Khamis, 4 Disember 2008

Maaf, Aku Tak Tahu Macam Mana Nak Kongsi Kesedihan......

Aku pernah cuba tapi tak pernahnya jadi dan aku macam hilang punca bila seseorang datang terus pada aku sambil menangis teresak-esak.....Aku macam buntu macam mana cara nak temteramkan seseorang yang tengah sedih tersangat, memang aku rasa bersalah sebab mulut aku hanya boleh kata "sabar, sabar, sabar".....Lagi banyak perkataan macam tu aku cakap, makin kuat pulak seseorang menangis....mungkin aku memang takde bakat dalam hal-hal macam nih agaknya...

Bukan aku tak pernah lalaui episod sedih selama aku hidup, banyak terutama masa mak aku sakit tapi aku macam kuat pulak untuk diri sendiri dan aku memang tak harapkan orang lain untuk tenangkan aku, tapi bukan bermakna aku kuat sangat masa tuh cuma aku rasa aku ada cara aku sendiri untuk masa-masa macam tu....Apa? Menangis?....Yup, memang aku menangis tapi aku tak tunjuk kat orang, aku pergi jauh-jauh skit dan menagis sekuat hati (alahai, malu pulak rasanya kalau ada orang perasan masa tuh), bila aku rasa tenang skit aku buat biasa-biasa macam takde apa berlaku....

Betul, aku memang mintak maaf bebanyak sebab tak dapat nak tenangkan perasaan seseorang sebab aku memang tak pandai nak tunjuk....

Apasal aku terlebih emo lak hari nih....

Adios....

1 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Biasalah 2, bkn semua perkara kita nk tunjuk dkat org kan, termasuklah kesedihan. Bkn ego atau xnk tunjuk tp nk bg smgt kt org 2 spy mrk lebih tabah dan kuat menempuhi dugaan. Tu jer...