Rabu, 26 November 2008

Kamu Sudah Masakkah?.......

Ohhhh...bukan, bukan....maksud aku matang dari segi pemikiran, bukannya skill memasak gulai lemak cili padi, tapi kalau kamu memang terrer tahap boleh buka kedai makan memang aku tabik tahap angsa. Maksud aku adakah kita secara sedar tak sedar diri yang kita matang seiring dengan usia kita yang semakin bangka, kerana secara jujurnya aku masih tak matang dari beberapa segi walaupun aku sedar aku banyak tanggungjawab terhadap keluarga tapi kenkadang aku masih bersikap acuh tak acuh....ye lah, hidup mesti banyak terpikat pada kebendaan kan dan kenkadang aku rasa dibelenggu oleh masalah yang bukan masalah aku....pada pandangan aku tapi pada orang lain tidak, aku harap keluarga aku senang tapi realitinya tidak....aku belum masakkah?...

Kematangan bukan boleh diukur pada tahap pendidikan, sebabnya kalau tengok ahli-ahli politik kenkadang mempamerkan tahap kebodohan yang melampau tak sepadan dengan jawatan yang mereka pegang (ni sekadar bandingan ajer).....Tapi aku tak nafikan faktor pendidikan juga ada menyumbang, pengalaman juga sangat berharga dalam membentuk kematangan seseorang tak kiralah dalam pergaulan hari-hari serta membuat sesuatu keputusan. Banyak aku perasan kita kenkadang dikonkong oleh sesuatu yang remeh temeh dalam membuat keputusan, kalau ketepikan semuanya nanti orang kata tak perihatin....hai, payah, payah....kata suruh berfikir mana yang baik mana yang buruk, bila kita perah kepala otak macam nak pecah lain pulak jadinya....aku rasa nak jer ambik kepala orang tu hantuk kat dinding....

Aku banyak pernah dengar ayat macam gini...." i suka lelaki matang, boleh bimbing i nanti bila kami married and good looking guy ", atau " i suka perempuan yang lebih tua dari i sikit, 2-3 tahun kita not bad laaa....memahami, caring dan yang penting memahami i seadanya".....Sebelum kita best-best nak tetapkan standard bagi orang lain, apakata tanya diri kita sendiri dulu sama ada kita memang dah "masak" atau belum? Memang la nanpak luaran seakan memenuhi apa yang kita hajatkan, alah benda-benda macam nih semua orang bleh berlakon bukanya susah sangat....Member aku waktu pergi rumah bakal mak mertua dia sebelum kahwin, pukul 5 pagi dah bangun nak sembahyang subuh....bagus betul bakal menantu aku, boleh diharap nih, dah la hormat orang tua bagus pulak peribadinya....Opera Hidup kan?

Bagi aku la akan, orang lain aku tak tau la pulak...bapak aku, mak aku, nenek aku, kakak aku semuanya aku perhatikan masih ada lagi sifat kebudak-budakan dalam diri diorang cuma mungkin tak terserlah sangatlah....Usia yang meningkat bangka tak semestinya kita ubah terus diri menjadi sesuatu yang baru sekadar untuk diterima atau menyesuaikan diri dengan keadaan semasa semat-mata untuk diterima....kerana aku masih ingat kata-kata penyarah aku dulu "lelaki mesti ada skit sifat kebudak-budakan dalam diri, barulah seronok hidup", takkan lah bila dah besar panjang takleh main permainan zaman bebudak yang seronok dulu kan....aku kalau balik masih main galah panjang, lempar tin susu, laga bijik getah, sesaja jer nak seronok-seronok dengan anak-anak buah..."having fun" kata orang putih....buang "tebiat" skit kata orang tua....

Dah abih idea nak mengarut....

Tengah dok pikir apa nak masak malam nih....

Ada cadangan?

Assalamualaikum.....


  

1 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Mmg betul la apa yg ko ckap 2, itulah bunga2 kehidupan, xde masalah pun boring gak hidup ni, seolah2 xde maknanya n bg aku, mmg xnormal klau hidup ni xder sbrg cabaran, dugaan n kesusahan dlm hidup.

Adious...