Rabu, 16 Julai 2008

"Orang - Orang" Di Tengah Sawah.....

Kerja bertani memang penat, tengah terik matahari yang memancar terang....peluh jangan cakaplah, tak terkira banyaknya, tapi digagahi jua demi rezeki untuk keluarga....dah adatnya begitu kan? Nenek aku cakap, selagi kudratnya masih tersisa sawah itu akan dikerjakanya walau hasil tak seberapa....beliau pernah mengeluh lantaran upah membajak sawah yang naiknya menggunung, yang benihnya dimakan burung, yang racun rumpainya jauh dan susah didapati, yang isi padinya kurang dari dahulu....beliau tak kisahkan itu semua sebab beliau sedar, rezeki takkan datang bergolek kalau tak tahan gigitan lintah di sawah......

Musim menuai merupakan satu pesta bagi kami dahulu, ramainya tak terkira...kaum adam dan hawa sesama berkorban masa dan tenaga bagi menjayakan misi ini (heh...macam nak berperang lah pulak).....pasukan keluarga aku terdiri dari nenek, pak sedara, mak sedara juga termasuk aku yang masih dalam sekolah rendah memulakan kerja dari jam 8.00 malam sampai 1.00 pagi untuk masukkan padi yang sudah dituai ke dalam guni.....miang dari padi tu toksah ceritalah, gatal seluruh badan tapi gembira bila buat kerja sama-sama....nak masukkan padi dalam guni besar sampai 21 beg sungguh seksa, tapi bila ramai tak terasa walaupon hakikatnya tersangatlah seksanya....itu kenangan masa dulu sebelum hasil padi diual guna guni, sekarang ni jual kira "pukal", masukkan atas lori terus hantar kilang pemprosesan....jadi, mana datangnya suara kecil itu?

Nenek aku dah 70+ lebih umurnya, namum kudratnya masih gagah mengalahkan aku....gagah disini bukan ertinya kuat tapi rajin dan tak reti nak duduk diam, tak macam aku yang malas serta banyak angan2 berterabur....Bila aku menjengah ke rumah aku kat kampung a.k.a kadang2 jer balik, beliau ceritakan tentang apa masalah yang dihadapi walaupon tahu aku tak mampu nak selesaikan hanya buah fikiran yang mengarut aku sarankan....ternyata beliau puas hati bila ada cucu yang sudi mendegarnya walaupon aku gelak dengan apa yang dikatakannya tentang harga ikan yang mahal, tentang minyak masak naik harga, tentang hasil RM yang beliau dapat kumpul sepanjang 5 bulan yang lepas, kerjaya baru beliau sebagai pembuat serunding daging dan ikan serta letihnya menjadi manusia diatas muka bumi....aku sukakan cerita beliau walaupon apa yang dicakapkanya tak berkait langsung dengan ekonomi global, tapi ianya mengcakupi ekonomi rumahtangga....dapat konteks ini beliau pakar dalam bidangnya....

Nenek aku dari dulu merupakan pemangkah tegar parti cap kapal layar, beliau tak kisahkan apa orang nak cakap tentang prinsipnya kerana beliau tahu apa yang terbaik buat dirinya...aku tak pernah suruh dan bincang perkara2 ini dengan beliau kerana beliau adalah beliau...dan setiap kali gamat pesta memangkah, maka bawah rumah aku akan dipenuhi dengan baja cap kapal layar untuk musim membajak seterusnya....Beliau senang hati dengan itu walaupon TV dan suratkhabar kata Melayu hanya berwajah subsidi, beliau tak peduli kerana tanah sawah itu adalah kesinambungan dari cintanya terhadap arwah suaminya,beliau tak rela membiarkan lalang dan jerami kedah merajai tanah sawah itu....mereka2 itu tak mengerti dan iya, aku sangat bersetuju bercakap diluar itu lebih senang....terik mentari menjengah lagi.......

Orang-orang di tengah sawah menjerit....kamu sedarkah?

Ohhhhh....itu bukan masalah kamu kan?

Global?...

Pahitnya rasa Sang Suria......

Adios....Amigoes......

1 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Hmm... Baca cerita nih, teringat aku masa kecik2 dulu... Ikut bapa ke sawah dan naik basikal tua... Jalan atas lumpur dan makan bekal yg di bawa skali dan mee maggi yg di masak dlm tin planta... Hmm... bestnya suasana ni... Ada suatu masa tuh, sampai aku lupa nak pg skolah agama waktu ptg gara2 masa ni, aku tak taupun skolah agama xcuti hehe...

(@_@)
Dang Ijah