Isnin, 24 November 2008

Menyampahkan.....Menyampah.......

Ada orang kata apa yang kita tulis secara secara spontan adalah refleksi perasaan kita pada masa tersebut....mungkin ada benarnya sebab jika kita pendamkan ianya dengan harapan menjadi lebih empok/lebih masak mungkin tak sama dengan perasaan masa waktu kejadian....susah nak kunyah kata orang, tapi peduli apa kata orang kan?.....MENYAMPAH.....Meng-Yum-Yum-sebelum-Sumpah, macam nak meludah air liur yang tersekat, kumpul dulu sepuas hati dengan penuh tenaga dan lepaskan dengan kahak hijau yang sangat pekat.....huhhhhhhh......lega tekak aku......

Macam-macam peragai bila dah menyampah, bila tengok muka ajer dah meyampah, bila dengar suara ajer dah menyampah, bila tahu benda yang yang menyampah tu ada sama kat tempat kita nak pergi pon dah menyampah, tengok barang-barang milik orang yang kita menyampah pon dah naik menyampah, rasa nak bakar ajer kan....pendek akalnya apa-apa yang berkaitan dengan orang yang kita menyampah akan kita sumpah, mungkin orang tersebut juga sama dengan kita perasaanya. Kenkadang bila perasaan menyampah sampai tahap melampau hingga dalam mimpi pun kita harap kita boleh lagi sambung menyampah.....Oarang tua cakap, kalau nak redakan perasaan nih (ni petua jer, nak ikut-ikut, tak nak sudah) bila kamu tengah nak buang air besar (bersopan betul ayat nih!) ko bayangkan ko berak atas muka orang yang ko menyampah tuh...Ohhhh.....ianya juga boleh mengelakkan sembelit....

Jadi apa punca kepada permasaalahan menyampah sebenarnya?....Bagi aku banyak jugak faktornya walaupon kenkadang kita tak kenal orang yang kita menyampah tu secara langsung atau memang dah sedia kenal tetapi kita memang dah tau sifatnya yang memang dah sedia menyampah....gitar, gitar,gitar,gitarrrrrrr...mesti yang ada pernah dengar dialog ni kan? Tak pernah, kamu miss cerita yang sangat best! (iklan percuma). Contohlah, dalam persekitaran kerja aku banyak jumpa orang yang bersifat menyampah, macamana nak kenal? Senang ajer, cakap dengan penuh konfiden macam dia ajer yang hidup kat dunia nih....Tak la semua, tapi bila cakap ngan orang yang jenis macam ni, secara langsung akan terpancar sinar kemenyampahan dari dalam diri kamu, tak banyak skit kita mesti akan jumpa.....Termasuklah tuan punya tulisan yang menyampah ini...full stop....

Bila dah bersarang rasa menyampah dalam otak aku, memang payah nak singkirkan....aku cuba supaya orang yang aku anggap (dia mungkin anggap serupa dengan aku) menyampah supaya cuba alihkan perhatian dari perkara-perkara yang akan menjurus ke arah perasaan tersebut. Tapi kalau tak berjaya jugak, langkah seterusnya berdiam diri, tapi kalau tak boleh jugak gunakan hikmat kata-kata nista tak bertapis....ye lah kalau dah hati panas semacam nak buat camana lagi kan?

Dah...dah...aku nak masuk jambam....

Tambah pelaburan sedia ada....

Lirik Subculture paling sesuai dengan situasi....

"Fuck Off And Die"....

Adios Amigoes....

 

2 ulasan:

Amak berkata...

stuju stuju. Nak ikutkan malas nak ambil pusing. tapi, pepatah melayu cakap, Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Lama-lama jadik menyampah la pulak kan.

Dang Ijah berkata...

Ho la, betul la 2 wei... Hmm apo kabornya tuan punyo tulisan ni ek? Harapnya dia sihat walafiat la. Amin...