Khamis, 30 Oktober 2008

Kelembutan Lebih Keras Dari Kekuatan....Kenkadang Aku Jugak Terkena.....

Tah nak cakap macam mana, macam kena sihir pun ada....tiba-tiba jer macam kena sihir padahal kalau kira hati aku keras la jugak, tapi bila kena gaya perbuatan tersebut datang dengan tak disangka.....bila suaranya lembut masuk ke telinga terus menjalar hingga ker dalam hati (cheeewahghhhh), aku ingat bila aku dah bulatkan tekad tak nak kena lagi, macam keajaiban....sebenarnya aku sedar ianya semacam "arahan dalam paksaan" secara halus tapi jauh dalam hati aku rasa macam perasaan yang tak mampu nak tolak padahal benda-benda macam ni menyusahkan betul....cam mana nak jelaskan?....rela dalam paksa kot?.....

Sifat kelembutan macam mengkhayalkan, kalau yang dibuat-buat sebab mengada-ngada senang sangat nak tau kerana benda-benda tak neutral kita dapat kesan dan memang tak berkesan kecuali pada manusia yang tolol saja.....Aku pernah sembang dengan seorang "akak" yang memang aku tak kenal tuan dia, rasanya akak nih memang salah nombor kedai aku masa aku buat part time kat sek. 2 dulu....mulanya akak ni tanya tempat aku kerja ni kedai dobi ker dan bila akak ni tau salah nombor akak nih mula mintak tolong dengan aku tuk dapatkan nombor tel kedai tersebut....kedai dobi ni takdelah jauh, sebelah tempat kerja aku ajer tapi sebab aku tak kenal dia aku bagi macam-macam alasan untuk elak, bukan aku tak nak tolong sebab aku pikir takde faedah langsung dan lagi akak nih bukan sedara-mara aku.....dah la upah pon takde.....

Lama jugak la akak nih sembang ngan aku walaupon aku cuba mengelak tapi cara akak nih pujuk aku untuk dapatkan nombor tel kedai dobi sebelah tu lain macam, dalam 15 minit jugak akak nih pujuk aku, tapi bukan la cara mengada-ngada tapi dengan kelembutan....tah macam mana aku bleh terlayan sembang dengan akak nih yang memang aku tak kenal, suara akak nih memang merdu (haihhhhhh, tu baru dengar suara) kategori sedap tadah telinga la, aku ingat kalau akak nih nyayi lagu macam dodoikan anak kecil untuk aku, mau aku tidur  kat tepi telefon tu terus....aku tak mengalah lagi, alasan aku malu nak gi tanya tuan kedai dobi (padahal aku kenal sangat, dah kedai tu sebelah kedai aku kerja) tapi suara akak nih memang buat macam aku terpaku, macam aku terpaksa setuju dengan arahan dia walaupon aku sedar diri aku dipergunakan......tah macam mana kaki aku melangkah pergi ambik nombor telefon kedai dobi tu pas tu bagi nombornya balik pada akak tuh, siap puji cakap aku baik la apa, dapat pahala kerana tolong orang la.....rasa macam mimpi.....

Satu lagi masa aku nak abiskan final projek, masa nih aku buat dengan member sekelas budak pompuan...dekat-dekat masa kita orang nak printing ada pulak masalah "kesuweilan" pada layout kawan aku nih, jadi kena la delay skit masanya, masa malam pulak tuh tiba-tiba dia keluar sebab bengang mungkin. Aku keluar lab nak berasap skit, terserempak pulak dengan dia kat tepi tangga (mata merah, aku ingatkan pontianak mana) bunyi tersedu-sedu macam itik tersedak dedak.....tah la, bila dia mula nangis lagi kuat aku rasa kesian pulak....bla, bla,bla...pon, pam,pon,pam......last-last akhirnya 3-4 pagi baru keluar lab betulkan balik kesilapan pada layout dia punya.....sekali lagi aku kalah pada kelembutan....padahal aku buka desperate sangat pon kat dia, tapi cara pujuk rayu yang meruntum jiwa (kena sihir lagi), tak pasal-pasal ngan aku sekali stayback kat sana.....

Gelak-gelak jugak, tapi sinis aku cakap.....

Sifat nih "merbahaya".....

Assalamualaikum.....       

1 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Mmm... Yer la, kdg sifat kita ni, kita xtahu n xjangka... Mgkn krn naluri kesian kot hehe...

Ok la 2, ble tlg sesama insan yg memerlukan tenaga ko hehe...

Aku sokong 100%