Isnin, 6 Oktober 2008

Mencari Titik Persamaan.....Memang Susah Nak Jumpa.......

Hakikat yang amat perlu untuk di fahami adalah tak semua orang berfikiran sama macam aku.....dengan latar belakang didikan yang berbeza, cara asuhan dari kecil yang berbeza, suasana yang berbeza, taraf kehidupan yang berbeza serta perkara yang amat penting....saiz perut yang ketara (lawak bodoh untuk hari ini), aku terfikir amat susah kadang kala untuk sesuaikan diri dengan seseorang, tapi ini bukan bermakna skala perbezaan tersebut menghalang terus cuma untuk mencari keserasian itu memerlukan masa yang panjang sikit....betul ker teori tolol aku nih?......

Berlainan dengan kawan yang aku kenal sejak kecil atau pernah bersekolah bersama atau kenal melalui kawan kepada kawan, bila dah lama walaupon belum sehabih mungkin aku tau atau mesti dapat agak bagaimana sifatnya dan aku rasa itu mungkin rutin bagi orang lain juga kan?.....Tapi bila sedara aku datang rumah serta memang tak pernah jumpa batang hidung dia dan juga bila takde orang lain untuk layan tetamu contohnya aku mula sara serba salah yang amat sangat.....sampai aku jadi mati akal maca mana nak mula berbual, kalau ikut kepala aku yang malas senang ajer....Ayat pembunuh kejam "Bang, bila nak balik....saya nak tidur nih"......

Tetapi sebagai mana budaya masyarakat Melayu yang bersopan santun, tetamu mesti dilayan walaupon muka aku macam telur separuh masak (yang kenal tak pulak nak datang, senang aku halau terus).....bila orang yang tak berapa kita kenal atau tak kenal langsung melainkan dengan mak bapak kita, aku sekadar tanya soalan yang ringan ajer (ceh, nak tunjuk mesra la konon)....ye lah, dari terbungkam bodoh aku tengok ko, ko tengok aku apa jadahnya kan? Tapi manusia ni memang satu makhluk yang sangat unik umpama sesumpah kenkadang boleh berubah ikut suasana dan aku amat tak suka orang tanya banyak-banyak tentang personal life aku....bosan bodoh orang tanya soalan yang sama......

Jadi untuk elakkan keadaan tepu yang agak lama serta jelingan manja dari tetamu maka terpaksalah aku serkap jarang soalan santau....."abang dok mana?", bila beliau bla, bla, bla, bla, beri jawapan jika tempat tuh familiar dengan aku maka aku buat-buat tanya bagaimana tempat tu sekarang.....seterusnya "abang kerja kat mana sekarang?" dan sekali lagi beliau akan bla, bla, bla, bla, bila aku tau tentang status kerjanya maka aku akan tanya la sedikit sebanyak berkenaan kerjaya beliau ditambah dengan seba sedikit kelentong untuk sedapkan ayat....hohohohoho, kira boleh lah untuk hilangkan boring.....

Bila difikir-fikir balik aku rasa macam bersalah pulak, iyalah macam tak ikhlas pulak tapi nak buat camana lagi dah itu ajer yang termampu aku buat, jadi macam pelakon tambahan pon ada untuk temankan mereka-mereka habiskan biskut dalam balang juga untuk menghambat masa......Kalau mengikut cerita tuan empunya badan, beliau bekerja sebagai orang penting disebalik operasi sebuah hotel terkemuka serta dengan pengalaman yang menjangkau 10 tahun dalam bidang tersebut maknanya income beliau bolehlah ditaksirkan dengan nombor 4-5 serta diikuti dengan 4 digit 0 dibelakang.....huaaaaggggghhhhh, tak semena-mena aku terbayang kabel berwoltan tinggi 5 megawatt........bonus tambahan, beliau masih belum berkahwin.......

Tak, bukan macam tuh maksud sebenar aku.....persamaan ialah aku pernah ada skit pengalaman berurusan dengan pentadbiran hotel untuk jamuan, jadinya perbualan kami ada sambungan juga titik yang agak menyakinkan tambahan dengan dos sesedap rasa. Bila ada sesuatu yang agak menyakinkan bahwa beliau seorang yang agak bagus untuk diajak bersembang maka tak semena-mena titik itu semakin mengecil.....betulah tak kenal maka tak cinta kan? Dan yang selebihnya......boleh tolong sambung tak?..........

Bulan puasa dah abih.....

Masa untuk tambah dosa...

Mungkin kah?

Adios......

4 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Hmm... pandai2 la ko sambung sendiri heheh... Anyway slmt kembali mengarang citer yg xtentu hala n sesedap rasa...

Amak berkata...

aih. jangan lah tambah dosa. tak baik tau. Anyway, saya telah link blog awak di blog saya. Bagus blog ni. Harus di ikut dari semasa ke semasa.

=)

Kurie berkata...

cik dang ijah,

sedap? jangan harap aku nak belanja..

cik ladynoe,

terharunya...tapi macam sindir pon ada...anyway...thanks...selamat habiskan saki baki kuih raya....

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku Kurie,

Sama-samalah kita berdoa yang terbaik buat kita semua dan Negera kita tercinta.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari Mak Cik.