Isnin, 21 Julai 2008

Bila Jantung Aku Berdengup Kencang....

Bila sesuatu berita yang tak enak didengar sampai ke telinga aku....jantung aku secara otomatik akan berdegup kencang, berbagai andaian terlintas dalam kepala....itu adalah tindak balas secara semulajadi, meneka-neka berita yang belum pasti...gugup, terutama bila berita tersebut bersangkut paut dengan orang yang amat aku sayang, yang amat penting dalam hidup aku....serta merta rasa lain macam, muka serasa merah menahan perasaan yang bercampur baur tak tentu....sebagai manusia aku rasa keadaan ini akan menyerang perasaan sesiapa sahaja, takut serta berdebar sedangkan versinya kita belum ketahui dengan jelas dan nyata...mintak Yang Maha Esa jauhkan segala prasangka buruk yang bersarang dalam hati aku...

Degupan jantung aku masih lagi kencang, walaupon berita itu datangnya bukan dari sumber yang tepat tapi bila melibatkan perkara yang amat penting, terasa kesanya yang amat ketara....Aku tak boleh tipu diri sendiri untuk sedapkan hati, tidak sesekali aku sanggup kehilangan orang yang aku sayang....aku cukup ego untuk tunjukkan perasaan sayang aku, tapi dalam hati aku....haih...Tuhan saja yang tahu....dan saat ini aku masih lagi tak tenteram....

Bila aku bertanyakan khabar yang sebenar, letak duduknya keadaan, soheh kah berita tersebut...syukur pada Tuhan.....tapi bukan bermakna aku sudah selesa, aku masih lagi berdebar....suara di hujung talian kedengaran sedikit bergetar mungkin menahan sakit, aku simpati kerana aku juga ada kena mengena cuma untuk menampakkan sayang itu amat susah aku nak luahkan....komunikasi antara kaum Adam memang begini, berlagak tenang walau keadaan sebenar agak parah....biarlah perbualan itu berjalan lancar, menyangkut perkara lain yang agak menyenangkan kerana aku tak suka bertanya macam budak kecil...Alhamdullilah....

Semalam telefon aku berdering lagi, suaranya jelas kelihatan memberitahu kondisi terkini, akan keluar dari situ kerana sudah boring barangkali....sudah boleh berjalan katanya, kayuh pelan2 tak mengapa, betulkan urat2 yang tersimpul....haihhh....agak ceria bunyinya dan secara otomatik dengupan jantung aku mulai reda, terima kasih Tuhan kerana memelihara insan yang aku sayang.....semoga sihat selalu hendaknya...

Aku boleh tidur ngan lena lepas nih....

Pedulikan masalah2 lain yang bodoh....

Ada perkara yang lebih penting...

yoshhhhhhhhhh....

Adios....Amigoes......

1 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Hmm... Syukurlah krn org yg ko syg sudah selamat... Alhamdulillah... Aku sbg kwan cuma turut sama panjatkan rasa kesyukuran krg org yg ko syg sda selamat...

(@_@)
Burung Hantu...