Aku suka atau senang bersembang dengan orang2 yang tahap keveteranannya melebihi aku, kira pangkat jeneral lah lebih kurang....belajar mendengar pendapat dari diorang, apa yang pernah mereka lakukan pada zaman2 mereka membesar dulu, corak penghidupan diorang dan kadang2 cerita tentang "kemudaan" mada dulu2....malu bertanya sesat jalan, kata orang tua....tapi sekarang banyak singboard kan kat jalan raya, jadi kalau malas nak bertanya pon gerenti tak sesat jalan cuma ambil masa mungkin untuk sampai ke tempat tujuan....melalut pulak dah....
Pakcik ni dari Terengganu, dekat Besut jadi takde la bunyi "G" berdengung kat belakang hujung ayat2 yang dituturkannya....buat pengetahuan am kalau ada la (yang baca tulisan mengarut aku) Besut nih sebenarnya sebahagian dari Kelantan pada masa dulunya....alkisahnya betul atau tidak, pada suatu masa dahulu pemerintah negeri aku nih adakan pertandingan sabung ayam, dah namanya pertandingan mesti lah ada hadiah kan? Cagarannya sangat bagus, daerah Besut menjadi pertaruhan...disebabkan ayam dari negeri lawan yang sangat handal, maka terhadiahlah Besut sebagai daerah untuk negeri lawan....masuk cerita mengarut lagi.....
Oucchhh, yang itu tak dikira ya....pakcik ni boleh dikatakan warak jugak lah banding dengan aku, biasalah kenkadang rebel tak kena tempat dan aku suka dengan pendapat2 beliau yang boleh diterima akal...masuk dalam kategori bernas jugak lah walaupon tak la kaya macam BERNAS. Katanya sebagai ibu bapa zaman terlampau moden ini, beliau seakan takut dengan pengaruh2 persekitaran yang amat hebat dari segi penghakisan moral....katanya masyarakat kita sedang dalam proses dibuang perasaan malu dari diri mereka...aku yang bengap skit (skit ajer) tanya macam mana tuh?....dia beri contoh mudah, banyak sangat program2 bodoh kat TV, macam rangcangan realiti yang tak berapa nak "real" dengan lawak2 bodoh diorang....
Beliau sambung lagi lagi, betul kadang-kala ada baiknya tapi bila lihat masyarakat kita yang sangat menyokong benda2 karut begini kita seakan diajar untuk membenarkan perkara yang bodoh...contoh pelajar A keluar, satu keluarga pakat2 menangis depan kaca TV memasing dan dah la tu pulak....pakai pon best2 jer dengan rambut karat macam takde air nak basuh, lurah gunung berapi yang terbongkah laharnya, seluar yang macam dijahit kat badan terus.....semua itu menampakkan bahawa budaya itu adalah NORMAL, seolahnya "apa nak malu plak, biasa la pakai macam tuh, perangai macam tuh....dah trend zaman sekarang kan?".....yang bestnya lagi keluar ayat ini...."hoi, hang ni dok cerut mana hah....katak pon dah duduk dalam kotak tau!....(jangan salah sangka, aku suka orang pakai seksi, lagi seksi lagi aku suka....freeeee.....)......
Bila perkara yang sama berulang2 senarionya, maka dengan sendirinya akan menjadi kebiasaan dalam kehidupan....tak ikut kan takut kena cop kat dahi guna dakwat kekal "BUTA FESYEN", aku tak sanggup dianggap buta fesyen sebab itu aku galak kan manusia pakai lebih seksi, baru CARA beb, dak gitu?.....Bila aku balik kampung, keadaan ini adalah sama walaupon masih boleh dikawal, biasalah duduk bawah tanggungan mak bapak tak leh nak lebih2 kan nanti kena pelempang lain lah kalau dah kerja dan ada pendapatan sendiri.....Aku kesiankan diorang kerana tak dapat pakai seksi2, jadi kurang lah skit kadar hiburan....dan aku sangat bangga dengan ibu bapa yang liberal serta spoting dengan anak2 mereka, anak seksi tak ingat dengan perutnya yang terbujur keluar berjalan bersama2 mak mereka yang bertudung serta dengan bapa mereka yang nampak tinggi nilai kemelayuannya.....
Jadi apa yang kamu harapkan dari semua ini?...ohhhh, dunia tanpa batasan serta nilai moral yang diimport dari pentas peragaan Paris terus ke ruang tamu rumah kita semua....aku sebagai manusia yang suka akan keindahan tubuh manusia bersyukur kerana tak perlu bersusah payah untuk menjamu mata dengan nilai2 moral ini....bak kata veteren2, dah ada depan mata nih hadap jer lah jangan buat bodoh tak nampak....dari orang lain yang dapat faedah serta kaut keuntungannya apa kata kita sekalian sama2 merasa ye tak?....
Pakcik tu jenuh nasihatkan aku....
Dengar dengan kusyuk dengan harapan.....
Pakcik (dalam hati) "bagus budak nih, buat menantu boleh nih"...
Aku agak lah....
Adios....Amigoes.....
1 ulasan:
Hoh?... Jange nok ngada yer... Perase jer lebih hehe...
Adiozzz...
Dang Ijah (@_@)
Catat Ulasan