Khamis, 18 September 2008

Comelnya Dia.....Cantik Yang Tipikal?......

Ada banyak definisi tentang kecantikan....tah mana satu yang betul pada pandangan pakar, tengok pertandingan Miss World misalnya camana juri2 menghakimi isu kecantikan....ada yang tak kisahkan sangat pasal faktor dalaman, asalkan memang cantik pada luaran jalan saja........ada yang cakap nak tengok dalam dulu baru tengok luaran, "cerdik + cantik = ?????"....tah betul tah tidak defininasi begini, adakah gadis melayu terakhir, gadis cina terakhir atau gadis india terakhir......taarifan/taksiran mungkin subjektif, ikut nafsu, cadangan, usulan dari orang lain mungkin ataupon ikut kepala otak sendiri......

Mungkin aku juga termasuk dalam kategori lelaki melayu tipikal, cantik pada orang lain cantik jugalah pada aku....haihhhhhh, zaman aku sekolah dulu memang banyak gadis2 cantik yang semua orang nak, yang bertudung litup barangkali, yang mukanya nampak redup barangkali (ada sinar keimanan kot?), yang lemah lembut barangkali (takde tulang belakang), yang mukanya licin macam telur baru kupas (banyak guna bedak sejuk waktu malam), yang betisnya bak batang padi (tau ker?) dan macam2 lagi...oppppppp ada satu lagi faktor yang selalu sangat aku dengar, "tapak kaki" yang bersih dan warna seakan kemerahan.....itu semua mitos zaman sekolah dan perbincangan tak rasmi antara rakan2......subjektif betul lah.......

Selalu jugak la aku bertelagah tentang benda2 subjektif nih, ye lah pilihan masing2 kan, negara demokrasi memang macam nih....tu belum masuk bab2 google benda2 yang ada pada tubuh perempuan, bunyi macam pakar jer padahal takde la kesan sangat pon....maksud aku kalau dah berkenan benda2 yang tak elok akan diabaikan, peduli apa kata orang ye tak?.....macam kata pepatah "hanya jauhari mengenal manikan", tapi aku tak pasti la pulak "manikan" tu lelaki ker perempuan, kalau perempuan "jauhari" memang pakar tapi kalau "manikan" maknaya ada masalah besar.....tapi aku tau definasi sebenar "jauhari" serta "manikan" nih, sajer jer untuk perbandingan untuk nampak macam perasan bagus....apa2 lah kan......

Pada seuatu hari yang cerah, aku ngan member aku lalu kat sebuah tol dan tertengok gadis penjaga tol yang sangat comel pada pandangan membera ku, tapi takde la aku setuju 100% dengan pendapat dia sebab bagi aku comel yang tipikal.....tapi ada sesuatu yang menarik pada si dia dan member aku pon setuju dengan pendapat aku....buah dada?, jangan nak mengaruk......"mata" si dia yang mengerling sekali imbas dengan sinaran yang sangat bersinar.....mata besar dan jernih, memang terpukau walau sekali imbas kan? Manusia adalah makhluk Tuhan paling sempurna cuma terpulang pada kita macam mana nak menunaikan amanah yang dibagi pada kita......macam absrak sangat la pulak........

Sebenarnya macam mana nak memberikan definasi yang tepat, aku tak de idea langsung....mungkin aku patut tanya perempuan2 yang rapat dengan aku sebab aku percaya definasi bagi kecantikan bagi diorang tentunya berlainan.....contoh mungkin bagi aku Fazura tu cantik, pandangan lelaki tipikal macam aku tetapi pandangan bagi perempuan sendiri?......

Jadinya memang betulkah kecantikan yang aku nampak itu tipikal?

urgent : lama tak guna "illustrator", otak aku jadi bengap skit.....

adios......

4 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Eh Kurie, mmg benar semua lelaki nk pompuan yg cantik2 n comel2, xkurangnya jugak ngan pompuan kn? Mesti nk yg ensem2 n macho2...

