Sebelum aku mengarut lebih kurang, aku nak tanya soalan ada lagi ker orang sekarang kenal ngan buah "saga" nih?....Dulu lama dah la, masa aku kecik2 ada sebatang pokok saga nih kat belakang rumah aku....besar jugak batang dia dan bila masa pokok nih berbuah, aku ngan kakak, mak sedara aku kutip pas tuh goreng....macam goreng kacang gak la supaya buah nih merekah, senang nak makan. Buah masak kat pokok cantik betul sebab warna dia merah, boleh lah ganti kuaci yang macam kita beli kat 7-E sekarang....ceh, nostalgik betul cerita orang kampung cam aku.....
Bukan, bukan aku nak cerita pasal buah saga nih....tapi berkaitan dengan bahasa yang kita gunakan dan aku sebenarnya cuak jugak nanti kena tuduh "semangat kenegerian", tapi takpa lah sekadar renungan. Ok, kita mulakan pada malam2 yang biasa dalam hidup aku....bila boring gila, aku surf You Tube dan ter-klik pada seorang artis dari Korea kalau tak salah aku, namanya Jjang Nara (cute gila sial) masa promosi albumnya kat Indonesia.....jangan salah sangka aku nak cerita pasal artis nih walaupon dia kecil, cantik dan memang cun lah....alahai kalau jumpa boleh rebah nih.....
Aku tengok dengan jelas dan terang, mata dengan telinga......masa ni di mana dua pengacara rangcangan hiburan TV Indonesia nih menanyakan soalan pada artis Korea nih, tapi bukan la dia yang jawab terus sebab dia tak paham, dia ngaga ajer lah....mungkin penterjemah bahasa dari kedutaan Korea dekat Indonesia rasanya.....yang aku respek sesangat nih, penterjemah tuh bangsa Korea nih bleh cakap bahasa Indonesia dengan cukup bagus sekali, macam orang Indonesia cakap la, takde "slang" Korea langsung atau dalam bahasa mudahnya tak tergeliak lidah....betul lah P. Ramle cakap bahasa jiwa bangsa.....aku tengok pon bangga, tak la macam sesetengah orang kita yang cakap bahasa melayu pon kadang2 bunyi macam sengau "slanga" mat salleh....ye, aku tak nafikan pentingnya bahasa mat salleh nih, tambah2 dalam dunia sekarang nih.....tapi kadang2 aku rasa nak muntah....heh....
Balik pada "hometown" aku, bukan nak bangga sangat tapi aku tak pernah rasa risau untuk berkomunikasi dengan mana2 kaum sama ada cina atau india....sebabnya?....bahasa pertuturan kat "hometown" aku boleh katakan 99% Kelantan pekat tak kiralah yang duduk kat bandar atau kampung....dan aku tak risau langsung untuk makan kat kedai cina atau india kat "hometown" sebab aku tau diorang amat memahami tabiat pemakaran orang melayu kat sana....ini bukan la maksudnya mereka tak makan babi atau makanan eksortik yang lainya, cuma kalau kedai2 makan dekat bandar KB biasanya menunya adalah halal....
Masa aku kecik2 dulu, aku pernah pergi dusun orang cina ngan nenek dekat dengan kampung aku.....masa tuh nak cari durian kampung, dan nenek aku pakai redah ajer.....mana ader priversi macam kat sini, korang takkan kena tembak pon....anjing pon buat bodoh ajer tengok....tuan rumah (aso la) jemput kita orang masuk rumah dia, hidang minum dan tanya nak berapa bijik dan kalau ada banyak dia bagi la banyak skit....sambil orang tua sembang, aku merayau2 la tengok persekitaran sekeliling bila aku terpandang uncle (laki aso nih agaknya) nih lepak sambil baca akhbar Jawi, rilek jer sambil dok kat kerusi rotan dia. Haihhhh....bila pikir2 balik aku macam malu sendiri, iyalah nak baca Jawi pon terkedek2 macam orang batuk kering, uncle nih rilek jer....apa nak jadi la ngan generasi sekarang (heh, baca cam aku), dan aku tau korang semua memang pandai kan?...harapnya lah....
Balik pada bahasa nih, aku memang respek Indonesia kerana berjaya menyatukan bangsa mereka yang pelbagai dengan satu bahasa utama.....cina, india, atau apa2 bangsa yang datang dan menetap asal kat situ bertutur dengan amat baik seali dalam bahasa kebangsaan mereka.....alahai, walaupun ada sesetengah orang cakap bahasa tak penting sekadar atas kertas atau dalam perlembangaan, itu tak cukup bagus serta memang tak cukup. Bagi aku setakat mesti lulus BM dalam sijil SPM tak semestinya orang akan hormat pada bahasa atau sayang padanya....atau mungkin kesan daripada dasar penjajahan yang sangat lama (British terutamanya) kita sudah sedar bahasa mat salleh ini adalah bahasa kemajuan?
Sekarang baru aku sedar....
Sastera itu indah....
"Joghro"....korang pernah baca kan?
Atau yang dari barat itu lebih hebat....
Adios....Amigoes....
3 ulasan:
Wah... Bestnya dpt makan derian free... Aku pantang dpt cuim baunya, mesti terliur punyalah... Tak kira brp bijik aku mkn sekali dlm sehari... Buah febret la katakan hehe... Pnah dulu, masa puasa... Ada jual kat bazar Ramadan kat pekan... Memula nak tolak, pas2 nak beli,nak tolak lg, pas2 xjd jugak... Alih2 aku mintak bapa belanja belikan... Alah yg dlm tapau jer... Ye lah kan, tgh poso... Kang kempunan kang aku jugak yg susah hehe...
Dang Ijah
Yang Merah itu Saga,
Yang Lorek itu Kendi,
Yang Indah itu Bahasa,
Yang Cantik itu budi?
Ya bahasa jiwa bangsa... kat Malaysia nie ade ramai jugak orang yang tak reti cakap pakai bahasa kebangsaan...
selamat menyambut bulan merdeka dan diikuti dengan bulan puasa...
http://hishamjabar.blogspot.com/2008/08/satria-dan-serikandi-negara.html
Catat Ulasan