Selasa, 16 Disember 2008

Blues Pekerja Kolar Hitam.....

Haihhhhhh...kan best kalau semua benda yang kita nak kat dunia nih kita mampu dapat, ni beza  antara realiti dengan kenyataan orang takde duit macam aku....baru aku tau perasaan bila "window shopping" dengan lelehan perasaan bila nak sesuatu benda, celaka betul....ketepikan perasaan yang sangat mendesak sehingga terbawak dalam mimpi, gila....berat punya kes macam angau orang hilang bini padahal bukannya keperluan untuk hidup, tapi nak buat macam mana bila dah angau ni payah....rasa macam tak sedar diri pon ada, biasalah poket tengah tebal tapi pikiran tengah berbelah bagi nak ke tak nak....

Aku tau topik duit nih memang semua orang pening kepala tambahan dalam keadaan masa sekarang nih, melainkan bebudak yang masih harapkan duit mak bapak untuk menunjuk macam bagus, biasalah aku dulu pon macam tuh nak bergaya tapi keluarga bukannya orang senang....nak dapat 2 - 3 ratus pon kena kerja bila cuti sekolah, cuma nasib aku baik bila sambung belajar balik aku memang dah ada kerja part-time tetap...jadinya aku tak harap sangat la duit mak bapak aku, dari sisi itu aku sangat beruntung...terima kasih bos kerana taja hidup aku...

Sebagai seorang yang buta fesyen terkini, aku tak tertekan bila benda-benda baru keluar sebab aku tak kisah tentang pakaian kat tubuh aku....kenapa?....ok....sebagai negeri yang dekat dekat sempadan Siam benda terbaru kat pasaran ni dah jadi "lame" bagi aku (ye, aku sedar ianya bukan asli) tapi kami sangat mendahului masa dari segi ini...Ada satu masa sepupu aku pergi seberang bawak seluar Timberland, saja aku pakai pergi K.L jalan2 sebab takde seluar sangat nak pakai, masuk Pertama Complex ada Cina tegur aku "berapa you beli ini seluar haaaa?"....aku sengih sambil jawab tak tau sebab sepupu aku yang punya....tapi bila pikir balik betul lah MM cakap, bukan mahal atau murah yang penting macam mana kamu menyesuaikannya...

Kenapa bila aku membebel selalu lari tajuk ha?.....Ini la aku rasa beza antara orang berduit dengan orang tak berduit macam aku, betul kan? Orang yang pernah merasa betapa susahnya nak dapatkan sesuatu dengan orang yang cakap ajer dah dapat sesuatu, nangis jer dapat sesuatu...kalau tu aku masa kecik-kecik dah tentu kena lempang tak pon kena terajang lekat kat dinding. Sebagai pekerja kolar hitam aku amat sedar tentang bahaya yang menanti poket aku yang selalu tembus dan yang aku rasa aman sikit bila takde orang-orang yang telefon mintak duit, maknanya bukan la aku kedekut mungkin mereka yang senang....pernah kawan yang lebih senang dari aku cakap "duit banyak2 pon nak buat apa, bukan bleh masuk kubur!"....katanya....

Bila lihat orang lain senang aku rasa macam bersalah pulak kat orang-orang yang aku nak sangat bagi kesenangan tapi aku tak terdaya nak bagi mereka senang dan mereka tak minta pon sebenarnya tapi bila aku tawarkan sikit mereka selalunya akan tanya balik aku ok ker tak? Maknaya kalau tak menyusahkan aku mereka terima la, kalau menyusahkan aku mereka (tolak?) terima jugak dengan harapan rezeki aku mungkin tambah baik kot?

Ohhh....Selamat Hari Raya Korban....

Maaf, walau dah terlewat....

Tiba-tiba rasa rindu kat lembu....

Assalamualaikum....  

1 ulasan:

Dang Ijah berkata...

Hmm... Best plak post yg nih, ada isi tersurat dan terasirat... Renung2kan dan selamat beramal hehe...