau tipu sunat takpe lah jugak kata sesetengah orang, tapi kalau dah diri sendiri pon kena tipu macam mana?...sengih....

Aku tekad, kalau Tuhan beri peluang pada aku kali ini...aku akan bayar habis segala hutang aku pada insan2 yang peduli tentang aku selama ini....Aku akan cuba segala tenaga yang ada, selagi yag termampu....biasalah cakap besar kan?

Semangat tengah membara....

Harap jangan cepat jadi abu...

Doakan aku....

Aminnnnnnnn....

Adios....Amigoes.....

1 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Aminnn...
Hmm... Kawe sbg saing demo, cumo ble doake hok terbek buat demo... Demo ke jate, kno kuatke semangat 2 cket dale menempuh cabare hok ake dtg OK... Harap demo ake dpt bayor segalo hute2 demo nga inse2 hok peduli nga demo selamo ini... Amin... Bilo? Bilo2 maso jer hok demo ready...

Kawe ni jah...
(@_@)
Si Burung Hantu