Dah......semangat aku luntur sejak 4 - 5 tahun kebelakangan nih, hari raya aku akan sambut macam biasa....hanya rasa suka skit-skit sajer dan kadang-kala rasa tak meriah langsung, walaupon aku suka tengok orang lain gembira tapi aku rasa diri aku dah berubah oleh keadaan sekeliling.....Faktor utama kerana orang yang amat aku sayang dah tak boleh nak buat persiapan untuk raya, beliau hanya mampu senyum dalam hati dan oleh sebab itu jugak aku akan protes untuk diri sendiri.....alah, baju raya yang tahun lepas serta yang tahun-tahun lepas boleh pakai lagi, lagi pon aku pakai setahun sekali......no big deal kan?
Dalam keluarga aku faktor "keperempuanan" amatlah diperlukan, bila faktor tersebut lenyap maka yang tinggal hanya sisa-sisa kemalasan, aku mengaku aku memang malas nak kemas rumah bila balik, malas nak layan orang bila ada orang bertamu, mudah jemu......faktor ni ada kaitan dengan orang yang aku sayang, memang aku harapkan beliau sembuh macam sedia kala untuk tambahkan warna hidup tapi sebab perkara ni sangat mustahil kecuali ada keajaiban dari langit, maka aku rasa cukuplah dengan dua warna itu sahaja sebagai tanda protes terhadap takdir barangkali?....atau bagaimana lagi?......
Dahulu walau sebagaimana sederhananya kami, aku masih dapat rasakan meriahnya atmosfera waktu itu....buka daun bantal sama-sama untuk di basuh, sesawang yang bergayutang dalam rumah kami bersihkan sama-sama, lantai papan gosok guna berus tembaga, mengecat rumah yang telah luntur warna.....penat jugak tapi masih banyak warna yang timbul.....malamnya bersila beramai buka "daun palas", cerita-cerita sambil buat kerja untuk raya esok, sambil makan dan pikir apa rancangan untuk esok, tinjau-tinjau biskut yang orang bagi dan kira berapa bajet untuk dibagi pada bebudak yang datang raya.....
Pada saat dan detik itu, aku rasa gembira sangat dalam hati sebab semua orang ada bahagian masing-masing....dengan warna-warni yang mereka bawa itu mungkin kebahagiaan barangkali.....
Tahun nih macam biasa, protes aku masih berterusan.....
Baju raya?....Stok yang tahun lepas punya....
P/s : Maaf pada semua....Selamat Hari Raya.....
Adios.....
2 ulasan:
Betul ke En Kurie? Klau gitu, harap bersabar la k... Dugaan hidup 2... Kna ditepuhi dgn sabar... Aku pn raya thn ni xsemeriah thn lepas... Ko tau kn apa sbbnya?... Sama2 lah kita sambut raya ni dgn rasa kesyukuran... Sekurang2nya, kita masih ada yg syg n yg masih ada depan mata kita... Cma yg perlu kita buat, berdoa2 dan terus berdoa semoga org yg kita sgy akan cepat sembuh AMIN... N jgn lupa jugak yg telah pergi...
Assalamulaikum Kurie,
Mak Cik ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin.
Catat Ulasan