Bg aku, aku amat sensitif jugak ngan bab2 cantik2 nih sbb aku bknlah dlm golongan yg ble dkategirokan cantik tp bak kata org, mgkn manis 2 adalah kot hehe...

Tapi aku cuba jugak tuk nampak cntk atau manis bila berada dgn org sekeliling... Sekurang2nya, aku berusaha jugak tuk nampak cntk kat dpn mata org kn?... Bknlah sampai nk ubah apa yg aku ada skrg nih, cuma bnyk idea2 lain yg murah n senang yg ble kita adaptasikan pada diri kita...

Cantik bg aku, bknlah dinilai dr segi luaran saje, yg ptg hati kita n kita tahu siapa diri kita yg sbnarnya...

Ada jugak pompuan yg cantik pada rupanya tp mulutnya ngalahkan petir... Main sembur jer bcakap... Xder insuran langsung... Tp bkn semua pn cam2... Ada gak yg xcntik berkelakuan yg sama...

Klau dlm bab2 nih, mmg kita sukar nk nilai samada pompuan 2 baik ker? atau buruk ke dia dr segi luaran... Yg ptg, klau kita dah knal ngan dia, biar camna pun rupa dia, dia akan tetap nampak cntk di mata kita... yg ptg, nilailah dia bedasarkan 'KATA HATI' dan bukan pada pengelihatan semata2...

Manusia nih, mmg xsempurna, oleh itu, bila sesapa saja melakukan kesalahan atau pun berkelakuan spt bukan yg kita harapkn atau kita jangkakan, kita hendaklah menerima seadanya atau tlg memperbetulkan mereka... Biarpun sbnarnya kita pn kdg xbetul jugak hehe...

Kalau kita dah suka ngan mana2 lelaki atau pompuan 2, kdg secara automatik n secara yg x kita sedari, segala apa yg mereka buat samada baik atau pun buruk akan nampak 'baik' jer kat mata kita kan? Sepatutnya, klau kita dah suka 2, kita hendaklah tlg memperbetulkan segala sikap yg xbaik pada mereka tp bkn dgn tujuan nk ubah segalanya pd mereka, cuma tuk penambahbaikan ajer... Xsalah kn?

Ada stgh pompuan mgkn xcntk pada rupanya tp cntik pd budi bahasanya... Cara dia layan org tua n sebagainya... Setiap manusia nih, ada kelebihan n kekurangan memasing... Oleh itu, sama2lah kita saling lengkap melengkapi ant 1 sama lain...

Jadi kesimpulannya, jgn anggap cntik 2 pada rupanya saje, anggaplah cantik itu pd budi bahasa n hati seseorg itu... Mgkn dia xcntk pd pandangan mata org lain tp pada pandangan mata kita, dia mg cntik bg kita... Hanya 'jauhari yg mengenal manikam' kan?... Dlm hati, kita saja yg tahu siapa nampak cantik di mata kita... Oleh itu, nilailah mereka seadanya... Jgn pandang luaran saja tp pandanglah ke dlm lubuk hatinya hehe...

Aku cuma bg pendapatan ajer, kalau silap, tlg betulkn Ok? hehe...

Adiouzzzz...

Amak berkata...

MANIKAM lah bang. Bukan manikan. huhuh. Anyway, cantik ni subjektif je kot. Kalau aku, hidung tak mancung, tak cantik terus la jadinya. ahahahahah..shapeist betui.

Kurie berkata...

cik dang ijah,

haih, komem ko macam ko plak yg sambung tulis...ok2,kreadit untuk otak ko...nak hadiah?

cik ladynoe,

sorry, aku tak perasan "manikan" dah tukar nama dia...ni sebab penangan "curve" la nih....

Dang Ijah berkata...

Nak2... Mestilah nak???... Dah lama aku tggu nak dpt hadiah dr ko hehehehe....

(",)