Bukan kah senang kalau bercakap itu semudah yang disangka?.....Selalunya bila aku nak lakukan sesuatu, banyak kali aku cakap pada diri sendiri, betulkah apa yang aku nak buat ni?, berbaloikah dengan tindakan aku?, apa kesannya nanti terhadap tindakan yang aku ambil? dan macam2 lagi sehinggakan banyak kali bercanggah dengan perangcangan asal aku sendiri....payah jugak jadi manusia nih kan?.....
Aku bangang?....mungkin yer dan mungkin tidak......tapi seringkali aku berfikiran macam nih, macam ada sesuatu yang tak kena, tapi aku tak tahu apa dia.....sebab akan menjurus pada akibat dan daripada akibat akan menjurus pada kesimpulan akhir sama ada baik atau buruk.......dan adakala aku sering jugak terfikir kalau kesan dari akibat tindakan aku, mana pulak aku nak tahu kesudahannya.....macam cerita tergantung drama/movie yang kita suka kat tv, nak tunggu minggu depan atau esokya, kita mencongak2 apa yang akan terjadi.....sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan.....macam siallllllll (kurang pahala puasa aku)....
Orang tamak selalu rugi?.....ni peribahasa yang dah lapok bagi aku, zaman sekarang memang dah tak boleh pakai langsung, serius!.....Bila nafsu tamak nih mengatasi segalanya dalam setiap perkara yang nak aku lakukan, aku rasa aku dah melangkaui separuh jalan ke depan dari orang lain, sebab dan akibat aku buat tak nampak depan mata, persetankan apa yang nak jadi lepas nih.....selalunya bila ada orang yang berikan nasihat bila langkah kita seakan tak terkawal, tapi kita rasakan betul maka disini akan bermula konflik dalam diri....ini adalah perkara yang aku benci lebih2 lagi bila orang yang memberikan kita nasihat tuh nampak seakan bagus, tapi sebenarnya ada niat lain....oiiiiii, tebas lalang kat laman sendiri sudah la......
Ada dialog bagus tentang perkara nih....."i'm only teach a shit, i don't fucking care how they do'it".....aku suka dengan ayat tuh, sepatutnya begitu bagi manusia yang ada akal, takkan nak dipandu seumur hidup macam manusia takde otak.....aku cukup menyampah bila orang tanya seolah2 macam nak mengutuk, "bila la ko nak berubah, takkan masih nak macam nih?", yang nih lagi best...."orang lain dah sampai ke bulan, ko masih kat sini?".......cakap memang la senang geng, dan kalau tradisi "kalau" nih berterusan memang tak jalan lah nampaknya.....
Bila masa berkhalwat, macam2 soalan timbul dalam otak aku.....masa ni lah aku rasa bebas untuk bercakap dengan diri aku, tentang perkara yang aku nak buat (tapi banyak tak buat), tentang apa yang sepatutnya aku buat (tak terbuat), tentang mahluk asing nak menyerang bumi (mengarut heheheh) dan macam2 lagi sampai lah apa yang aku debatkan dengan diri aku jadi makin kabur.....maknanya apa?.....aku dah tertidur la tuh.......
Ni lah sindromnya....sebab dan akibat.....
Tidur tengahari.....sudahnya 4.30 pagi aku taip nih....
Pandangan tak kabur lagi.....
Apalagi aku nak buat haaaaaaaaaa.....
Adios.....
1 ulasan:
En Kurie, pedulikan apa yg org ckap pasal kita, dorg 2 mmg xkan berenti bckap pasal kita, dorg xtau apa yg kita rasa sbb dorg bukan berada dlm situasi yg kita alami skg nih...
Yg ptg, kita tau siapa diri kita n apa yg kita mahukan... Manusia ni, kdg xsedar yg mereka mmg bersikap cam2, suka menilai org dr segi negatif n merasakan mereka lebih sempurna berbanding kita...
Pdhal kita semua sama jer.. mereka patut bersyukur sbb mereka bukan berada dlm keadaan yg kita alami skg nih...
Dorg xfaham sbb dorg ingt kita nak sgt berada dlm keadaan kita skg nih... Tapi sebenarnya TIDAK... Kita mmg nak mjadi spt mereka cuma mgkn kita kurang bernasib baik sdkit jer... Olah itu, kita kena bersyukur dgn apa yg kita ada skg nih...
Jgn pasal benda remeh nih, kita hilang pertimbangan dahlah... Mgkn En Kurie akan ckap saya cuma pandai berckap jer, tapi mmg inilah hakikat kehidupan kita... Org xkan berenti menilai org mcm kita n akan terus berckap2 n berckap... Xtau bila nk abis...
Olah itu, jgn SEBAB org lain, kita mudah lemah n patah smgt... Walau apa pun AKIBAT atas tindakan kita, samada positif atau negatif, yg ptg kita mampu lakukannya n xmelarikan diri dr masalah tersebut...
Kuatkan smgt n terus berusaha Ok!... Ini pun tuk aku jugak hehe...
Catat Ulasan