Yoshhhh....hari ni rasa lapang skit nak tekan2 papan kekunci, tak kira hari2 yang lalu di mana aku malas dan takde mood...biasalah membebel untuk diri sendiri tiada sapa akan marah aku, bukan aku dapat gaji menaip kat sini dan kalau orang baca aku punya "taipan" sama yang aku baca orang lain punya ini jugak merupakan satu bonus kan?....ye ker?....jangan tipu diri sendiri, manusia2 yang mengarang ayat2 cinta mesti mahu coretan mereka dibaca walaupon sepintas lalu....jangan rasa tak peduli sangat dan kalau boleh orang nak kita dapat sesuatu dari apa yang kita tulis kan?....bagi aku itu lumrah hiburan dunia hari ini dan sebab itu jugak lah menatang nih di cipta....untuk komunikasi walau secara in-direct, maksud aku secara alam maya orang kata....
Ehhh...aku rasa2 lah ini pertama kali aku sedar tentang rezeki yang aku dapat hasil hari kerja....bukan perkara besar pon sebenarnya, tapi bila fikir yang duit yang ada takkan pernah cukup tambahan kalau gaji ciput cam aku....korang sedar tak yang sebenarnya duit yang korang dapat tu bukan hak milik korang sebenarnya, banyak yang telah ditentukan menjadi milik orang lain....macam aku (gaji) bulan ni dah ditempah awal2 lagi oleh orang lain, melepas nak beli mp3 baru dan juga aku rasa dah kopak sebelum sampai waktunya......kadang2 aku rasa jugak macam nak pentingkan diri sendiri, malas nak layan segala macam manusia di sekeliling aku tapi ingat jugak pesan orang tua supaya berbudi kelak rezeki akan datang dari sumber yang lain....bulan jatuh ke riba?
Tu masalah utama bila aku dah plan awal untuk sesuatu benda yang aku nak, bila dekat nak sampai kena tukar rancangan lain pulak.....frust gila....tapi takpe, aku masih ada perasaan sabar untuk tangguh perkara2 yang aku nak dan dulukan perkara yang lebih penting....kerja untuk semua orang memang macam nih lah, mungkin Tuhan akan beri sesuatu yang lain untuk aku barangkali....sesuatu yang sangat aku harapkan pada bulan lepas walaupun aku tak confident sangat tapi rezeki Tuhan sapa yang tahu kan?....aku cuma boleh mengharap agar perkara tersebut jadi realiti kerana aku perlukan sesuatu yang baru untuk berubah....persekitaran baru mungkin?
Bila aku dah terperak lama sangat kat sesuatu tempat, aku rasa macam dah lemau terhadap persekitaran....mungkin masa memula tu rasa seronok untuk explore benda2 baru, tapi bila dah hari2 kat tempat yang sama dan bertahun duduk kat takuk yang sama.....rimas....mungkin aku yang tak pandai nak sesuaikan diri dengan keadaan semasa atau cipta satu benda baru untuk lekakan dari masa yang membazir....jadi aku cuba tempatkan diri sendiri kat tempat orang2 yang mengharapkan aku, alah bukan selalu....kenkadang ajer....
Let's hope for change....
Atau mungkin aku patut balik ke tempat asal....
Mulakan balik apa yang aku tinggalkan.....
Adios....Amigoes....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan