Ahad, 26 Oktober 2008

Hikayat Sebungkus Meggi....

Prolog; Kata Pak Menteri dalam Parlimen...."jangan bawa isu turunkan harga sepingang nasi ke dewan, ini isu kecik, kalau nak jimat makanlah kat rumah....aku takpe boleh makan kat hotel, sepinggang RM10 pon takde hal punya...tu lah belajar pandai-pandai sangat pon tak guna kalau tak bleh jadi ahli politik....lambat kaya jang oiiiii...."

Pengenalan; Meggi dan aku dah lama kenal, sejak dari aku mula-mula pandai masukkan makanan dalam mulut lagi...kiranya Meggi lah jadi teman setia di kala senang atau pokai (biasanya banyak masa pokai lah), penghibur di kala member-member berjoli sakan kat kedai mamak, namum sahabat ku Meggi tetap setia menemani disisi....ohhhh, sungguh ku terharu dengan pengorbana setia kawan mu sahabat ku Meggi.....

Pertengahan; Namun saat-saat indah kita berdua hanya tinggal kenangan kini, sikap mu itu sudah banyak benar berubah kesan dari persahabatan mu dengan orang yang lagi kaya serta berkuasa dari ku....apa?, sudah lupakah janji mu untuk susah senang bersama dulu....huh, ko memang Meggi lupakan plastik......

Akhirnya; Oleh kerana desakan terhadap kesenangan serta sudah lupa akan asal usul mu, sekarang ko berlagak dengan taraf baru status mu....aku tahu bukan kemahuan mu sahabat ku Meggi, ko telah diperdaya oleh sahabat politik yang rakus mengekploitasi rupa mu yang tidak seberapa itu....siallllllll......

Natijahnya; RM0.90 sebungkus.....

Nota: Aku nak try rebus batu ngan kayu lak lepas nih....

Salam Sejahtera Malaysia....

Assalamualaikum.... 

3 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Tu bknnya alasan yg meggi tu nk lupakn ko, 2 peringatan tuk ko spy jaga kesihatan jantung ko yg berharga 2...

Adiouzzz....

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Maggi mee ini sebenarnya BANYAK JASAnya pada yang segenerasi dengan Mak Cik...percayalah.

Dipermulaan kami berumahtangga dan mahu memulakan hidup.....Maggi mee juga penyelamat...faham fahamlah. Masa tu harganya 0.25sen sebungkus.....

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Maggi mee ini sebenarnya BANYAK JASAnya pada yang segenerasi dengan Mak Cik...percayalah.

Dipermulaan kami berumahtangga dan mahu memulakan hidup.....Maggi mee juga penyelamat...faham fahamlah. Masa tu harganya 0.25sen sebungkus.....