Jumaat, 24 Oktober 2008

Aku Serta Kamu Merasa....Ehhh....Macam Kembar?......

Sejak dari dulu lagi aku pernah atau memang dah dengar ayat nih, tak tau lah pulak orang lain macam mana...Tah betul tah tidak tapi pelik dalam 2 atau 3 kejadian yang orang tersalah sangka atau memang sedar tapi tergaman seketika, aku rasa korang pon mesti ada pengalaman nih....serius bukan memain nih....tajuk sebenarnya...."dalam dunia ada 7 kebarangkalian orang yang sama".....ni tak kiralah dari benua mana sekalipon, tapi sebab aku jenis boleh katakan penduduk dunia yang hanya bernaung di Semenanjung Malaysia sahaja, maka andaian aku hanya kat sini ajer lah.....nota: perasan "koya" artis tak masuk dalam bab ini....

Aku rasa kita pernah mengalami situasi ini, maksud aku dari orang lain....dalam kontek aku sendiri nenek aku...alkisahnya beliau (bila ntah, aku tak ingat) baru pulang dari masjid kat kampung aku dan pada malamnya serta seperti biasa sebelum tidur aku akan sembang-sembang kosng dengan dia....tiba-tiba aku terkedu bila beliau cakap kat masjid tadi ada seorang budak tahfiz serupa sebijik macam aku, aku macam nak gelak pon ada tak caya sebab kalau orang cakap macam nih aku terbayang akan reflek diri sendiri bila ko tengok cermin kan?...tak masuk akal betul.....

Tapi sebab nenek aku bersungguh untuk yakin kan aku, maka sebagai seorang cucu yang bagus serta memang baguslah (biasa, puji diri sendiri) malas nak bangkang maka aku dengan perasaan buat-buat teruja cuba la dengar apa beliau nak kata.....maka bermulalah episod hikayat orang hidup yang beliau cakap serupa dengan aku, budak belajar pondok, suara "kembar" budak tuh sedap mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran, nenek aku tambah lagi sedap/redup mata memandang, kiranya kalau nak buat menantu "kembar" tu kira ok lah....haih, ni dah kira macam nak compare aku dengan "kembar" yang nenek aku jumpa secara tak sengaja....tiba-tiba dalam hati aku terlintas "jangan banding aku dengan "kembar" dia....tolongggggggggggg.....

Mungkin itu kuasa Tuhan kan?....mungkin sebab aku masa mengaji Quran dulu boleh kira bebal jugaklah dan nenek aku (mungkin?) menganggap kalau "si kembar" itu ialah aku beliau rasa berbangga mempunyai seorang cucu yang bagus dalam membaca ayat-ayat suci.....mungkin beliau mengharapkan itu aku tapi itu hanya fantasi beliau dan aku tahu beliau sekali-kali tak akan sama kan aku dengan "si kembar" tersebut sebab walaupon aku kurang dari segi tersebut mungkin aku lebih memahami nenek lebih dari orang lain kerana sejak kecil aku adalah teman baik beliau....cakap kemana, sawah, kebun, pasar, hal kewangan nenek percayakan aku dari mak sedara aku sendiri (walaupon masa kecik aku memang suka mengepow duit beliau, tak la banyak...buat beli cakedis ajer).....tapi insiden ini secara tak langsung buat aku jadi sayu skit, tak dapat nak jadi macam yang nenek harapkan....tapi takpe, aku masih ada keistimewaan lain yang tak ada pada "si kembar" aku tuh.....

Bila aku fikir-fikir balik memang benda-benda menarik jugak sebenarnya, ianya macam "the other side of me with same face (maybe) but different lifestye"......Dan aku juga tak terlepas dari tersilap muka (macam kenal) member-member kat tempat serta suasana lain dan aku memang dapat sahkan bukan member aku yang aku kenal, muka sama tapi dalam diri orang lain dan lagi hakikatnya member aku takde adik atau abang kembar!.....

Hidup ni penuh kejutan kan?

Mungkin kalau aku takde lepas ni, ada "kembar" yang akan terus hidup....

Hujan dah beralih arah waktu pagi....

Sejuk giler nak bangun gi kerja.....

Assalamualaikum....        

1 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Ye x ya jugak kan? mgkn dlm 7 org 2 termasuk kita sendiri la kan, mgkn ada yg miskin, kaya, sihat, sakit, anak tunggal, bnyk adik beradik, berlainan agama kot n sbgnya... Cuma muka yg sama tapi berlainan peribadi, agama, jantina, sifat n sbgnya... Kuasa Allah... Cuma Dia saja yg tahu rahsia knp kita ada 7 org yg sama rupa... Klau kembar camna plak ya? Adakah dikira sorg atau dikira bilangannya dlm 7 org 2???

Assalamualaikum